EPISOD 13

486 32 1
                                    

Betapa sukarnya melepaskan seseorang pada peringkat awal itu, kadang-kadang dibiarkan perasaan itu berlarutan sehinggalah terasa setiap kehilangannya menjadi mimpi ngeri setiap kali beradu. Semakin dipendam perasaan itu, semakin berat untuk dilepaskan. Sekali dilepaskan, berdekad kelumpuhan dirasakan.
Itulah yang paling dibimbangkan, ditelan mati emak diluah mati bapa. Jika dilepaskan pada awal, mampukah aku menanggung kerinduan bertahun ini? Jika aku meluahkan dan hubungan ini berterusan, mampukah aku melepaskan jika sudah tiba masa untuknya pergi?

●●●

Puan Ika mula naik berang. Lelaki yang berdiri tegak di hadapannya seakan-akan merayu hendak menjenguk anak gadisnya. Lelaki penyebab kemalangan anak gadisnya.
"Kau nak apa datang sini?" Ujar Puan Ika agak lembut bunyinya. Lembut bukan sebarang lembut, ketegasan terpapar di wajahnya. Wajah Zafran yang menjadi puncanya jatuh ditimpa tangga muncul di hadapan mata. Siapa sahaja yang akan menerima? Jika inilah lelaki yang hendak dijadikan calon menantu, awal-awal lagi sudah ditolak.
"Mak Cik.. please lah!! Saya nak jenguk anak Mak Cik sekejap je.. saya rindu dia!!" Rayu Zafran sambil cuba memegang tangan Puan Ika sebagai tanda mohon keizinan. Puan Ika lantas menarik.
"Zaf.. kau buat apa kat sini?? Berani kau datang sini lagi eh??" Hara yang baru tiba di belakang Puan Ika terkejut dengan kehadiran bekas kekasih rakan baiknya secara tiba-tiba itu.
"Eh perempuan.. kau tak yah campur lah!!! Kaulah penyebab Suha break dengan aku!! Dasar penghasut!!" Kasar bahasa Zafran, jarinya dituding keras terhadap Hara. Tidak lagi menghiraukan hormat terhadap Puan Ika yang dari tadi memandang sikapnya yang kurang ajar itu. Terbuntang mata Hara mendengar tuduhan Zafran itu.
"Kamu kalau nak buat kacau kat sini lebih baik berambus jangan tunjuk muka kau kat sini!!" Laung Puan Ika berang. Zafran yang berselubung dek  sweater hitam itu tersenyum sinis. Dengan beraninya Puan Ika menghalaunya daripada situ.
"Mak Cik.. saya datang dengan niat baik nak melawat anak Mak Cik.. mana tahu nanti anak Mak Cik sedar, dapatlah dia kahwin dengan saya!!" Bersahaja Zafran bersuara tanpa mengendahkan wajah Puan Ika yang kian bengis itu.
"Kau tak paham bahasa ke??" Kini giliran Hara pula mempertahankan Puan Ika.
"KAU DIAMLAH PEREMPUAN MURAH!!!"
'Pang!!!!' Suatu tamparan hebat berbisa melekat di pipi kiri Zafran. Laungan keras tadi berbalas dengan tamparan yang serba keras. Kebas dirasakan di pipi. Terasa bergegar kedua-dua otaknya akibat ditampar oleh Puan Ika. Sungguh kurang ajar! Ingatkan sudah berubah, bertambah teruk lagi perangainya.

Pak Najman serta-merta membrek teksinya. Hatinya dirasakan tidak tenteram setelah melihat susuk tubuh Zafran di tepi jalan tadi. Dirasakan seperti sesuatu yang buruk bakal berlaku. Risau mula melanda diri. Cepat-cepat dia membuat u-turn untuk kembali semula ke hospital yang sudah jauh berjarak enam kilometer itu.

Zafran semakin tidak terkawal percakapannya.
"Mak Cik cabar saya ke??" Berpeluh-peluh Zafran menahan rasa bahang di pipi. Puan Ika benar-benar mencabar kemarahannya.
"Berambus dari sini!!!" Kuat tengkingan Puan Ika menerpa telinga. Tidak pernah dia menengking sedemikian rupa terhadap suami atau anak-anaknya sekali pun.
"Kalau aku tak nak.. kau nak buat apa??" Zafran menyeluk poketnya seperti hendak mengeluarkan sesuatu. Wajahnya sinis dan berani merenung mata Puan Ika dengan pandangan maut. Hara yang menyedari tindakan Zafran itu menarik lengan Puan Ika agar menjauhi Zafran.
"Mak Cik.. dah Mak Cik.. Dia ni psiko!! Macam-macam boleh jadi!!" Ujar Hara semakin risau.
"Kau tak payah campur lahh perempuan sial!!!!" Dengan kejamnya Zafran menendang perut gadis itu sehingga terjatuh ke belakang. Terketik-ketik Hara menahan senak di perut.
Puan Ika terkejut dengan tindakan Zafran itu. Baru dia menyedari alatan tajam yang dikeluarkan daripada poket sweater Zafran itu. Pisau belati!
Puan Ika berundur ke belakang, buntu melihat pisau belati tajam yang diacu oleh Zafran itu. Semakin dia berundur, semakin Zafran menghampiri menunjukkan sisi psikonya itu.
Hara yang terbaring tidak bermaya memaksa diri membantu Puan Ika. Berupaya dia mengangkat tubuhnya yang sudah kebas-kebas akibat tendangan Zafran tadi.
Laju Zafran mula mengacukan pisau belatinya ke arah perut Puan Ika.. Namun..
"Abang!!!!" Laung Puan Ika kuat. Pisau tersebut tertikam perut Pak Najman yang sempat menghadang acuan pisau itu.
Zafran terduduk. Dia melihat tapak tangannya yang berlumuran dek darah Pak Najman itu.
Pak Najman sempat melihat perutnya yang sudah ditikam itu. Kakinya dirasakan longgar, perutnya pula dirasakan pedih dan perit yang teramat. Tidak tahu bagaimana  menggambarkan kesakitan tersebut. Air matanya mula mengalir perlahan membasahi pipi. Pak Najman rebah di atas pangkuan Puan Ika. Bergetar gigi Puan Ika menahan raungannya.
"Maafkan abang sayang..." Sayup-sayup kedengaran suara Pak Najman. Puan Ika semakin agresif, tangisannya semakin sukar dikawal.
"Tolong jangan tutup mata bang!!" Raung Puan Ika.
"Asyhadu... an la ilaha illallah..." Belum sempat Pak Najman menghabiskan ucapan dua kalimah syahadah itu, matanya tertutup terus menandakan ajalnya sampai di situ sahaja. Tiada  lagi nafas dihembuskan. Tiada lagi denyutan-denyutan nadi.
"Jangan tinggalkan Ika!!!!" Raungan Puan Ika semakin kuat, kuat dia menggoncang tubuh suaminya yang tidak bernyawa itu.
Hara pula mengesot menghampiri Puan Ika yang sedang memangku Pak Najman yang sudah tidak bernyawa itu. Sungguh dia tidak boleh mempercayai kejadian yang berlaku di hadapan matanya ini. Tragik! Hara mula menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku, jika dia tidak muncul mempertahankan Puan Ika pastinya Zafran tidak akan berang sedemikian rupa.

Zafran kini sudah digelar penjenayah, belum sempat dia melarikan diri. Pihak-pihak hospital bahagian keselamatan sudah pun memberkasnya. Berat sungguh kesalahan yang dilakukan. Kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana telah membunuh, hukuman gantung sehingga mati.

Puan Ika, sudah jatuh ditimpa tangga pula. Kini dia mengenangkan nasib Nasuha dan Shahril yang sudah tidak berbapa itu. Sudahlah Nasuha masih tidak sedarkan diri dan koma. Jika Nasuha sedar daripada tidur yang panjang itu, pastinya  dia tidak akan dapat menerima pemergian bapanya yang tragik itu. Jika Nasuha tidak mampu menyedarkan diri dan terus tertidur, tidakkah Puan Ika dan Shahril kehilangan seorang lagi insan yang amat disayangi? Sungguh Puan Ika tidak sanggup.
"Abang janji.. Abang takkan lukai hati Ika walaupun sekecil zarah pun.. Jika ia berlaku.. hukumlah Abang.. Mungkin Abang tidak sempurna di mata Ika, tapi percayalah.. Abang cuba jadi yang terbaik daripada ketidaksempurnaan ini.."

Tidak sempat Pak Najman menunaikan janjinya, baru sahaja dia memasang tekad ingin berubah. Namun.. dia benar-benar tidak sempat.
'Ya Allah, kuatkanlah diriku untuk menempuh segala dugaan-Mu yang berat ini. Sungguh aku tersungkur sakit di sini..'

●●●

Nasuha tidak semena-mena tersentak. Dadanya dirasakan teramat sakit seperti ditusuk sembilu dan menyukarkan pernafasannya. Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir laju. Matanya serta-merta merah.
"Suha.. Suha kenapa ni??" Soal Umi Raiha risau melihat  gadis di sebelahnya tiba-tiba tidak terkawal tingkahnya.
"Sakit..." Air mata Nasuha kian deras, suaranya juga tersekat-sekat. Tidak tahu apa puncanya, yang pasti dadanya terlampau sakit. Sepintas lalu kesakitan itu tiba-tiba menyerang dada.

"Balqis suka abang!!" Ujar Balqis dengan penuh keyakinan. Wajahnya penuh dengan seribu satu pengharapan. Belum sempat Aidan mengalihkan pandangan ke arah Balqis yang tiba-tiba meluahkan perasaannya itu..
"Aidan!!! Aqis!!!" Jerit Umi Raiha kerisauan memandangkan mereka jauh dua puluh meter. Nasuha sudah menggeletar menahan sakit di dada. Mukanya pula merah menahan sakit itu. Tidak pernah berlaku begitu selama dia hidup.
Tanpa berlengah, Aidan dan Balqis cepat-cepat meluru ke arah Nasuha yang sudah terbaring memegang dadanya yang sakit itu. Umi Raiha tidak lepas mengurut badan belakangnya.
"Biar Aidan gendong dia!!" Kelam-kabut Aidan menggendong Nasuha yang sudah menangis menanggung kesakitan dan menuju ke kereta diikuti oleh Umi Raiha. Balqis pula cepat-cepat mengambil barang-barang yang agak berharga dan meninggalkan perkakas-perkakas barbeku untuk sementara. Kelak dia akan datang semula mengambil perkakas tersebut setelah hal kecemasan Nasuha itu diselesaikan.

Bersambung ~
I do really cry typing this episode ❤
Thanx for keep reading and voting guys 😌
Time tengah type episod nih , author tgah layan lagu Breathe (Lee Hi) dengan A Little Happiness (ost movie Our Times) ❤ yes it was hurting me inside

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now