EPISOD 18

470 27 0
                                    

"Sah!!" Sahut beberapa orang wali akad setelah lafaz ijab kabul yang sempurna itu diungkapkan di bibir Aidan. Masing-masing menadah tangan bersedia dengan bacaan doa yang dikendalikan oleh Pak Imam.
Nasuha tersenyum nipis, kini dia telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Syah Aidan itu.
Tiba-tiba matanya terhenti melihat seorang wanita yang duduk tidak jauh daripada tempatnya, di sisinya terlihat pula seorang kanak-kanak kecil lelaki yang agak comel paras rupanya. Air matanya jatuh perlahan. Semakin lama dia semakin mengingati wajah-wajah itu.
"Ibu.." Terpacul nama itu daripada bibir mungilnya. Umi Raiha yang sedang memberi tumpuan dengan bacaan doa tersentak sedikit mendengar panggilan Nasuha itu.
Nasuha mengalihkan pandangan pula di belakang Puan Ika. Kelihatan Hara sedang tersenyum manis melihatnya. Seluruh tubuh badan Nasuha mula bergetar. Baru hari ini dia ingat semula wajah-wajah itu.
Nasuha bingkas bangun tidak mempedulikan sekelilingnya. Bacaan doa yang sedang berlangsung tidak dihiraukan. Semua mata memandangnya kehairanan. Siapa sahaja tidak hairan apabila melihat pengantin perempuan tiba-tiba berdiri semasa bacaan doa.
Langkahnya meluru ke Puan Ika. Matanya kabur sedikit memandangkan air jernih telah bergenang di tubir mata.
Umi Raiha dan Balqis memandang Nasuha dengan penuh perasaan tersirat. Mungkin sudah tiba masanya..
Begitu juga dengan Aidan yang sedang melopong sukar mempercayai tingkah isterinya itu. Masa bagaikan terhenti seketika memberi ruang kepada Nasuha untuk mendapatkan ibu, Shahril dan Hara setelah bertahun tidak bersua. Dia mengangkat sedikit kain pakaian pengantinnya agar tidak terus-terusan menyapu lantai.
Serta-merta Nasuha memeluk Puan Ika erat. Tangisannya kian bergema di segenap ruang namun hanya disambut dengan senyuman manis Puan Ika.
Selain Hara dan Shahril yang juga tersenyum ke arahnya, Nasuha melilau-lilau mencari bayang yang juga sepatutnya hadir sebagai wali nikahnya. Namun gagal walau bayangnya sekali pun.
"Ibu.. Ayah mana??" Mata Nasuha yang kian merah merenung mata Puan Ika yang redup memandangnya itu. Puan Ika menggeleng perlahan.
"Maksud ibu??" Langsung Nasuha tidak menghiraukan mata-mata yang menyaksikan adegan sedih itu.
"Ayah dah takde.." Balas Puan Ika perlahan.
Nasuha menggeleng perlahan tidak mempercayai. Ke mana ayahnya pergi?
Entah bagaimana dirasakan kepalanya pusing dan berpinar-pinar. Wajah ibu, Shahril, Hara, Aidan, Umi, Balqis serta tetamu-tetamu yang hadir pula semakin kelam dirasakan. Kesakitan di dada berselang-selikan kesakitan kepala yang teramat mengganggu konsentrasinya.
"Suha.. Suha.." Panggilan serentak daripada Umi dan Aidan langsung tidak diendahkan. Suara mereka juga kelam dan tidak jelas di pendengaran.
Nasuha menjerit sekuat hati menanggung kesakitan sehinggalah dia rebah tidak sedarkan diri di khalayak ramai.

●●●

"Arghhh!!!" Sentakan DC Shock kali ketiga akhirnya menyebabkan Nasuha tersentak daripada lenanya. Matanya terbuntang merenung atas, denyutan jantungnya berfungsi seperti sedia kala. Serta-merta Doktor Badrul dan jururawat-jururawatnya menghela nafas lega seiring memanjat kesyukuran kepada Yang Esa. Tidak sabar rasanya menyampaikan berita gembira itu kepada waris-waris Nasuha yang seria menunggu di luar wad. Mungkin gundah yang selama ini dialami oleh keluarga itu akan berkurangan. Doktor Badrul juga sudah sedia maklum akan berita kematian ayah Nasuha di mana hospital tersebutlah tempat berlakunya kejadian itu. Dia juga turut merasakan kesedihan namun berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Nasuha pula, sebentar tadi dirasakan wajah-wajah Aidan dan Umi cuba mendapatkannya namun semakin kelam dan kabur hinggalah dia menutup mata. Namun setelah dia membuka matanya semula, sekelilingnya putih dan suasana dirasakan agak janggal. Kepalanya masih dirasakan berat dan pening.

'Aku bangun daripada lena yang panjang ini. Ya, aku terlepas segala detik-detik bahagia bersama dengan Aidan di sana. Namun aku perlu sedar, masih ada  lagi insan yang memerlukanku di sini. Di saat aku bangun daripada mimpi indah itu, hanya sinar putih menerpa wajahku. Segala pancainderaku dirasakan tidak berfungsi. Lama aku berada di duniaku, sehinggalah aku terdengar suara sayup-sayup dan halus seperti sedang berbicara tentangku. Kurang jelas bunyinya. Lama kelamaan, wajah seseorang yang separuhnya bertutup dek topeng mulut muncul di hadapan mata. Sinaran medical pen light menerjah deria penglihatanku hingga terasa pedih silaunya. Aku masih buntu dengan apa yang terjadi, di manakah aku? Bagaimanakah hariku yang sepatutnya indah boleh berakhir di sini? Di manakah ibu? Ayah? Aidan? Umi Raiha? Terlampau banyak persoalan, menambahkan kesakitan di kepala. Kini deria pendengaranku mula jelas, bunyi mesin defibrilator yang membingitkan telinga bagaikan penggera yang sering memaksaku bangun daripada beradu setiap pagi. Bibirku pula mula mengatakan sesuatu sehingga kelibat manusia yang melihatku tadi mendekatkan dirinya untuk mendengar kataku.
"I..ibu..aa..aa..yah.." Ujarku perlahan, mataku masih tajam merenung siling di atas. Itu sahaja yang mampu ku ungkapkan daripada bibir keringku. Tidak tahu apa lagi yang hendak ku lakukan. Alu buntu sepanjang pembaringan. Kadang-kadamg dirasakan adakah nyawaku akan ditarik?'

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now