EPISOD 10

473 38 0
                                    

"Usahlah dinanti kapal Titanic datang berlabuh di sini.. takkan tiba pun.. jauh sangat awak termenung tu.."
Aidan mula berkias mengembalikan Nasuha daripada dunia lamunan. Nasuha hanya tersenyum nipis tidak langsung memandang Aidan yang sudah berdiri gah di sebelahnya.
"Ingatkan kau tinggalkan aku terus kat sini.. jenuh aku nak balik rumah Umi jalan kaki sorang-sorang.." Balas Nasuha dengan suara yang lembut namun dari dalamannya kedengaran agak kasar. Matanya tidak lepas memandang laut yang luas di hadapan.
"Okay.." Aidan mengambil suatu tempat yang agak luas dan selesa untuk meletakkan perkakas-perkakas yang baru dibawa bersamanya tadi. Mata Nasuha dikerlingkan pada perkakas tersebut.
'Kertas lukisan? Pensel? Sketchboard? Mamat ni nak buat apa?' Omel Nasuha di dalam hati.
Aidan pula duduk bersila di kawasan yang agak lapang itu, berhadapan dengan  Nasuha.
"Please have a seat Madam Nasuha, i'm going to sketch yourself.." Pelawa Aidan sambil melemparkan senyuman manisnya. Pakaiannya yang berkemeja putih longgar asyik melekap di tubuh badan kerana ditiup deruan angin laut.
"Tiba-tiba je.. cubalah lukis gambar laut ni ke.. gambar aku buat apa?"
Kata-kata Nasuha membuatkan Aidan menghamburkan ketawa kecil.
"Kalau macam tu.. kenapa baru hari ni saya nak lukis gambar laut?"
Nasuha lantas duduk tepat-tepat di hadapan Aidan. 
"Kau aku je lah.. tak payah formal sangat bersaya awak bagai.." Ujar Nasuha seraya melihat Aidan yang sedang sibuk mengasah pensel yang akan digunakan untuk melakar wajahnya nanti. Entah bole dipercayai atau tidak, entah lawa atau tidak lukisannya. Itulah yang paling sukar diyakini.
"Saya awak je lah.. kan lebih sopan.." Balas Aidan ringkas, jarinya mula digerakkan di atas sehelai kertas lukisan beralaskan sketchboard yang dibawa bersama.
"Aku dah biasa dengan perkataan ni..."
"Sometimes kita kena ubah benda yang biasa tu ke arah yang lebih baik dan disenangi ramai kan?" Bidas Aidan agak lembut. Nasuha serta-merta mencebik mendengar bicara pemuda itu.
"Senyum sikit.. jangan monyok-monyok muka.. karang tak jadi lukisan wajah Nasuha tapi jadi lukisan muka monyet pulak.." Seloroh Aidan tanpa sebarang gelak, hanya senyuman yang terukir.
'Dia ingat lawak?' Terpaksa jugalah Nasuha tersenyum walaupun ianya agak hambar.

●●●

Balingan gelas kaca lutsinar tepat-tepat mengena pada cermin muka yang tergantung di dalam bilik. Habis pecah berderai kaca gelas dan cermin tersebut. Serpihan kaca yang berada di lantai jika dipijak pastinya beribu luka diraih.
Zafran duduk termangu di atas katil, wajahnya penuh dengan kesan-kesan lebam akibat dibelasah. Tangannya menggenggam kuat kain cadar yang tersarung kemas di katil. Gelas yang terbang ke arah cermin itu disebabkan balingannya  sendiri.
Wajahnya penuh dengan kemarahan, dendam, sesalan dan segala perasaan takut yang menerpa diri. Segala perasaan itu berbaur mengancam dirinya. Sudahlah gangster pengutip hutang itu menjadi ancaman, kini terdetik pula sesalan di dalam diri.
Sebentar tadi dia berjalan kaki di kaki lima bangunan di bandar seorang diri. Tiba-tiba sahaja beberapa orang gangster menariknya ke tepi dan menghadiahkan sebuah tumbukan di perut dan beralih pula ke pipi. Jelas sekali mereka pastinya kuncu-kuncu si pemiutang yang sentiasa menuntut bayaran balik. Zafran tidak bekerja, daripada manakah dia ingin mendapat sumber kewangan tersebut?
Sudahlah rancangannya untuk menjual Nasuha kepada gangster tersebut gagal, kini dia terpaksa dihantui dengan kesalahannya sendiri yang menyebabkan Nasuha terlantar di hospital.

●●●

Sudah 20 minit mereka berdua mendiamkan diri, hanya bunyi ombak diselingkan dengan bunyi mata pensel yang sedang giat beraksi di atas kertas. Hujung tudung yang dipakai oleh Nasuha pula asyik terbang ditipu angin. Terpaksa juga tangannya memegang hujung tudung tersebut.
Manakala Aidan masih fokus dengan lakaran, kadang-kala tersenyum manis melihat wajah mulus Nasuha itu.  Wajah itu...
"Sepi je.. tak nak cakap apa-apa ke?" Aidan yang menyedari suasana sepi tanpa suara bagaikan malaikat lalu itu memulakan bicara. Lamunan Nasuha terganggu.
"Ya? Oohhh ha Aidan.." Panggil Nasuha perlahan. Matanya tajam tertumpu kepada Aidan yang sedang khusyuk melukis.
"Okay apa dia?"
"Tiga bulan kita tak jumpa.. macam mana kau boleh berubah macam nih ah??" Teragak-agak juga suara Nasuha ingin menyoal, berupaya dia mencari idea untuk memulakan topik.
3 bulan? Terhambur terus gelak besar Aidan di situ, mujur tidak dalam keadaan minum air. Jika ya mungkin sudah tersembur minuman tersebut.
"

3 tahun Suha... 3 tahun kami semua rindu awak.. 3 tahun kami semua struggle hidup tanpa awak.. 3 tahun saya.. pendam rasa bersalah.." Ujar Aidan. Ayat terakhirnya diperlahankan memperlihatkan kesuraman wajah.
"3 tahun??" Cepat Nasuha menggeleng, rasanya baru sahaja 3 bulan mereka tidak bersua. Mana datangnya lagi tiga puluh tiga bulan itu?
"Seperti yang saya kata.. dunia kita lain.." Lembut suara Aidan menerpa telinga.
"Aidan.. kau ke yang bawa aku ke sini?"
Serta-merta mata Aidan yang ditumpukan di atas lukisan beralih melihat Nasuha.
"Ya.. kenapa?"
Tidak semena-mena Nasuha terbayang imbasan payung merah yang berada di sebelahnya ketika dia rebah. Juga imbasan seorang lelaki yang menggendongnya sehingga dia menutup mata. Hanya itu sahaja yang diingat, apa yang berlaku sebelum itu tidak pasti.
"Awak balik sini selepas tiga tahun menghilang.. dan saya bawa awak ke sini semula.. betapa gembiranya hati saya sebab dapat ubat kerinduan ni.. umi lagi.. kalau Balqis tahu mesti dia happy.." Mata Aidan dan Nasuha kembali bertaut.
"Bukan dulu kau tak suka aku kat sini?" Riak wajah Nasuha kian berubah. Jika dulu tidak suka, kenapa baru hari ini terhegeh-hegeh mengucapkan kata rindu?
"Dulu.. saya tak sedar saya dah tersuka awak jugak.. Saya mula rindu bila tak nampak bayang awak! Bertahun Suha.." Tangan Aidan tiba-tiba kaku tidak mampu meneruskan lukisannya yang hampir siap itu dek bicara Nasuha yang tiba-tiba sahaja meruntunkan hatinya.
"Aku pun ada perasaan lain jugak selain perasaan suka tu!! Terasa dengan kata-kata kau dulu tu.." Nasuha bingkas bangun, wajahnya yang dari tadi lembut mulai menunjukkan marah. Bergegas dia beredar pulang ke rumah meninggalkan Aidan yang masih terduduk memegang pensel itu.
Belum sempat lagi Aidan menunjukkan hasil karyanya yang hampir siap kepada Nasuha. Wajah yang sudah sempurna lakarannya dipandang, benar-benar seiras dengan wajah Nasuha. Aidan memang berbakat.

●●●

Berhari-hari juga Nasuha tidak langsung menegur Aidan. Bukan sahaja tidak menegur, pandang sebelah mata pun tidak. Walau mereka  berselisih bahu sekalipun. Lama benar rajuk si Nasuha. Aidan juga sudah kematian akal ingin mengambil semula hati gadis itu.
Lakaran wajah Nasuha yang hampir siap itu juga disimpan di dalam almari bajunya. Jika sudah tiba masanya nanti, sketsa itu akan bertukar tangan kepada pemilik sebenar.

Umi Raiha yang sering melihat gelagat Aidan dan Nasuha hanya mampu menggeleng kepala. Kadang-kadang bingung apa yang diisukan oleh mereka berdua sehingga masing-masing tidak langsung bertegur.
Apa yang sering bermain di fikiran Umi Raiha.. jika Aidan dan Nasuha disatukan. Entah mengapa terdetik hatinya ingin berbuat demikian. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
'Jika benar mereka saling menyayangi, suatu masa nanti salah seorang daripada mereka akan pulang ke dunia asal.. Kerana di sini bukan tempatnya.. di sana.. ramai lagi yang memerlukannya. Mampukah pihak yang satu lagi menerima kenyataan sebenar?? Kenyataan melepaskan seseorang pergi walaupun terpaksa..' Sungguh itu yang ditakuti Umi Raiha.
Umi Raiha tahu, perasaan Aidan kini semakin sukar dikawal, jika dulu dia masih boleh menahan diri memendam perasaan suka itu. Namun hari ini, tidak tertanggung segala rasa atas sebab kerinduan yang terlampau. Sehinggakan dia lupa, Nasuha mempunyai kehidupan realiti di mana lebih ramai insan yang memerlukannya.

Setahun yang lalu...
"Aidan rindu Suha umi.." Ujar Aidan perlahan. Kepalanya diletakkan di atas riba Umi Raiha. Wajahnya suram seperti mana dia kehilangan tunangnya beberapa tahun yang lalu. Tangan Umi Raiha lembut membelai rambut Aidan memahami perasaan anak bujangnya itu. Walaupun Aidan sudah meningkat dewasa, kasih sayang seorang ibu masih lagi dipinta sebagai tempat menenangkan diri.
"Kali ni.. kalau Suha balik sini.. Aidan takkan lepaskan dia pergi lagi.." Bicara Aidan menyebabkan Umi Raiha tersentak. Dia tahu, Aidan bertegas dengan ayat yang diucap seketika tadi.

Seorang gadis yang dari tadi mendengar perbualan mereka di sebalik birai langsir bilik mula menitiskan air mata mendengar kata-kata Aidan itu. Perasaan sayangnya terhadap Aidan kian menebal bukan sahaja sebagai adik dan abang. Malah lebih daripada itu. Tetapi, tetap Nasuha yang dipilih.

Bersambung ~
Tq for all my reader ❤ please keep voting

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now