FINAL EPISODE

829 53 10
                                    

Nasuha merenung kenderaan yang menghadangnya lama. Ketakutan semakin lama menguasai diri. Beberapa orang lelaki bertubuh sasa turun daripada kenderaan tersebut.
Nasuha kaku seketika. Wajah itu.. pernah dilihat. Kejadian lapan tahun lalu, wajah-wajah gangster yang bersubahat dengan Zafran dulu kini muncul semula di hadapan mata. Lagak jalan mereka juga sama tidak ubah seperti gangster-gangster itu.
Bunyi derapan langkah mereka sahaja sudah menggerunkan.. Nasuha mula meraba alatan-alatan yang mampu melindungi dirinya di bawah kusyen.
"Bukak pintu ni!!" Ketukan bertalu-talu di tingkap kereta Nasuha menyentakkan dadanya. Steering lock yang berada di tangan digenggam sekuat hati. Hanya itu sahaja alatan yang mampu mempertahankan dirinya. Melihatkan pemilik kereta tersebut yang degil dan tidak mendengar arahannya untuk keluar daripada kereta, seorang lagi lelaki berbadan sasa mula mengambil dahan pokok sebesar lengan lalu cuba memecahkan tingkap kereta Nasuha.
Baru sahaja mereka hendak bertindak memecahkan, terdengar siren dua buah kenderaan polis peronda tidak jauh daripada situ. Lintang-pukang lelaki-lelaki tersebut melarikan diri.
'Syukur padaMu.. Kau selamatkan aku..' Nasuha yang hampir menangis duduk di dalam kereta bersyukur dengan pertolongan yang tiba itu. Mujur sahaja kebetulan polis peronda sedang menjalankan tugas di kawasan itu memandangkan tempat itu pernah terjadi kes-kes rompakan.
Lelaki-lelaki yang berlari tidak cukup tanah itu akhirnya diberkas oleh polis peronda yang cekap menjalankan tugas.
"Cik okay??" Soal seorang pegawai ronda yang agak kacak dan bergaya paras rupanya seraya Nasuha menurunkan cermin tingkap keretanya. Mujur sahaja Nasuha tidak tergoda. Nasuha mengangguk perlahan masih mengalami trauma.
"Perjalanan Cik jauh lagi ke?? Dah pukul berapa ni Cik?? Nasib kami lalu tadi.. Kalau tidak.." Pegawai ronda bertag nama Insp. Wafi itu menggeleng kepala perlahan membayangkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya mereka tiada tadi.
"Sejam lagi sampailah kampung saya.." Terang Nasuha agak bergetar suaranya.
"Berani ya Cik.." Sindir Insp. Wafi melihat keberanian seorang gadis yang mungkin masih belum berkahwin memandu kereta sendirian di kawasan lengang pada waktu semua penghuni bumi sedang menikmati waktu beradu. Nasuha hanya tersengih menyeringai menyedari kesilapannya.
"Tak pelah.. Cik pulang ke rumah dulu.. Kami follow daripada belakang sampai rumah Cik.. risau tengok Cik ni.. Tak mustahil pisang boleh berbuah dua kali.. Esok Cik gerak ke balai polis buat cover report.. Sekarang ni balik tenangkan fikiran.. Keluarga Cik mesti lagi risau sekarang ni.." Ujar Insp. Wafi penuh dengan budi bahasanya. Lantas dia mengarahkan anak-anak buahnya di sebuah lagi kenderaan peronda membawa lelaki-lelaki yang telah diberkas tadi ke balai polis untuk disoal siasat.
"Terima kasih Cik.." Hanya ungkapan itu yang mampu diucapkan Nasuha kepada Insp. Wafi. Insp. Wafi hanya mengangguk tidak membalas lalu laju menaiki kereta perondanya. Wajahnya yang kacak itu penuh dengan serius dan tiada langsung senyuman.
"Kita follow Cik ni sampai rumah.." Arah Insp. Wafi kepada anak buahnya yang menjadi pemandu kenderaan peronda tersebut.
"Roger Inspektor!!" Sahut anak buahnya perlahan mengikut arahan.
Bergerak sahaja kereta Nasuha, begitu juga dengan kereta peronda polis yang mengikutinya di belakang.

●●●

Sehari berada di kampung halaman, Nasuha kini dikejutkan pula dengan berita tentang director chiefnya yang dikatakan akan melahirkan anak tidak lama lagi. Sebenarnya bukan itu yang menjadi masalah, tetapi masalahnya apabila dia yang terpaksa menggantikan tempat director chiefnya untuk pergi ke luar negara dalam masa terdekat ini. Belum sempat dia meluangkan masa bersama-sama Puan Ika dan Shahril. Sudahlah hari ini sahaja dia ulang-alik ke balai polis bagi membuat cover report tentang kejadian yang menimpanya semalam. Bingung kepala Nasuha dibuatnya.
"Suha ni baru balik sini.. nak kena balik sana semula.. Hmmm baru ingat nak luangkan masa dengan Suha.. Nak masak lauk favourite Suha pun tak sempat lagi" Kedengaran helaan berat daripada Puan Ika, matanya hanya mampu merenung Nasuha yang sedang mengemas pakaian untuk dibawa sekali ketika di berada di negara orang nanti.
"Tak boleh elak dah ibu.. Dah Nasuha sorang je yang bujang kat tempat kerja.. kalau nak harap yang dah kahwin tu semua banyak alasan diorang suruh ganti tempat bos.. Malah boleh je kalau diorang nak pergi honeymoon sekali.." Nasuha mula mengeluh terngiang kata-kata director chief yang menyuruh menggantikan tempatnya.
"Kat mana tu Suha?? Lama ke?? Ibu bukan apa.. risau je.. Suha tak pernah pergi jauh-jauh macam tu sekali.."
"Itali ibu.. lepas habis deal dengan agensi sana, Suha baliklah.. tapi maybe Suha jalan-jalan dulu kot.."
Puan Ika menggeleng kepala perlahan melihat kerenah anak gadisnya itu.
"Yang bos Suha deal sampai jauh-jauh sana buat apa??" Omel Puan Ika, bibirnya mencebik tidak puas hati.
"Dah nama pun agensi pelancongan ibu.." Nasuha tergelak kecil melihat reaksi ibunya itu. Dia tahu ibunya akan tetap memberi keizinan untuk ke sana namun jauh di lubuk hati wanita separuh abad itu, berat untuk melepaskan ke negara orang. Sedangkan semalam sahaja dia hampir dirompak di lebuh raya, inikan pula berjauhan entah beribu batu itu.
"Lagipun.. semua perbelanjaan diorang yang tanggung.. pasport semua.. takkan badak-badak je diorang nak suruh Suha pergi tanpa sponsor??"
Puan Ika mengangguk perlahan, Nasuha tidak patut melepaskan peluang keemasan berhijrah di luar negara. Mungkin sudah rezekinya.
"Pergi nanti jangan lupa Ril.. beli ole-ole tau Kak!!" Shahril yang sedang menyiapkan kerja sekolah sambil menonton televisyen mula menyampuk. Puan Ika mengecilkan mata melihat gelagat Shahril yang tidak serius menyiapkan kerja sekolah. Memang itulah rutinnya.
"Cepat-cepatlah kahwin Suha.. takde lah nanti asyik Suha je kena pergi luar negara.." Ujar Puan Ika perlahan menyebabkan Nasuha dan Shahril sama-sama ketawa kecil. Namun bagi Puan Ika, ianya tidak kelakar. Puan Ika benar-benar memaksudkannya.
"Yang tu nanti-nantilah ibu.. Alah ibu ni.." Lantas Nasuha menggenggam kemas tangan Puan Ika lalu diletakkan di pipi. Terasa hangat telapak tangan Puan Ika bersentuhan dengan pipi.

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now