EPISOD 7

446 37 0
                                    

Kini aku tidak lagi berjumpa dengannya. Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Sehinggalah suatu hari....

●●●

Laju Nasuha berlari di dalam hutan tebal itu, terdengar nafas mengahnya. Lariannya tidak tentu hala berkaki ayam. Bunyi ngauman beruang daripada belakang semakin kuat, bergema di pelusuk hutan itu. Berterbangan burung-burung di pokok kerana takut akan ngauman itu.
Wajah Nasuha pula basah dek peluh-peluh rinih. Rambutnya juga berburas tidak bersisir. Pakaiannya pula tidak kemas seperti sudah berhari-hari tidak berganti.
Nasuha mula berputus asa dan serta-merta memberhentikan lariannya. Terbongkok-bongkok dia menahan nafas mengah.
Sejurus dia memandang belakang, seekor beruang coklat kehitaman yang dari tadi mengejarnya mula menerkam.
"Astaghfirullahallazim!!" Lantas Nasuha terjaga daripada tidur. Bayangan beruang tadi lesap daripada mata. Dia meraup wajahnya perlahan.
Setitik demi setitik air mata menitis daripada tubir mata. Bukan mimpi ini yang dicita sebelum tidur. Bukan mimpi ini yang diharapkan, bukan juga mimpi yang lain. Sudah 3 bulan, wajah Aidan lesap daripada mimpi. Kali terakhir ketika Aidan memaksanya sedar daripada mimpi.
Dadanya tiba-tiba dirasakan sesak dan sakit. Sejujurnya dia amat merindui Aidan serta keluarga bahagia itu. Merindui keadaan bendang-bendang yang menyegarkan mata. Kerinduan apakah ini? Merindukan sesuatu yang tidak wujud di dunia nyata.
3 bulan tidak bertemu dengan Aidan, selama 3 bulan ini juga dia memperbaharui dirinya. Dirinya yang baru, yang bertudung, yang patuh akan arahan Allah dan kembali ke pangkal jalan yang benar. Walaupun sudah 3 bulan mereka tidak bersua, tempiasnya sehingga kini dirasai. Sehinggalah berlakunya perubahan diri yang sukar hendak dijangka.

●●●

"Shahril nak makan apa?? KFC??" Terlanjur mendapat gaji, apa salahnya Nasuha mengajak si kecil itu berjalan-jalan di bandar. Sudah lama dia tidak membawa Shahril mengambil angin di bandar. Tangan kecil Shahril menggenggam kuat jari  kelingking kakaknya itu.
Sekali sahaja menyebut perkataan KFC, laju anggukan Shahril. Pantang mengajak.
Mata Nasuha tiba-tiba tertumpu pada kiosk pameran pengantin yang berada di tengah-tengah pusat beli belah itu. Laju kakinya mengorak langkah ke kiosk tersebut. Shahril yang dari tadi menggenggam jari kelingking Nasuha terpaksa menuruti langkah lajunya.
Tergerak hatinya ingin melihat hasil-hasil fotografi bagi pasangan raja sehari yang dibukukan dan tersedia kemas terletak di atas meja pameran.
Sempat dia melontarkan senyuman ke arah penjaga  kiosk wanita di pameran tersebut.
Sehelai demi sehelai buku hasil-hasil fotografi itu diselak.
Hampir gugur jantungnya melihat nama sepasang raja sehari yang tertera di helaian ketiga buku tersebut.
Aidan dan Balqis, 15 Februari 2018. Terbuntang juga matanya.
Mujur sahaja pemilik wajah nama tersebut tidak sama. Mungkin nama-nama tersebut hanya kebetulan sahaja. Shahril yang dari tadi melihat sahaja restoran KFC berdekatan mula meronta-ronta menarik tangannya. Terpaksalah dituruti kehendak si kecil.

●●●

Sehelai solat maghrib dan bacaan doa, serta-merta Nasuha menghulurkan tangannya untuk menyalam Puan Ika. Terselah senyuman nipis di bibir Puan Ika. Dahi Nasuha diciumnya perlahan.
Nasuha terdiam seribu bahasa, teringat pula sikap buruknya yang dulu.

"Suha nak pergi mana malam-malam ni?? Esok sekolah kan??" Puan Ika sekeras-kerasnya melarang Nasuha keluar. Telinganya bingit mendengar bunyi deruman motor milik teman lelaki anak daranya itu yang sedang menunggu di luar rumah.
"Tak payah nak amek tahu lahh!!" Ujar Nasuha bersahaja, tangannya mencapai helmet berjenama Arai di atas rak kasut berdekatan dengan pintu masuk rumah.
"Suha!!! Dengar cakap ibu ni!!" Puan Ika mula menjerit. Marah dengan tindakan anaknya itu.
"Ibu jangan masuk campur urusan Suha lah.. Suha tau lah jaga diri!! Nanti Suha balik jugak!!" Tengking Nasuha agak laju. Langkahnya juga laju beredar keluar daripada rumah itu.

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now