EPISOD 1

1K 57 6
                                    


"Awak yang selalu muncul dalam mimpi tu, bawa saya pergi daripada dunia realiti ini."

  ●●●

Dari tadi terdengar bunyi gegaran peranti di dalam beg yang berjenama Anello. Mungkin sahaja panggilan daripada telefon yang disenyapkan untuk seketika.
Nasuha yang sedang sibuk melayan karenah pelanggan mula mengeluh. Sepatutnya Hara juga menolong di situ, tetapi tidak langsung terlihat kelibat. Kerapkali mata Nasuha melilau memandang sekeliling mencari jelmaan rakan baiknya itu. Barangkali dia menghilangkan diri di stor belakang, getus dirinya. Sukar juga ingin fokus terhadap ramai pelanggan pada situasi tersebut. Telefon yang ditinggalkan di dalam beg pula entah apa khabarnya. Fikirannya mula menimbulkan seribu satu kerisauan. Banyak yang bermain di fikirannya kini.
"Cik, saiz M ada tak?" Sudah dua kali ayat itu diulang namun Nasuha masih di dalam dunianya sendiri. Dunia lamunan.
"CIK!!" Kedengaran suara tegas pelanggan tadi memanggil Nasuha.
"Ya saya!!" Beberapa kali Nasuha menunduk mungkin tanda meminta maaf kerana tidak memghiraukan panggilannya sebentar tadi.
"Saya nak saiz M!!" Suara pelanggan wanita tersebut semakin tegas. Matanya juga tajam melihat Nasuha yang masih terpinga-pinga.
"Jap ye cik, saya cari kat belakang!"
Pantas Nasuha berjalan ke bilik belakang.
Tidak hairan lagi dia melihat Hara yang sedang duduk bersandar di sebalik baju-baju baru berplastik sambil menghisap sebatang rokok. Sepatutnya stor yang berbau pakaian-pakaian baru itu habis tercemar dek bau rokok jenama U2 itu.
"Kau kat sini?" Laung Nasuha agak geram.
"Haha rileks lah!!" Bersahaja muka Hara tiada rasa bersalah langsung. Batang rokok yang sudah berbara hujungnya dicucuh begitu sahaja di atas lantai simen.
"Kau sedap rileks!! Pelanggan kat luar tu ramai gila!!" Marah Nasuha lagi, lantas dia keluar dari situ setelah mendapatkan pakaian untuk pelanggan tadi. Malas berada lama di situ, kelak dirinya yang lemas dek asap-asap rokok itu.

●●●

Nasuha bersandar di kerusi, mungkin keletihan kerana melayan beberapa kerenah pelanggan sebentar tadi.
"Banyaknya misscall.." Perlahan jari Nasuha meleret skrin telefon canggihnya. Siapa lagi kalau bukan kekasih hati intan payung pujaannya itu, Zafran. Serta merta Nasuha mendail nombor kekasihnya itu.
"Biy ada apa call tadi?" Terserlah suara manja Nasuha. Bibirnya pula mula mengukir senyuman angau.
"Sayang buat apa tak angkat call tadi?" Suara Zafran yang agak kuat bagaikan mahu menengking Nasuha.
"Sorrylaa, sayang busy tadi. Customer ramai. Sorry eh.."
"Sayang.. nak pinjam duit boleh?" Suara Zafran kian perlahan, mungkin mahu memujuk semula hati si gadis itu. Mungkin juga kerana mahu mendapatkan duit.
"Berapa?" Fikiran Nasuha mula bergolak. 50? 100? Atau lebih daripada 100? Masak benar dengan perangai Zafran itu.
"200 boleh?"
"Nak buat apa?" Perlahan Nasuha membalas.
"Nak buat haaa nih nak buat apa haaa kereta!! Biy nak repair kereta nih. Rosak! Macam mana kita nak keluar nanti?" Pandai betul Zafran berbohong, cuma pada awalnya dia tergagap. Mungkin sedang mencari idea agak bernas ketika itu.
"Nanti sayang bank in.."
"Sekarang tau!!"
Serta merta Nasuha mematikan panggilan. Keluhannya semakin berat. Senyuman angau yang dari tadinya terukir kini bertukar hambar.

●●●

Berlari-lari Nasuha memasuki rumahnya. Jika bukan kerana kereta Zafran yang kononnya sedang dibaiki di bengkel, tidaklah dia terpaksa menahan teksi pada malam tersebut. Grab? Uber? Dia tidak langsung tahu untuk mendapatkannya. Baginya, berjalan kaki seorang diri di lorong sunyi sebelum sampai ke rumah itu sudah biasa. Cuma kadangkala terpaksa juga berlari-lari anak kerana tidak sedap hati berada seorang diri di situ. Jika bukan makhlus halus menjadi ancaman di situ, mungkin haiwan-haiwan liar seperti khinzir, anjing hutan atau pun ular berbisa. Namun yang paling digeruni sehingga kini ialah manusia-manusia yang digelar kutu rayau di situ.
Selangkah sahaja memasuki rumahnya, masalah lain pula mula menerpa Nasuha. Berselerakan segala perkakas mainan milik adik kecilnya yang baru berumur 4 tahun itu, Shahril.
"Yeay! Akak balik!!" Laung Shahril sambil memeluk kaki Nasuha. Dengan keadaan berlengging dan hanya memakai pampers sahaja. Nasuha mula rimas, bau najis menerpa hidungnya. Jelas sekali ianya hadir dari si kecil itu. Perlahan dia menolak badan kecil itu ke tepi agar dia dapat berjalan ke dapur. Terhenti matanya melihat sekujur tubuh yang sedang duduk termangu di kerusi dapur. Rokok tembakau tidak lepas daripada tangan. Itulah bapanya, Pak Najman.
"Ibu kau tak masak hari ni!!" Ujar Pak Najman bersahaja. Nasuha hanya menjegil. Perlahan dia mengambil nafas memula bicara.
"Tengoklah macam mana nak masak, barang dapur tak ada. Ada duit pergi mana? Semua harap ibu dengan Suha!! Ayah buat apa??" Tengking Nasuha tidak tahan melihat perangai ayahnya yang tidak berusaha untuk menampung kehidupan mereka. Pak Najman hanya senyap. Hanya asap-asap tembakau memenuhi ruang dapur itu.
Nasuha mendapatkan Shahril yang terpinga-pinga melihatnya. Mungkin hendak membersihkan najis Shahril dan menukar pampersnya. Ingin mengharapkan Pak Najman? Itu perkara mustahil. Ibunya, Puan Ika pula masih tidak pulang daripada kerja. Mungkin hari ini dia bekerja shift malam di kilang plastik tidak jauh daripada rumah mereka. Seperti ibu pula yang menggalas tanggungjawab ketua keluarga.

"Ril dah besar nanti jangan susahkan Kak Suha lagi eh!" Pesan Nasuha bersahaja terhadap adiknya itu. Apa sahaja yang difahami oleh kanak-kanak 4 tahun itu.

●●●

"Hey Zaff!!" Seorang lelaki yang agak sado badannya menepuk bahu Zafran daripada belakang. Hampir tersembur Zafran yang sedang menikmati beer akibat tersentak. Minuman keras yang memabukkan serta keadaan riuh rendah muzik dan tarian di kelab malam itu memang menghanyutkan lamunan Zafran.
"Bos kirim salam!" Bisik lelaki berbadan sado tadi. Rupanya bukan seorang sahaja, malah 3 orang yang dari tadi berdiri di belakang Zafran.
"Kalau aku bayar 100 dulu boleh?"
"Kau ingat hutang karpet dengan pakistan ke boleh 50, 100 cam tu je."
"Ni je aku ada, aku belum gaji lagi. Pleasee!!" Ujar Zafran agak terketar. Matanya langsung tidak melihat lelaki sado yang sedang meletakkan tangan di atas bahunya itu.
"Awek kau lawa kan?" Lelaki sado atau digelar kuncu-kuncu setia bapa kepala gangster kawasan tersebut tersenyum sinis. Zafran yang dari tadi sengaja fokus melihat gelek tari gadis di hadapannya kini menoleh memandang wajah sinis lelaki tadi.
"Yang mana?" Spontan sahaja Zafran bertanya. Serta-merta kepalanya ditepuk oleh lelaki sado tadi.
"Berapa ramai lah siak awek kau??" Seorang lagi kuncu si pemiutang mula menunjukkan kekerasan. Yang kali ini badannya lebih sasa daripada yang tadi. Warna kulitnya juga lebih gelap. Kelihatan ukiran tatu naga memenuhi ruang lengannya. Zafran semakin terketar. Dirasakan dirinya kali ini benar-benar berada di dalam cengkaman mereka.
'Ring!!' Dalam kekalutan suasana bising di situ, telefon salah seorang kuncu berbunyi.
"Baik boss!! Kami kasi settle!!
Zafran mula mengorak langkah untuk melepaskan diri ketika mereka sedang leka berbincang di dalam telefon bersama bos mereka.
Sekelip mata, dia berlari di sebalik pengunjung-pengunjung setia kelab malam yang ramai itu.

Bersambung~
Jangan lupa vote novel saya ☺❤

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now