EPISOD 14

436 31 0
                                    

"Abang.."
Panggil Balqis perlahan seraya Aidan keluar daripada bilik. Tangannya tiba-tiba sahaja memegang lengan Aidan.
Semalam Nasuha dikejarkan ke hospital kerana kesakitan dada yang teramat. Namun doktor tidak mampu membuat sebarang spekulasi penyakit yang dihidapi oleh Nasuha. Mungkin ianya hanya efek daripada tekanan yang dialami di dalam kehidupan seharian. Itu yang lebih merisaukan Umi Raiha. Kerana dia tahu, ada sebab-sebab tertentu kenapa Nasuha diserang kesakitan dada malam kelmarin.
"Ya??" Aidan mengangkat kening, menarik perlahan lengannya yang dipegang oleh Balqis itu. Tidak selesa pula tatkala tangannya dipegang sedemikian rupa. Baru sahaja Balqis hendak bersuara..
"Aqis nak tanya apa? Abang nak cepat ni.. lambat dah masuk kerja.." Sempat dia mengerling pada jam dinding yag berbingkaikan kalimah ayat suci al-Quran, jarum utama jam tersebut menunjuk ke arah 8.
"Takde apa-apa.." Geleng Balqis agak laju. Matanya dialihkan daripada merenung abang angkatnya itu.
"Okay.. tengok-tengokkan Kak Suha tu ya.." Pesan Aidan sambil jarinya laju membutang pergelangan tangan baju kemeja berwarna krim itu.
Balqis agak curiga. Masakan Aidan tidak menanyakan semula apa yang diluahkan olehnya malam kelmarin. Adakah Aidan berpura-pura tidak kisah? Atau dia tidak jelas mendengar luahannya semalam?
Akhirnya Aidan beredar pergi tanpa sempat Balqis bertanyakan sesuatu. Pandangan Balqis dilemparkan ke arah bilik tumpangan Nasuha yang dahulunya stor pakaian-pakaian lama namun ditambahbaikkan menjadi sebuah bilik yang rapi dan teratur. Pelbagai perasaan berbaur, perasaan menyampah mula menguasai diri. Gadis itu dikira menjadi penghalang bagi Balqis mendekati semula abang angkat kesayangannya itu. Aidan yang dikenali kini lebih mengutamakan Nasuha berbanding dirinya yang hidup bertahun bersama-sama sebagai sebuah keluarga bahagia.

Di sebalik ruang memasuki dapur, kelihatan Umi Raiha yang sedang memerhati Balqis daripada jauh. Sepertinya dia sudah dapat mengagak sesuatu. Jika benar apa sangkaannya, dia harus cepat menghalang. Balqis haram memiliki Aidan walau apa cara sekali pun.

●●●

Langkah Puan Ika longlai menyusuri ruang-ruang hospital itu. Fikirannya tidak menentu. Pakaian kurung lembut dan berbunga hitam yang dipakai sewaktu memguruskan jenazah arwah suaminya di kubur tadi masih terlekap di tubuh badan.
Matanya terimbau-imbau keadaan ketika pengebumian jenazah Pak Najman. Bacaan talkin serta bacaan Yaasiin sebagai rutin menyempurnakan pengebumian tersebut. Sebelum pulang, pandangannya sayu melihat tanah tempat persemadian Pak Najman yang masih basah dek air bunga yang  dijirus.
Jururawat dan waris-waris pesakit lain yang memberinya pandangan semacam tetapi tidak dipedulikan. Matanya sembab dan merah barangkali penat mengalirkan air jernih daripada tubir mata.
Kali ini dia benar-benar diduga dengan kehilangan.
Hara yang sedang mendukung Shahril berlari-lari anak mendapatkan Puan Ika. Shahril yang masih boleh memahami situasi sebenar masih tidak memberhentikan tangisan. Jenuh Hara ingin memujuk, namun dia cuba juga berusaha.
Langkah Puan Ika terhenti di hadapan wad Nasuha, pandangannya dilemparkan ke arah cermin tingkap yang menampakkan susuk tubuh Nasuha yang masih terlantar tidak sedarkan diri itu.
Sekali lagi air matanya jatuh.
Hara pula tidak lekang mengurut badan belakang Puan Ika bagi menenangkannya. Di saat itu, Puan Ika memang memerlukan seseorang untuk menjadi penenang walaupun dari zahirnya dia ingin menyendiri. 

"Shahril.. shahril jangan nangis-nangis lagi eh.. Sian kat ibu Shahril.. nanti dia nampak Shahril lagi kuat dia  nangis.. Shahril kena kuat dan tabah.." Berupaya Hara memujuk si kecil itu, tangannya menghulurkan sebungkus coklat Cadbury Blackforest bagi mengurangkan sedikit kesedihan di hati si Shahril.
"Sian ibu... ayah dah tak de.." Perlahan Shahril bersuara, tangannya menerima coklat itu dengan perasaan yang gundah. Hara tidak mampu mengawal perasaan, tubir matanya mula digenangkan dengan air jernih.
Hara menyeka pipi Shahril yang dari tadi basah dek tumpahan air mata itu.
Selendang hitam yang disarung di atas kepala ditanggalkan, terserlah rambut ponytail keperangan itu. Lantas dia menyelubungi selendang itu di bahu Shahril agar dapat menampung kedinginan pendingin hawa di ruang tersebut. Tambahan lagi, Shahril hanya memakai t-shirt berlengan pendek sahaja tanpa membawa sebarang sweatshirt tambahan.

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now