EPISOD 19

567 31 3
                                    

Lemah longlai langkah Nasuha ke tanah perkuburan bapanya. Perlahan dan tidak bermaya. Kawasan itu dahulu merupakan tanah wakaf daripada seorang bangsawan terkenal yang menetap di situ. Sekarang kawasan tersebut dihuni oleh penduduk-penduduk alam kubur.
Nasuha mengambil tempat di sisi tanah yang menempatkan bapanya. Air mata yang jatuh disekanya laju. Begitu juga dengan Puan Ika.
Surah Yaasiin yang berada di telapak tangan kini dibuka perlahan. Beriringan mereka menyebut kalimah-kalimah suci Allah itu untuk disedekahkan kepada arwah Pak Najman yang pergi tanpa meninggalkan pesan itu. Mendayu-dayu bunyinya. Tangisan Nasuha semakin kuat namun masih boleh dikawal dengan sedu sedan sahaja. Air mata membasahi wajah bersama-sama dengan peluh-peluh rinih di dahi.
Sudah lama dia tidak menyentuh surah itu. Semenjak dia bersua dengan keluarga Umi Raiha segalanya berubah, surah itulah yang menemani keluarga Sakinah itu sepanjang malam Jumaat.
Namun itu tidak menjadi masalah, Nasuha masih terbayangkan silapnya terhadap arwah Pak Najman. Silap menengkingnya, silap kerana mencemuh segala sikap buruk bapanya. Silap itu masih belum diampuni.
'Berdosakah aku? Benar-benar aku terlambat..'
Selesai dengan bacaan Yaasiin, sebotol air mineral disiram dari kepala ke hujung pangkal batu nisan. Seplastik bunga yang telah dicarik-carik pula ditabur di atas kubur Pak Najman. Hatinya sudah cukup terhiris melihat keadaan di situ.
Mendung pula sudah mula berarak mencari kawasan untuk menumpahkan isi yang dikandungnya. Bila-bila sahaja hujan akan turun menimpa mereka berdua.
Lantas Puan Ika mengajak Nasuha pulang, sebaknya juga semakin tidak tertanggung.
Nasuha yang sedang menggenggam erat batu nisan yang terukir nama Pak Najman hanya mengangguk kecil, mungkin sudah redha dengan apa yang terjadi.
Akhirnya mereka pulang dengan langkah yang beriringan. Suasana mendung-mendung redup menyuramkan suasana mereka.

Ketika mereka berjalan kaki pulang melalui lorong-lorong yang biasa digunakan,
"Ibu balik dulu eh.. Suha ada hal ni.. Nanti Suha susul pulang.."
Puan Ika yang memandangnya penuh tanda tanya hanya mengangguk lalu berjalan pulang ke rumah terlebih dahulu. Pelik juga melihat tingkah anaknya itu.
Nasuha yang dibiarkan seorang diri kelihatan meninjau-ninjau lorongnya yang dikelilingi dengan semak samun dan kebun kelapa sawit. Kakinya diteruskan melangkah, kali ini lorong tersebut hanya dikelilingi dengan hutan tebal. Berusaha dia mencari lorong-lorong lain yang menggabungkan antara rumahnya dengan kawasan teratak Umi Raiha. Mendung yang berarak tadi mula menitikkan isinya ke bumi. Sedari hujan gerimis mula turun, Nasuha lantas pulang ke rumah dengan hati yang hampa.
Dia tidak langsung menemui kawasan perumahan Umi Raiha. Itu semua hanya mimpi. Pernikahannya bersama Aidan hanya mimpi. Segala bahagia yang dikecapi hanya mimpi. Tapi bukankah mereka sudah bergelar suami isteri yang sah?

Sepanjang Nasuha pulang ke rumah, dia kerap termenung. Tidak kira ketika di dalam bilik, ketika menonton televisyen walaupun ketika makan. Kadang-kala kehadiran Hara yang ingin melawatnya tidak langsung disedari.
"Suha mana Mak Cik??" Hara yang sedang meletakkan sebungkus pisang goreng di atas meja dari tadi melilau mencari kelibat rakan baiknya itu.
"Dia ada kat dalam bilik.. Mak Cik risau tengok keadaan dia tu.. Hara jenguk dia kat dalam eh.." Pinta Puan Ika sambil mengacau minuman teh panas yang bakal dihidangkan bersama-sama dengan pisang goreng yang dubawa. Hara hanya mengerut kening lalu mengorak langkah ke arah bilik Nasuha. Beberapa ketukan diberikan di pintu sebelum memulas tombol pintu bilik Nasuha.
Kelihatan Nasuha sedang mengeluh perlahan sambil memandang ke arah tingkap. Merenung sahaja keadaan hujan lebat yang sedang membasahi bumi.
"Hara.. Kau jaga mak aku ke masa aku terlantar koma??" Belum sempat Hara membuka bicara bertanya khabar, soalan terlebih dahulu diaju oleh Nasuha.  Hara tersenyum tipis. Sudah lama tidak berborak dengan rakan sebayanya itu. Satu anggukan kecil pula diberikan sejurus Nasuha memandangnya.
"Dengan Shahril sekali.. kesian wey ibu kau.. dia banyak pendam rasa.. Aku yang kat sebelah dia pun pilu macam apa.. Inikan lagi dia yang merasa semua.."
Kedengaran keluhan kecil Nasuha setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Hara.
"Tabah wey.. Aku pun tak mampu nak kata apa-apa sekarang ni.. Aku paham perasaan kau.." Sambung Hara lagi.
"Aku takut Hara.. Aku banyak dosa dengan ayah.." Nasuha menunduk menyorok tangisannya.
"Hey.. Suha.. Bukan salah kau Suha.. tu semua takdirNya.. Benda dah nak jadi Suha.." Lembut suara Hara menerpa telinga Nasuha. Tangan Nasuha digenggamnya kemas agar dapat memulihkan semula semangat Nasuha yang sudah jauh tertinggal itu. Hara mendepakan tangannya sedikit agar dapat memeluk Nasuha.
"Aku takut.." Nasuha lantas menyembamkan wajah di bahu Hara. Bahu itu juga dulu yang pernah dijadikan tempat mengadu selama dia mengalami tekanan di rumah.
Hara mengusap ubun-ubun Nasuha perlahan. Teringat juga jasa Nasuha yang pernah membantunya saat dia melalui hari-hari sukar sebagai keluarga muflis. Dia juga teringat silapnya ketika dia memperkenalkan Zafran kepada Nasuha. Ya, itu silap terbesar yang akhirnya mengundang kejadian tragik yang tidak pernah dipinta.
"Dahlah.. jom keluar.. aku ada bawa pisang goreng.. beli kat gerai cendol durian favourite kau tu.." Ajak Hara lalu melepaskan sedikit pelukan, Nasuha hanya tersenyum perlahan lalu mengangguk kecil.
"Kau keluar dulu.. aku nak cuci muka.." Pinta Nasuha setelah melihat Hara yang sedang melangkah ke pintu. Hilang sahaja kelibat Hara, Nasuha kembali merenung suasana halaman rumahnya yang masih dibasahi dengan hujan lebat. Susuk tubuh Aidan berpayung merah bagaikan terbayang-bayang di situ. Senyuman tipis yang sedia ada di bibir terus lesap. Akhirnya angin kencang yang tiba-tiba menderu menghilangkan bayang Aidan di balik payung itu.

●●●

8 tahun kemudian,

Nurul Nasuha, tag namanya sebagai Public Relation's Director di sebuah agensi syarikat pelancongan swasta QQ Agency tergantung di cermin hadapan kereta mewah berjenama Honda Crv miliknya. Tag nama tersebut dibelek seketika sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Selepas dia menyambung pelajaran di sebuah universiti awam dalam jurusan diploma pelancongan. Perjalanan hidupnya mudah apabila permintaannya untuk bekerja di sebuah agensi pelancongan diterima. Beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat sebagai Public Relation's Director kerana kebolehannya dalam berkomunikasi dengan orang-orang awam. Segala kejayaannya itulah yang menghidupkan semula suasana ceria keluarganya itu.
Shahril pula sudah berumur dua belas tahun dan hampir menamatkan persekolahan rendahnya. Tidak lama lagi dia akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula. Pasti banyak lagi pengaruh cabaran yang akan dilalui olehnya. Manakala Puan Ika, berniaga kecil-kecilan membuat epok-epok segera yang kini telah menjadi tumpuan orang ramai.
Hara pula, membawa diri ke Singapura untuk mencari sumber rezeki halal di sana setelah menamatkan diploma di universiti yang sama dengan Nasuha. Sudah lama juga mereka tidak bersua sejak masing-masing sibuk bekerja.
Sudah lapan tahun juga, tiada lagi wajah Aidan, Umi Raiha dan Balqis yang dahulunya kerap kali bermain di layar mimpi. Kali terakhir ketika mereka berdua dinikahkan. Namun tiada apa yang harus dikenang, semua itu hanya mimpi.
Umur sudah berganjak dua puluh enam, namun tidak lagi menemukan pasangan yang sesuai untuk membina mahligai cinta. Mungkin Nasuha sendiri yang tidak mahu berusaha mencari, serik dengan tragedi yang pernah menimpa diri dahulu. Bagaimanapun, Nasuha hanya menyerahkan pada takdir, mungkin jodoh itu akan tiba sendiri.

Kereta Nasuha meluncur laju di atas lebuh raya yang agak lengang tanpa kenderaan pada jam 1 pagi itu. Silap dirinya juga kerana berangkat lewat untuk pulang ke kampung. Kalau tidak kerana urusan kerja yang harus diselesaikan last minute, tiadalah dia harus berkejar-kejar masa pada waktu-waktu begini. Ngantuk yang semakin menguasai diri dibiarkan, hanya muzik-muzik rancak dan sentimental menemaninya. Kadangkala dibuka pula lagu hindustan apabila terasa bosan. Memang itulah rutinnya jika di dalam perjalanan pulang ke kampung pada waktu-waktu begini.
Alunan lagu Dil Ne Yeh Kaha Hai Dil Se iaitu lagu ost tema bagi cerita hindustan kegemarannya, Dadkhan menceriakan perjalanannya. Hilang juga sedikit ngantuk di mata apabila dia turut menyanyi mengikuti irama lagu tersebut.
Tiba-tiba sebuah kenderaan mewah berjenama BMW memotongnya laju. Tanpa pernah diduga, kenderaan tersebut berhenti menghalang laluan keretanya.
Nasuha mula panik, sudahlah kawasan itu lengang tanpa kenderaan lain. Ada pula yang cuba membuat onar malam-malam hari begini. Apa-apa terjadi, tiada siapa yang akan menolong. Teringat pula dia kes-kes rompakan yang terjadi kepada pemandu malam di setiap lebuh raya dan jalan raya sunyi. Hatinya berdebar kuat. Nasuha hanya duduk kaku di dalam keretanya, hendak meneruskan perjalanan tetapi tidak kesampaian apabila melihat hampir keseluruhan jalan dihadang oleh kenderaan BMW tadi. Pintu kereta pula memang sedia terkunci dari dia mula berangkat lagi.
"Ya Allah bantu aku.." Ujar Nasuha perlahan, tangannya menggenggam kuat stereng kereta.

Bersambung ~
Apakah yang akan terjadi seterusnya ?
Keep reading and vote , tq ❤
Final episode coming ~

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now