EPISOD 15

453 28 1
                                    

Lama keadaan rumah itu sepi, Umi Raiha masih lagi tidak bersuara. Kadang-kadang hanya bunyi keluhannya disisipkan di sebalik keadaan agak sepi itu.
"Kenapa Umi diam??" Setitik air mata mengalir di pipi Balqis. Rasanya Umi Raiha tidak dapat menolongnya.
Umi Raiha menggeleng perlahan, matanya memandang Nasuha dan Aidan berselang-seli.
"So Umi tak nak bagitau lah?? Umi back up diorang??"
Sambung Balqis lagi..
"Even dalam saat-saat Balqis perlukan Umi, Umi tak nak tolong pun!!"
Tangisannya mula deras.
Nasuha semakin diselubungi rasa bersalah, kenapa pergaduhan ini berpunca daripadanya? Apa salahnya? Adakah hidupnya di sini terlampau menyusahkan mereka?
"Balqis..." Panggil Umi Raiha perlahan namun ditepis oleh Balqis.
"Sudah Umi.. Umi sama je macam Abang Aidan.." Pantas Balqis berlari keluar daripada rumah tersebut.
"Balqis...." Umi Raiha turut cuba berlari ingin mengejar Balqis yang lebih laju daripadanya namun cepat dihalang oleh Aidan.
"Dan.. Umi ada sesuatu nak kata dekat dia.." Ujar Umi Raiha, nafasnya agak tersekat-sekat. Rasa bersalah terhadap Balqis mula menebal. Dia telah menyakiti sekeping hati yang pernah menghiasi kehidupannya selama sembilan belas tahun dahulu. Aidan mengangguk perlahan membiarkan Umi Raiha mengejar kembali Balqis.

"Kak Suha tu... bukan dari dunia kita Balqis.. dan tak mungkin dapat bersama dengan Abang Aidan.. Kita tak tahu bila lagi dia akan sedar daripada tidurnya. Mungkin masa tu, Kak Suha dan kita akan berpisah sementara. Tapi.. Abang Aidan nampaknya dah tertarik dengan Kak Suha.. Sedarkan Abang Aidan tu Balqis.. jangan sampai dia terus hanyut dalam cinta Kak Suha.. Bila dah tiba masanya dia sendiri yang akan susah nanti.." Antara bait-bait kata yang pernah diungkap oleh Umi Raiha tiga tahun dahulu. Masih segar di ingatan Balqis. Disebabkan itu dia cuba menyedarkan Aidan bukan kerana dia akan simpati dengan nasib Aidan kelak, namun kerana dia juga sudah jatuh cinta dengan abang angkatnya itu.
Namun, kata-kata yang dimeterai oleh Umi nampaknya dilupakan begitu sahaja. Cinta Aidan kepada Nasuha sukar dikawal lagi.

"Aku tak tahu punca korang bergaduh ni.. tapi jangan sebab aku, kau dengan Balqis tak okay.. remind me if i keep troubling you.." Nasuha yang dari tadi tidak bersuara membisikkan sesuatu kepada Aidan. Sejujurnya saat Aidan mengutarakan niat untuk mengahwini Nasuha, Nasuha benar-benar terkesima. Nasib serangan sakit dadanya kelmarin bukan kerana masalah jantung, tidakkah niat Aidan tadi boleh menyentakkan jantungnya? Langkah Nasuha diorak keluar daripada rumah meninggalkan Aidan keseorangan, juga ingin mendapatkan Balqis yang sedang dilanda gundah-gulana.

●●●

Venice, Italy.

Seorang pemuda berpakaian kot kulit labuh berwarna coklat krim berdiri teguh di atas sebuah jambatan yang menggabungkan dua bangunan antik rekaan Italy itu. Kornea matanya tenang memandang sungai tidak berarus itu. Segar sahaja pemandangan di situ. Kadang-kala dia melambai sesiapa sahaja yang menaiki bot menyeberangi sungai tersebut.

Sudah lama dia menetap di situ meninggalkan kampung halaman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah lama dia menetap di situ meninggalkan kampung halaman. Bertukar angin bermigrasi di negara orang, itu sudah cukup melupakan memori lama bersama kekasih yang sudah pergi menghadap Ilahi.

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now