EPISOD 8

482 36 0
                                    

"Lepaslah Zaf!!"
Detakan jantung Nasuha semakin laju, panik seratus peratus menguasai dirinya. Tergamak Zafran melakukan perkara sedemikian terhadapnya. Dia seperti sudah mengagak apa agenda jahat sebenar yang cuba dilakukan oleh bekas teman lelaki tidak gunanya itu.
Nasuha terpandang pergelangan tangan Zafran yang sedikit terdedah itu. Serta-merta dia menggunakan kuasa gigi taringnya yang kurang tajam itu untuk meloloskan diri.
"Aaghh!!" Aduh Zafran agak kuat sambil menarik tangannya daripada gigitan Nasuha yang menyakitkan itu.  Pada waktu itulah Nasuha mengambil kesempatan melarikan diri setelah genggaman Zafran terlepas.
Zafran dan beberapa orang gangster tadi laju mengejar mangsa.
Larian Nasuha laju menyusuri lorong-lorong di bahu jalan. Tidak endah jika orang-orang di situ melihatnya semacam. Mereka tidak akan mampu menolong keadaannya yang amat panik ini.
Sementara si pemangsa masih jauh, Nasuha mengambil keputusan untuk menyeberangi jalan raya tersebut memandangkan keadaan agak lengang tanpa kenderaan. Hujan juga sudah reda sedikit, namun mendung masih lagi menyelindungkan awan terang.
Nasuha lantas melintas namun....
'Bukk!!!' Dia tidak menyedari sebuah kenderaan laju menghampiri, dan melanggarnya tanpa sempat menekan brek.
Nasuha rebah! Matanya berpinar-pinar. Seluruh tubuhnya dirasakan sengal dan kebas. Darah merah mula mengalir daripada kepalanya mungkin hentakan kuat yang terjadi sebentar tadi.

Zafran kaku di situ. Begitu juga gangster-gangster yang turut bersamanya mengejar Nasuha. Rancangan mereka habis gagal begitu sahaja.
Tanpa diselubungi rasa bersalah, gangster-gangster tersebut malah berlari pergi begitu sahaja dari situ. Bimbang dipersalahkan kerana menjadi punca utama kemalangan gadis itu. Manakala Zafran terduduk kaku di situ, kedua-dua tangannya mencengkam kuat kepalanya yang tidak sakit.

Baru sahaja Nasuha ingin menutup mata memandangkan penglihatannya juga sudah berpinar. Dia terlihat imbasan kelibat seorang lelaki. Di sebelahnya juga terlihat bayang-bayang payung merah yang pernah dilihat bersama dengan seorang pemuda seketika tadi. Perlahan tubuh lemahnya diangkat dan digendong. Entah ke mana dia dibawa, dia juga tidak tahu. Jika nasibnya baik barangkali ambulans sudah datang dan bergegas membawanya pergi ke hospital. Jika memang nasibnya buruk, kemungkinan yang mengangkatnya ialah gangster-gangster yang berusaha keras ingin mendapatkannya.
Akhirnya Nasuha benar-benar rebah terlelap di atas gendongan seorang lelaki, penglihatannya terus gelap. Matanya rapat tertutup.

●●●

Laju Puan Ika berjalan masuk ke dalam ruang hospital itu. Diiringi oleh Pak Najman yang sedang memangku Shahril. Air mata Puan Ika kian deras, suaranya tersekat-sekat bertanya di kaunter pertanyaan.
"Oh anak Puan berada di wad kecemasan sekarang.. Puan sekeluarga diharap dapat duduk sabar menunggu di situ dahulu ya.." Balas jururawat yang bertugas di situ dengan penuh sopan bicaranya.
Puan Ika kelihatan lemah, hampir terjelepok dia di lantai. Mujur Pak Najman cepat-cepat menariknya duduk di atas kerusi yang agak empuk bersandar di dinding. Manakala Shahril tertidur di riba Pak Najman. Keadaan dingin penghawa dingin yang sentiasa terpasang di ruang tersebut tidak langsung dirasai, hanya risau dan cemas menyelubungi diri.
Sebentar tadi, usai menjawab panggilan telefon daripada pihak hospital. Mereka bergegas menuju ke hospital yang tersebut.

●●●

Ubun-ubun kepala terasa sentuhan halus seseorang. Nasuha bingkas bangun daripada lena. Jelas wajah Umi Raiha yang sedang memerah tuala basah di sebelahnya. Wajah tua itu tidak pernah lapuk daripada fikiran.
"Umi..." Panggil Nasuha perlahan. Bibirnya dirasakan perit, mungkin sahaja luka kecil kesan daripada kemalangan itu.
"Sshhh... Jangan banyak gerak bibir tu.. tidur dulu.. badan Suha masih lemah." Suara lembut Umi Raiha menerpa telinga. Namun Nasuha masih berdegil, dipaksanya bibir tersebut untuk senyum. Mungkin senyum kerana mereka dapat bersua kembali.
"Suha rindu Umi..." Ujar Nasuha perlahan dan agak sukar didengari. Mujur masih boleh difahami oleh Umi Raiha.
"Umi!!!" Terdengar suatu panggilan daripada luar bilik. Senyuman Nasuha semakin melebar, sepertinya dia dapat mengagak pemilik suara itu.
Benar sangkaannya, Muhammad Syah Aidan muncul membawa tali leher yang masih belum kemas terikat.
Terkesima Nasuha seketika. Wajah itu... lebih matang tidak seperti pertemuan mereka 3 bulan lalu. Rambutnya juga kemas mencirikan ideal seorang pemuda berkerjaya. Pakaian kemeja putihnya yang berseterika  kemas itu menampakkan bentuk dada bidangnya yang sukar dilihat sebelum ini.
"Umi.. ikatkan!!" Pintanya perlahan, giginya menyeringai seperti seorang kanak-kanak kecil yang sedang membuat reaksi comel meminta sesuatu.
"Anak umi ni.. dah besar dah masih tak reti nak pakai tali leher lagi.." Omel Umi seketika melihat tingkah anak bujangnya itu.
Nasuha yang masih terlantar baring hanya tersenyum melihat gelagat comel Aidan itu. Perwatakannya berubah sedikit pada kali ini. Wajahnya juga tidak menampakkan watak dingin yang sering dipersembahkan dulu.
"Terima kasih umi.." Ucap Aidan perlahan lalu menghadiahkan sebuah kucupan ikhlas di pipi Umi Raiha seusai tali leher itu terletak kemas di lehernya. Sungguh Nasuha terharu dengan perbuatan Aidan itu.
Tidak semena-mena renungan Nasuha yang tidak berkelip itu dibalas. Aidan juga memandangnya, matanya bagaikan penuh dengan sinaran cahaya kegembiraan. Senyuman manis pula terukir di bibir tampannya, jelas kelihatan lesung pipitnya yang mampu mencairkan seluruh gadis di dunia. Mata mereka sama-sama bertaut penuh makna. Makna kerinduan yang tidak mampu terungkap di bibir sahaja.
"Get well soon.." Ringkas, namun jelas kedengaran manisnya pada bicara Aidan itu. Lantas Aidan beredar pergi setelah menghulurkan tangan bersalam dengan Umi Raiha.
Nasuha terkesima. Tidak pernah Aidan melemparkan senyuman itu kepadanya. Jantungnya sekali lagi dirasakan berdetak laju.
"Aidan nak pergi mana tu Umi??" Soal Nasuha agak pelik melihat pemakaian Aidan yang kemas.
"Kerja.. rezeki dia dapat kerja bahagian guaman.. dah 2 tahun kerja."
Lantas Nasuha mengerut kening. Kerja? Berapa lama sudah dia kerja? Setahunya 3 bulan yang lalu Aidan mengambil upah mengikut nelayan-nelayan kecil. Itulah antara sumber yang didapati oleh Balqis. Masakan Balqis menipu..

Kali ini Umi Raiha pula  memandangnya, mata Umi redup-redup tersenyum nipis kepadanya.
"Umi rindu Suha juga.. kami semua rindu Suha... rindu sangat.." Ujar Umi perlahan, seperti sudah bertahun-tahun tidak bersua. Tubir matanya mula menggenangkan airmata.

●●●

Seminggu sudah berlalu,
Nasuha menampakkan sisi pulihnya, badannya kelihatan bersedia untuk membuat aktiviti rehat. Mungkin masih ada sisa baki parut yang kadang-kadang menyukarkan pergerakannya, namun tidak pernah menjadi masalahnya.
Entah penawar apa yang digunakan Umi, sangat berkesan dan mustajab berbanding ubat-ubatan hospital.
Umi Raiha yang sering membantunya, segan pula Nasuha asyik menyusahkan tenaga tua itu.
Balqis pula sudah lama tidak kelihatan. Katanya menyambung pelajaran di universiti tempatan.
Itu menambahkan lagi kerutan di dahi Nasuha, masakan Balqis yang baru berumur enam belas tahun sudah menyambung pelajaran di universiti. Namun Nasuha malas bertanyakan tentang itu, dan akhirnya lupa.
Langkah diorakkan ke dapur. Terbau aroma wangi tumisan sambal, barangkali Umi Raiha sedang memasak.
Namun kelibat yang dilihat sedang menumis sambal bukanlah Umi Raiha. Aidan?

(Credit to Kim Seok Jin Pic)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Credit to Kim Seok Jin Pic)

"Umi mana??" Nasib sahaja sudip yang berada di tangan tidak tercampak akibat serangan sergahan Nasuha daripada belakang. Lantas Aidan mengurut dadanya.
"Umi ambil daun kesum jap kat belakang.. Nasuha nak apa-apa ke masuk dapur? Haus ke?? Larat dahh??" Lembut suara Aidan menerpa telinga. Naik meremang bulu roma Nasuha melihat keprihatinan Aidan itu. Lain benar sikapnya berbanding dulu.
Sahaja bertanya keberadaan umi, bimbang jika hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah.
Pada mulanya dia takut-takut ingin menyergah, bimbang Aidan masih bersikap dingin. Namun lain pula jadinya.
Nasuha tersenyum janggal.
"Aaaaaaaa masak apa tu??" Wajah Nasuha didekatkan sedikit agar dapat menjengah kuali yang sedikit berasap itu.
Namun tindakan Nasuha itu menyebabkan Aidan tiba-tiba menutup hidung.
"Kenapa??" Soal Nasuha pelik.
"Bau air liur basi.." Spontan Aidan menjawab, tangannya masih menutup hidung. Nasuha hanya mengangguk kecil lalu menjauhi Aidan. Terus hilang senyuman manis daripada bibirnya.
'Kurang asam punya mamat...' Omel Nasuha sendirian, wajahnya menunjukkan sedikit bengang. Namun kelakar juga.
Nasuha bingkas beredar ke bilik air untuk mencuci muka.

Bersambung~
Nantikan episod seterusnya
Keep marathon my story gais
Tq ❤

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now