EPISOD 3

645 45 3
                                    

Dalam kedinginan hujan yang kian reda ini, seseorang muncul kebasahan di hadapan pintu. Hadirnya seperti bayang-bayang yang tersesat mencari tuan.

●●●

Mata Aidan tidak lepas memandang seorang gadis berlingkungan 18 tahun yang barangkali tersesat itu.
Mungkin terlampau asyik memandang gadis di hadapannya itu.
"Astaghfirullahallazim.. Mak!!" Laungnya setelah tersedar daripada lamunan mengarut sebentar tadi. Gadis tadi masih berdiri kesejukan di hadapan pintu.
"Yee Dan.." Umi Raiha yang sedang menjahit di dalam biliknya lantas keluar setelah mendengar panggilan daripada anak tunggal lelakinya itu. Gadis yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu juga tidak terlepas daripada pandangan mata wanita berlingkungan separuh abad itu.
Tidak semena-mena Nasuha rebah. Mungkin kerana badannya lemah ditimpa hujan lebat. Terkejut terus Umi Raiha melihat gadis itu tiba-tiba rebah. Di dalam hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang tiba-tiba memunculkan diri.
"Allah!" Pantas Umi Raiha dan Aidan menerpa ke arah Nasuha yang sudah tidak sedarkan diri.

●●●

"Dia bukan dari dunia kita Dan.. biarlah dia tidur sampai dia celik di dunia asal.." Sayup-sayup kedengaran suara Umi Raiha daripada luar.
Mata Nasuha perlahan terbuka. Mungkin sudah tersedar daripada pengsan.
"Akak dah bangun?"
Mata Nasuha lantas tercelik luas. Serta-merta melihat wajah empunya suara. Bagaikan disergah suatu jelmaan.
Balqis, anak angkat kepada tuan rumah tersebut. Berumur 16 tahun, bersikap sopan santun dan memiliki ciri-ciri gadis idaman. Senyumnya yang manis tatkala melihat Nasuha yang telah menyedarkan diri bisa melembutkan hati lebih sejuta manusia yang memandang wajahnya.
"Aku kat mana ni?" Tanya Nasuha yang masih bingung akan keberadaannya.
Balqis tersenyum lagi.
"Akak tiba-tiba datang rumah kami tadi hujan-hujan. Pas tu akak pengsan. Akak tak ingat apa-apa?" Sopan Balqis menjawab. Nasuha hanya diam berkerut kening, barangkali sedang bingung bagaimana dia boleh berjalan kaki dalam keadaan hujan dan sampai ke sini.
"Akak kalau haus ke air ada atas meja ni.. kalau lapar, panggil je Balqis.. nanti Balqis bawa makanan." Sambung Balqis lagi sambil menunjuk segelas air kosong beserta biskut-biskut kering di atas meja. Nasuha tidak menghiraukan Balqis namun matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang di ruang masuk bilik. Kelihatan Aidan sedang tersipu-sipu melihatnya.
"Aqis.. ajaklah dia makan malam sekali.. Umi da masak tu!!" Aidan hanya menjeling Nasuha sahaja. Berusaha dia menundukkan pandangan daripada melihat gadis yang tiba-tiba muncul dalam kehujanan itu.
"Okay~ abang Dan pegi dulu.. nanti Aqis dengan akak ni menyusul." Jawab Balqis.
Aidan melepaskan pandangan kepada Nasuha sebelum beredar daripada situ. Nasuha tidak henti memerhati gerak-gerinya.
"Nama akak siapa?" Hampir tersentak Nasuha dek pertanyaan Balqis yang diajukan kepadanya.
"Na..Nasuha" Perlahan dia menjawab. Sambungnya lagi,
"Yang tadi tu siapa?"
"Ohh tu Abang Aidan.."
"Umi tu?"
"Umi Raiha, ibu kandung abang Aidan. Balqis ni hanya anak angkat je.." sesekali dia melemparkan senyuman kepada Nasuha yang hanya terangguk perlahan.
"Aku nak sambung tidurlah, badan aku letih semacam. Balqis? Haa Balqis pergi lah nyusul makan sana.. aku nak rehat." Pinta Nasuha agak lemah. Badannya dirasakan sengal, dirasakan panas dalamannya. Ngantuk masih tersisa di mata. Balqis hanya senyum lalu mengangguk perlahan. Nasuha kembali meletakkan kepala di bantal, akhirnya hanyut di buaian lena.

●●●

Hujan lebat membasahi seluruh alam ciptaan-Nya. Jam di dinding pula berdenting tepat 10 malam, Nasuha tersedar daripada tidur. Matanya liar memandang sekeliling. Kini dia berada di dalam bilik beradunya sendiri. Ya, dia tertidur pada senja tadi. Tertidur setelah puas meratapi tangisan duka. Nasuha memegang kepalanya yang agak sakit. Mungkin pening-pening mamai kerana tertidur di senja hari sehingga malam kian larut. Kelihatan Shahril yang sedang lena di sebelahnya sambil menghisap ibu jari. Entah bagaimana dia boleh berada di dalam biliknya, selalunya Shahril akan mencelah di bilik beradu ibu dan ayah sahaja.
Bunyi hujan yang menimpa bumbung pula meriuhkan suasana malam yang sepi. Shahril semakin menarik gebar, mungkin kedinginan.
'Ting!'
Telefon yang diletakkan di sebelah bantal berbunyi menandakan tibanya suatu mesej daripada aplikasi Whatsapp.
_Sayang.. keluar jom? Biy kat luar ni.. biy tunggu!_
Mesej itu direnung seketika. Jelas sekali ianya daripada Zafran. Perlahan tangannya menyelak langsir tingkap yang berada di sebelah katilnya. Terlihat cahaya daripada lampu kereta Proton Saga bersinar di sebalik keadaan yang gelap serta berhujan itu. Cahaya tersebut menampakkan rintih-rintih hujan yang jatuh ke bumi. Wajah Nasuha menampakkan kebenciannya.
_Tak berapa sihat laa_
Ringkas sahaja balasan daripada Nasuha. Usai sahaja mesejnya dibaca, lesap cahaya lampu kereta yang dari tadi menyilaukan matanya. Mungkin sahaja Zafran sudah beredar pergi. Nasuha menghela nafas dengan berat.

●●●

"Ril.. semalam ibu dengan ayah gaduh eh?" Soal Nasuha, tangannya ligat menyarungkan seluar ke kaki Shahril. Shahril mengangguk laju. Matanya tidak lepas menonton cerita Upin Ipin yang ditayangkan di kaca televisyen.
'Betullah.. takkan mimpi pulak. Balqis, Aidan dan Umi Raiha tu mimpilah.' Desis hati Nasuha sendiri.
"I..ibu dengan ayah gaduh.. akak tido.." Tergagap-gagap Shahril hendak mengungkapkannya.
"Lepas tu Shahril tidur sebelah akak?" Sengaja bertanya, pelik juga Shahril tiba-tiba tidur di sebelahnya semalam. Anggukan Shahril semakin laju.

●●●

Merayu-rayu Zafran ingin mengambil semula hati Nasuha. Sesekali lengan Nasuha digenggam tika Nasuha ingin beredar.
"Please la.. aku dah tak percaya la jantan macam kau ni!!" Marah Nasuha setelah menarik semula tangannya.
"Tak payah nak terang lagi dah.. depan mata aku!!" Sambungnya lagi. Wajahnya penuh dengan kekelatan.
"Sayang.. sayang tolong maafkan Biy!!" Zafran masih meraih simpati daripada gadis bertubuh agak ramping itu.
"Stop it!! I hate you!! We are nothing right now!! Menyesal aku jumpa kau!!" Kali ini Nasuha menekankan suaranya. Ya, dia sangat memaksudkannya. Nasuha pantas berlalu pergi.
"Kau yang akan menyesal tinggalkan aku Suha!!" Laung Zafran kuat. Zafran yang tadinya kelihatan seperti lelaki merayu kini matanya penuh dengan dendam dan kemarahan. Sesuka hatinya Nasuha membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, tangan Nasuha hanya menutup kedua-dua telinga. Airmata mula bergenang di tubir mata. Mungkin menyesal pernah bercinta dengan spesies lelaki seperti Zafran.

Nasuha mencapai sebotol pil tidur daripada laci mejanya. Sebiji demi sebiji ditelan. Usai meletakkan pil tersebut di tempat asalnya, dia merebahkan tubuh badan di atas katil. Entah mengapa daripada sayang kepada Zafran berubah seratus-peratus menjadi benci. Terngiang pula semasa mereka bertekak petang tadi,
"Biy jumpa dia sekejap je sebab ada urusan nak bincang.. tak buat apa pun!" Zafran dan pembohongan berpisah tiada. Ketika itu Nasuha hanya bereaksi senyuman sinis.
"Tak payah tipulah.. aku nampak apa kau buat!!"
"Okay!! Memang aku tipu!! Semua salah kau!! Kau tak pernah nak bagi attention pada aku!!" Zafran mula melaungkan suara membuatkan Nasuha tergamam. Ini ke sikap Zafran yang sebenarnya? Dan kali ini Nasuha benar-benar mengenali sikap sebenar kekasihnya itu.

Perlahan mata Nasuha tertutup mungkin kerana kesan pil tidur tadi. Dia terlena dibuai mimpi.
Tangannya ligat memulas tombol pintu bilik.
"Suha.. meh sama-sama kita berborak kat luar.. ambil angin kejap." Suara Umi Raiha bergema di seluruh ruang.

Bersambung...
Nasuha kembali ke dunia mimpi?
Sila read dan vote cerita saya.. 🤗❤

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now