Episod 2

741 49 5
                                    

Seorang lelaki bertubuh agak kurus khusyuk memandang hamparan laut yang luas di hadapannya. Daripada tebing tinggi, kornea matanya tenang disapa bayu laut. Mukanya kadangkala bercahaya disinari sinaran suria pagi.
"Indahnya ciptaan-Mu." Desis dirinya seorang diri namun agak samar-samar bunyinya.

●●●

Hari cuti begini memang tak sah jikalau tidak bangun lambat. Itulah sikap Nasuha. Subuh entah ke mana.
Bangun sahaja daripada tidur, serta merta dia mencapai tuala dan pakaian yang akan dipakai pada hari itu. Hampir tengah hari dia sedar daripada beradunya.
Usai mandi, lantas Nasuha mengeringkan rambutnya yang basah. Sesekali dia menyentuh rambutnya yang agak keperangan itu. Dua bulan lepas, dia dengan beraninya mewarnakan rambut. Mukanya yang agak putih dan bersih itu disapunya krim muka yang biasa digunakan.
Dia menjeling pula ke arah telefon, tiada langsung sebarang panggilan daripada Zafran. Entah ke manalah kekasihnya itu pergi. Masakan dia kerja? Itu mustahil, Zafran ialah penganggur terhormat sama seperti bapanya. Tidak hairanlah jika Zafran selalu memintanya wang.

"Suha!! Tolong ibu ni!!" Laung Puan ika tiba-tiba.
"Ape ajelah dia nih!" Rungut Nasuha sendirian. Tergendala misi ingin 'stalk' akaun Facebook kekasihnya. Keluar sahaja daripada bilik, terlihat Shahril yang sedang khusyuk melayan televisyen. Tidak lain tidak bukan kalau bukan rancangan Didi & Friends. Kelihatan ibunya pula sedang mengangkat sebakul pakaian yang baru dibasuh. Jelas sekali ibunya akan menyuruh Nasuha menjemur pakaian tersebut di halaman rumah.
Belum sempat Puan Ika bersuara,
"Ibu jemurlah, Suha nak keluar jap!" Ujar Nasuha tiba-tiba. Sepasang selipar disarung ke kaki. Jelas sekali dia tidak mahu membantu Puan Ika.
Puan Ika hanya senyap. Memang begitu sikap Nasuha. Sukar sekali hendak menolongnya di rumah. Lebih sukar untuk melihatnya duduk di rumah untuk sehari walaupun pada hari cuti. Keluar melepak dengan kawan-kawan yang tidak tahu asal-usul. Berpakaian tidak sopan, tudung pula entah hilang ke mana. Pada kali pertama dia melihat Nasuha mewarnakan rambut, hendak sahaja dia menampar anak gadisnya itu. Tetapi.. apakan daya.
Puan Ika mengeluh perlahan setelah bayangan Nasuha hilang dari pandangan mata. Sudah banyak makan hati dengan anak daranya seorang itu.

●●●

Selangkah demi selangkah Nasuha berjalan di lorong sepi rumahnya itu. Tidak langsung dia menghiraukan bahang panas terik sinaran suria. Fikirannya kembali bergolak. Duit simpanannya di bank pula hanya tinggal beberapa ratus sahaja. Jiwa dan perasaannya tidak pernah tenang dan tenteram. Pasti ada sahaja masalah yang akan merunsingkan mindanya.
Dia melihat skrin telefon, jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Kali ini dia membuka aplikasi Whatsappnya.
_Biy?_
_Mana hilang?_
_Tengah buat apa tu?_
Laju jarinya menaip di atas skrin telefon itu.
Nasuha mula dihimpit perasaan hampa. Sebentar tadi dia melihat Zafran aktif di Whatsapp. Namun kini, hanya dua 'greytick' diberikan.
"Mana pergi mamat ni? Tidur ke?? Hmm.." Desus Nasuha. Matanya tidak lepas memandang perbualan-perbualan lama mereka di Whatsapp.
'Bangs' rambut diselitkan ke telinga, jelas terlihat peluh di dahinya. Semakin tidak sedar, dia mula keluar daripada lorong dan menghampiri jalan besar.
Dari kejauhan terlihat sepasang kekasih yang agak mesra tingkahnya. Berdua-duaan di pondok menunggu bas 50 meter dari tempat Nasuha berpijak. Dahi Nasuha mula berkerut. Entah kenapa paras dan tubuh badan lelaki itu semakin menguatkan ingatannya kepada Zafran. Perlahan dia mengecilkan anak matanya. Ingin sekali dia melihat wajah sebenar lelaki yang serupa dengan kekasihnya itu.
'Dumm!!' Jantungnya tidak semena-mena tersentak. Matanya semakin memerah. Tangan kian basah dek peluh-peluh rinih. Nafasnya kucar-kacir. Ya, itu Zafran. Kenapa dia berpelukan dengan gadis itu? Adakah dia curang? Ohh tidakk!! Perasaan hampa Nasuha semakin memuncak.
Serta-merta dia mengatur langkah, laju dia berlari pulang ke rumah. Setitik demi setitik air mata jatuh dan akhirnya tumpah menghasilkan bah. Lariannya tidak tentu hala bagaikan dikejar oleh seekor harimau kumbang yang sedang lapar.

"Anje~"
Manja suara Zafran memanggil nama panggilan entah kekasih ke berapanya itu. Farah Liyana yang sedang mengikat rambut panjangnya lantas melihat wajah sayu Zafran yang penuh dengan wajah kelicikan.
"Baby nak pinjam duit sikit boleh?" Ya, jikalau 10 orang aweknya sekalipun, 10 orang itulah tempatnya bergantung duit.
"Hutang dulu bila nak bayar?" Laju sahaja Farah Liyana membidas. Zafran mencebik.
"Nanti Farah kecek papa.. nak berapa?" Suara garang kini kian reda. Mungkin simpati melihat cebikan manja kekasihnya itu.
"300!!"

●●●

Habis basah bantal bercorakkan bunga berwarna merah jambu itu dek tumpahan air mata Nasuha. Tersedu-sedu kedengaran tangisannya.
Puan Ika yang dari tadi hendak mengetuk pintu bilik anaknya terbantut. Pelik juga dia entah kenapa keluar daripada rumah tika cuaca panas terik alih-alih pulang bertemankan air mata. Tidak langsung menegurnya atau Shahril sekalipun.
Nasuha semakin agresif. Dia menumbuk-numbuk tilamnya. Kecewa sungguh tampaknya. Masakan tidak kecewa, kekasih sendiri curang di hadapan mata. Sesekali dia terngiang pengorbanannya terhadap Zafran selama ini. Matanya yang yang diselaputi air mata kian kabur. Tiba-tiba terlena begitu sahaja.

"IKAA!!!"
Nasuha tersentak daripada tidur. Dirasakan baru beberapa saat matanya terpejam. Kakinya sahaja belum sampai ke istana mimpi.
"Kalau kau tak bagi aku duit tu, mana aku nak menang???"  Jelas sekali suara garau Pak Najman menerpa telinga. Mata Nasuha kian luas, hilang terus ngantuknya.
"Abang dah-dah la buat kerja tu.. Ika penat laa!!! Barang dapur lagi!! Barang-barang Ril lagi!!" Giliran Puan Ika pula bertekak.
Perang sudahpun bermula, Nasuha mengeluh kasar. Satu hari tanpa dunia yang penuh ribut mungkin sukar untuk dikecapi.
"Kalau kau bagi duit tu.. aku jamin boleh menang kali ni!!! Support suami kau ni boleh tak??"
Berjudi, itulah kerja Pak Najman.
"Dah lah abang!!! Ika tak nak bagi!!! Duit ni Ika nak simpan beli barang dapur.." Suara Puan Ika sengaja ditekankan. Nasuha semakin serabut.
Tidak semena-mena hujan lebat turun bersama sabungan kilat-kilat. Bunyi-bunyi guruh tidak ubah seperti bunyi-bunyi teriakan Puan Ika dan Pak Najman di ruang tamu.

"Korang diam boleh tak?? Buat serabut kepala aku jelahh!!!" Kali ini Nasuha memberanikan diri muncul di sebalik pertelingkahan ibu bapanya. Ini kerana dia rimas, rimas dengan situasi yang seringkali berlaku ini. Sudahlah baru sahaja ketahuan Zafran yang curang. Kini tiba lagi masalah lain. Puan Ika dan Pak Najman lantas terdiam.
"Boleh satu hari hidup aku tenang?? Satu hari je!!! Dari aku kecil sampai besar tak pernah tenteram hidup aku.. tolonglahh!!!" Airmata Nasuha semakin mengalir deras. Perlahan kakinya berlari meninggalkan mereka berdua yang kaku di situ, meninggalkan rumah tersebut.

Di dalam kehujanan itulah dia meredah, entah ke mana hala tujunya. Kilat pula semakin giat menyabung. Pakaiannya kian lencun ditimpa butir-butir hujan yang lebat. Nasuha berpeluk tubuh, kedinginan barangkali. Terlihat satu lorong bertar yang agak sepi namun disinari beberapa cahaya lampu. Tidak pernah dilihat lorong itu di sekitar rumahnya. Setahunya Lorong Haji Zainal itu tiada lorong-lorong tembus ke mana-mana. Rasanya juga tidaklah jauh dia berlari keluar daripada rumah sebentar tadi.
Walaupun dalam kebasahan itu, Nasuha nekad berjalan menerusi lorong itu. Terasa seperti ada yang memanggil-manggil dirinya. Jauh juga berjalan, hujan kian tersisa menjadi renyai. Tiada lagi kilat-kilat menakutkan.
Nasuha berhenti di sebuah rumah papan yang menamatkan lorong sepi itu. Pintu rumah tersebut terkuak luas. Menampakkan cahaya lampu daripada dalam. Di dalam kebasahan itu, perlahan dia menghampiri pintu rumah yang mungkin masih ada penghuninya.
Jika penghuninya baik, ingin sahaja  menumpang tempat berteduh.

Seorang lelaki berpakaian hitam lengan panjang serta berkopiah putih memandang Nasuha yang sedang lencun bermandikan hujan dengan pelik. Berkerut keningnya barangkali terkesima melihat kehadiran seorang perempuan yang tidak dikenali di hadapan pintu rumah. Begitu juga dengan Nasuha, matanya dari tadi merenung wajah tampan lelaki tersebut.

Mumgkin ini yang dikatakan bermulanya perkenalan mereka, pandangan pertama~

Bersambung~
Apa akan jadi seterusnya? Siapakah lelaki tersebut?
Sila baca dan vote story saya 🤗❤

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now