EPISOD 17

468 29 0
                                    

"Cantik Suha.. Beruntung Aidan dapat Suha.." Ujar Umi Raiha perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah Nasuha yang sedang dimekapkan oleh mak andam. Terserlah kegembiraan di wajah, namun masih tersirat kerisauan di hati. Tidak pernah terfikir hubungan yang sepatutnya terlarang itu telah tiba ke jenjang pelamin. Mereka akan bergelar suami isteri namun pada realitinya Nasuha masih tidak sedarkan diri.
Nasuha tidak membalas kata-kata Umi Raiha kerana mak andam tidak membenarkan dia membuat sebarang pergerakan mulut memandangkan sesi mekap sedang dijalankan. Keadaan sunyi seketika sehinggalah pintu bilik Nasuha dikuak seseorang. Wajah Balqis yang sedikit termengah itu muncul di ruangan pintu.
"Sorry Umi.. Kak Suha.. Aqis lambat.. bas sampai lambat tadi haa nasib baik sempat.. " Terang Balqis agak tidak keruan dek nafasnya yang masih diganggu mengah. Mungkin sahaja berlari daripada simpang hadapan sehingga tiba ke rumah. Dalam masa yang sama Balqis menghulurkan tangan bersalam dengan Umi Raiha dan mencuit sedikit hujung jari Nasuha yang masih sibuk dimekapkan. Nasuha hanya memberikan senyuman.
"Ni Balqis pun dah sampai.. Umi keluar dulu la eh.. takut tetamu ada yang tiba.." Ujar Umi Raiha sebelum berlalu pergi. Pipi Balqis dicuit lembut sebelum beredar daripada bilik itu. Jam di dinding pula sudah menunjukkan pukul 9. Benar juga kata Umi, mungkin sudah ada tetamu yang tiba awal dan dia juga harus mengurus hal-hal masak di dapur.
Tepat jam sepuluh setengah, majlis akad nikah akan berlangsung.
Nasuha semakin berdebar-debar. Degupan jantungnya seumpama ingin meletus tatkala mendengar bunyi setiap detik jam. Entah mengapa hatinya seakan-akan berat untuk melangsungkan majlis akad nikahnya. Seakan-akan ada sesuatu yang sedang bermain di minda, sejujurnya dia merindui seseorang namun tidak tahu siapa yang dirindui itu.
Pakaian pengantin fabrik chiffon final berwarna putih itu dirasakan semakin panas. Hendak sahaja dia menukar pakaian biasa yang lain untuk mengelakkan rimas yang menyelubungi diri itu. Tambahan lagi dengan solekan agak tebal di muka. Baginya dia sendiri sudah cantik, kenapa perlu menambah solekan yang tebal pula? Mungkin sudah adat berwalimatul urus. Hendaklah dihiasi cantik bagi menawan hati si bakal suami.
Balqis yang sedang duduk di birai katil pula memandang wajah Nasuha seumpama bidadari itu dengan pandangan teruja. Sebentar lagi abang angkat kesayangannya akan bergelar suami orang.
Balqis pula hanya mengenakan pakaian kurung cotton yang sesuai dengan majlis akad nikah nanti.
"Dah nak jadi isteri orang dah akak ni.." Ujar Balqis tersenyum-senyum.
"Berdebar rasa ni.." Balas Nasuha ringkas sementara mak andamnya sedang mengambil alatan maskara di dalam beg mekap yang menempatkan pelbagai jenama-jenama alatan solekan yang sentiasa digunakan oleh make-up artist.

Kini beralih pula kepada Aidan yang juga sedang bersiap-siap memperagakan baju melayu berfabrik dull satin berwarna putih beserta samping yang kemas tersarung di pinggang di hadapan cermin. Setelah berpuas hati dengan penampilan, dia menyarungkan pula songkok di atas kepala. Senyuman tidak lekang di bibir. Matanya tidak lepas memandang tubuh badan sendiri yang tegap melalui cermin solekan itu.
Semakin jauh pandangannya menembus cermin, semakin jauh menerawang. Sekali imbas dia melihat Nasuha yang sedang terlantar koma di atas katil tidak sedarkan diri daripada cermin tersebut. Terbeliak matanya seketika lalu menggeleng perlahan. Entah ilusi apa yang mengganggunya daripada cermin itu. Dahinya berkerut seribu, tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya tadi.
Aidan merenung semula cerminn itu.
"Biarkan Nasuha sedar daripada mimpi.." Seorang wanita berlingkungan seperti Umi Raiha menerpa separuh merayu daripada bayang-bayang cermin yang tiba-tiba kelam itu. Terus Aidan tersentak dan terjatuh duduk ke belakang. Dadanya semakin berdebar. Siapa perempuan tua itu? Apa mahunya?
Lantas Aidan bangkit semula dan keluar daripada bilik yang menimbulkan rasa takut dan curiganya. Mungkin sahaja hendak mencari Umi Raiha untuk memberitahu kejadian yang berlaku kepadanya sebentar tadi.

●●●

"Suha.. Kalau Suha dah tak nak bangun pun.. Izinkan wajah kami semua, ibu, Shahril dan Hara masuk dalam mimpi indah Suha.. Biar Suha tahu betapa rindunya kami kepada Suha.. Ibu merayu sangat.. Ibu rindu sangat dengan Suha.. Ibu dah takde siapa-siapa yang boleh kuatkan ibu lagi.. Ibu tak boleh tampung rasa pilu ni lagi Suha.." Air mata Puan Ika menitik perlahan seiring dengan bisikannya. Tangannya perlahan mengusap rambut Nasuha. Alis bibirnya mengucup dahi Nasuha yang dirasakan hangat itu. Wajah pucat Nasuha ditatap penuh sebak. Mujur Shahril kini berada bersama Hara di luar, jika tidak.. Kemungkinan tingkah Shahril nanti lebih memilukan hatinya.
Terbayang-bayang wajah senyuman ceria Nasuha sejak kecil sehinggalah meningkat remaja. Walaupun senyumannya kian tipis dan hambar, namun itulah yang menjadi penyeri setiap kehidupannya. Setiap tangisnya, marahnya, cemasnya, itulah yang dikenangkan si ibu setiap masa.

●●●

Nasuha yang sudah siap berdandan mula menjenguk kehadiran tetamu daripada cermin tingkap bilik. Tidak sabar menanti kehadiran Pak Imam selaku tok kadi yang bakal menguruskan akad nikahnya nanti.
Namun penglihatannya terhenti pada beberapa susuk tubuh yang tidak pernah dilihat namun kehadiran mereka menambah debaran di dada. Tiba-tiba sisa baki kesakitan di dada setahun yang lalu kembali melanda. Dia mengalihkan pandangan mencengkam sedikit dada yang dirasakan senak itu. Wajah itu...

●●●

Ketibaan Pak Imam dan beberapa orang wakil wali akad mengakhiri penantian para-para tetamu yang dari tadi menunggu. Begitu juga dengan bakal suami isteri yang telah bersedia duduk di atas tempat duduk lembut berwarna keemas-emasan yang memang disediakan oleh pakej bridal untuk akad nikah nanti.
Debaran di dada Aidan semakin laju.
Nasuha pula menggenggam kuat tangan Umi Raiha yang duduk menemani di sebelahnya. Dirasakan tangannya basah dengan peluh-peluh. Jelaslah dia sangat gementar untuk meneruskan majlis itu. Di sebelah kiri pula terlihat Balqis yang tersenyum-senyum teruja tidak sabar.

Pak Imam memulakan majlis dengan beberapa khutbah-khutbah ringkas sebagai pesanan sebelum pasangan sejoli itu digelar suami isteri yang sah. Aidan dan Nasuha mendengarnya dengan penuh teliti. Mereka berdua harus menyedari tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sesudah hidup sebumbung sebagai suami isteri. Disisipkan sedikit doa-doa untuk memulakan akad tersebut.

"Mohammad Syah Aidan bin Abdullah.."
"Saya.." Sahut Aidan sejurus nama penuhnya disebut lengkap oleh Pak Imam. Menggeletar suaranya menahan gementar. Tangannya pula kemas menggenggam tangan Pak Imam yang duduk di hadapan itu.
"Aku nikahkan dikau dengan saudari Nurul Nasuha binti Najman dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.." 
"Aku terima nikah Nurul Nasuha binti Najman dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.." Tanpa disangka, lafaz ijab kabul tersebut akhirnya diungkapkan dengan sekali nafas dan sempurna. Syukur ke hadrat Ilahi, mereka telah berjaya disatukan.

●●●

Puan Ika yang tidur menyembam wajah di persilangan tangan tersentak bangun daripada tidur. Pendengarannya tertumpu pada sesuatu.
Bunyi mesin defibrilator mengejutkannya yang sedang tidur di birai katil Nasuha itu. Puan Ika mula panik. Bunyi tersebut berbeza daripada kebiasaan,
'Titttt..........'  Bunyi yang menakutkan dirinya sepanjang berada di situ kini menerpa di telinga. Panjang bunyinya tanpa ada sebarang detik-detik yang biasanya memutuskan bunyi tersebut. Pantas Puan Ika berlari keluar memanggil doktor yang merawat Nasuha dari hari ke hari. Hara yang sedang mengusap rambut Shahril terkejut melihat Puan Ika yang cemas. Shahril pula sedang nyenyak tidur di pangkuan Hara. Hara yang juga panik lantas  mengejutkan Shahril dan menuju ke arah Puan Ika.
"Kamu semua tunggu di sini.." Pinta Doktor Badrul tergesa-gesa masuk ke dalam wad Nasuha. Suaranya lunak dilindungi dengan topeng mulut kesihatan yang berfungsi mengelakkan jangkitan kuman. Kelibat Doktor Badrul hilang setelah pintu wad Nasuha tertutup rapat.

"Ibu merayu sangat Nasuha.. tolong jangan hari ini..." Rayu Puan Ika di dalam tangisannya. Matanya tidak lepas memandang keadaan Nasuha daripada cermin pintu. Doktor Badrul dan jururawatnya berusaha menyentak dada Nasuha menggunakan alatan DC Shock yang bersambung dengan mesin defibrilator dengan tujuan untuk memgembalikan detak jantung gadis itu. Dua kali cubaan namun Nasuha gagal memberikan respons terhadap tenaga Oscilator yang menyentuh dadanya itu.

Mata Hara pula dirasakan pedih semacam, jelas dirasakan kehilangan seorang sahabat baik bakal menimpa diri. Air mata mula menitik jatuh mengalir di pipi gebunya yang sudah lama tidak berusik dek solekan.

Bersambung ~
Thank you sebab setia jadi loyal reader and voter for my story  ❤ appreciate it much

JODOH D♤RI MIMPIWhere stories live. Discover now