PROLOG

80.2K 1.6K 144
                                    

Perlahan-lahan matanya dibuka. Sepasang mata hazelnya melilau melihat sekeliling bilik yang terasa cukup asing baginya. Tergamam Diana sejenak apabila merasakan tubuhnya berada di atas katil tanpa seurat benang langsung. Tak semena-mena air matanya berbirai turun.

"Kau nak nangis buat apa?" sapaan suara garau itu memecah kesunyian dalam bilik itu untuk seketika.

Terus Diana mengalihkan pandangannya ke belakang. Dia lihat sosok tubuh lelaki yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu. Ha-Hazeem?

"A-apa yang kau dah buat pada aku ni, Hazeem? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" air matanya berbirai jatuh tatkala menghambur kan ayat kesal itu.

Yurp, sakit hatinya. Dia fikir Hazeem berbeza dengan lelaki lain namun.. lelaki itu sama saja belangnya. Masih ada nafsu serakah mahu menikmati tubuhnya. Tak guna!!!!!! Kejam!

Tawa jahat Hazeem berhamburan. Wain putih yang terhidang di atas meja dihirupnya perlahan. Yurp, air setan itu dapat memberikan ketenangan buatnya untuk sementara waktu.

"Kenapa? Salah ke kalau aku buat macam itu?! Haha.. pftt..jangan berlagak suci lah, Diana. Kau pun bukannya suci sangat. Jadi, alang-alang kau dah tak suci, bolehlah aku merasa sekali kan?!" sekali lagi tawa sinisnya pecah.

Dalam hati yang sudah kesal, air mata Diana mengalir deras. Tangannya sudah dikepal menahan geram. Panas telinganya mendengar kan butir bicara Hazeem yang bagi nya sangatlah biadab itu. S*al!!!!!!!

"Tak sangka lelaki yang aku harap kan sanggup buat aku macam ni? Huh, aku ingat kau tak sama macam lelaki lain tapi nampaknya aku silap. Kau.. memang sama macam lelaki-lelaki bernafsu binatang kat luar sana!" gertak Diana melepaskan geram yang sudah berbekas dalam hati.

Hazeem sudah angkat kening. Goblet yang sudah separuh isinya dengan wain putih diletakkan ke atas meja kaca yang terbentang depan nya. Serentak itu, dia bangun dari duduknya lalu langkah perlahan di aturnya menuju ke arah Diana. Senyuman penuh makna tersemat di bibir nipisnya.

Diana yang melihat tindakan Hazeem sudah mulai resah. Selimut yang menutupi tubuhnya ditarik sehingga ke atas. Yurp, dia takut kalau kejadian malam semalam akan berulang untuk pagi ni. Cukuplah, dia tak mahu untuk menjadi barang pemuas nafsu.

Hazeem berhenti di hadapan Diana. Wajah bersih milik gadis itu dipandangnya dengan senyuman sinis. Masih segar dalam ingatan nya Diana yang dalam keadaan mabuk melakukan aksinya. Hmm.. yurp, seksi dan menggiurkan.

"Kau nak samakan aku dengan lelaki lain yang pernah tiduri kau ke, hah?!" perlahan saja dia bertanya tapi terselit bengis pada nadanya.

Diana memberanikan matanya menatap wajah Hazeem itu. Yurp, dia tak boleh takut. Lelaki itu perlu ditentanginya.

"Kau sama aje macam semua lelaki itu. Cuma tabur janji manis.. tak guna!!!!" jerkah Diana dalam nada berani.

Pangggg!

"Auch!" rengek Diana dalam sakit. Pipinya yang sudah berpinar merah dipegangnya.

"CUTTT!!!!"

Semua mata sudah beralih kepada direktor yang sudah memegang alat pembesar suaranya. Dengan wajah geram dia menuju ke arah Jemy yang melakonkan watak Diana. Jemy sudah buat muka annoyed plus sakit.

"Kenapa perlu ada 'auch'? Huh? Dalam skrip kau ada orang aku suruh sebut perkataan tu ke hah?!!!!" gertak Dato' Mahmud dalam nada marah.

Termasuk kali ini, sudah tiga kali dia ulangi adegan yang sama. Nampak nya pelakon heroin yang dia pilih memang tak professional langsung. Sudahlah, due date tinggal sebulan lagi.. episod pula masih perlu banyak dirakam.

"Ryle tampar aku kuat sangat. Sakit."  rungut Jemy masih memegang pipi nya yang masih sakit.

Wajah Ryle yang kelihatan tak bersalah itu dipandangnya dengan rasa tak puas hati. Sudah sakitkan orang, tak reti nak minta maaf?

"Jadi kau nak salahkan aku? Pfft.. kau yang tak professional lepas itu nak buang kesalahan kau itu pada aku?" sinis Ryle memerli.

"Yurp, apa yang Ryle kata itu betul. Dalam skrip dia, memang Ryle kena tampar kau so sepatutnya sebagai pelakon yang 'professional'.. kau kena tahan." Dato' Mahmod sudah mulai berdiri di pihak Ryle.

Ryle sekadar menyungging sengih sinis apabila melihat pandangan tajam Jemy. Takut? Pfft.. keldai nak melawan singa?

"Fine." akhirnya Jemy mengangkat bendera kekalahan.

Yurp, dia hanya pelakon wanita yang baru nak up. Kalau diikutkan rasa marahnya, sudah lama dia bertumbuk sakan dengan lelaki bernama Ryle itu atau nama panjang nya 'Huzryle Khayril' itu. Lelaki hangat yang sekarang lakonannya menembus pasaran Malaysia.

Dato' Mahmod sudah senyum puas hati. Dia menoleh ke arah Ryle yang sudah tayang muka badmood.

"Boleh kita ulang scene ni, Ryle? Kalau awak tak keberatan?" lembut saja dia tanyakan soalan itu pada Ryle.

Ryle sudah buat muka jengkel. "Lepas apa yang jadi ni, I rasa I nak rehat kejap. Bagi I redakan dulu hati ni so that I can give more penghayatan untuk watak Hazeem ni." ujar Ryle dalam nada moody acah-acah.

Dato' Mahmod pada awalnya tayang kan muka tak setuju namun akhirnya dia akur. Wajah Ryle dipandang nya dengan rasa kalah. "Okay, esok kita shoot adegan yang sama. So, now you can rest." balas Dato' Mahmod.

Ryle senyum puas hati. Tak semena- mena langkahnya di atur menuju ke arah pengurus peribadinya yang duduk tidak jauh dari set penggambaran.

"Apa yang kecoh-kecoh tadi itu?" soal Afzal yang sudah mengalihkan telefon pintar dari perhatiannya.

Ryle melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia. Wajah Afzal dipandangnya tanpa perasaan.
"Pelakon heroin ni buat hal. Baru kena lempang sikit, dah merungut kat direktor." jelas Ryle dalam nada macam tak berkenan.

Tawa Afzal tak semena-mena meletus. Pftt..

"Jemy itu mana pernah berlakon watak kena tampar, kena tendang tu. Dia tu selalu dapat watak sampingan perempuan baik yang acah nasihat kan orang. Padahal kat luar pun , dia sebenarnya jal*ng." Afzal sudah mulai membawang.

Namun, Ryle hanya sekadar tunjuk wajah tak minat. Yurp, buat apa dia nak kisah pasal perempuan itu? Pelakon yang tak profesional memang akan selalu jadi bahan. Pftt..kan tak pasal-pasal, nama kau dibawangkan oleh Afzal, Jemy.

"Bila citer ni habis shoot?" soal Ryle sudah mengalih topik.

"Bulan depan. Kenapa kau tanya?" soalan berbalas soalan. Afzal sudah tayang dahi berkerut.

Terus Ryle mengalihkan pandangan nya ke arah Afzal yang sudah tunjuk kempunan nak dengar. "Aku rasa nanti aku nak pergi bercutilah. Penat asyik menghadap kamera aje. Tak ada life."

"Pfft.. dulu, kau yang nak sangat jadi artis. Bila dah jadi artis, menang dua anugerah.. terus kata penat. What the hell, man?" cemuh Afzal.

Ryle tarik sengih angkuh. "Well, aku manusia jugakan? Dah, aku malas nak dengar kau membebel. Batalkan  semua shooting aku lepas cerita ni.." arah Ryle dalam nada sedikit bertegas.

"Fine. Arahan dilaksana Encik Huzryle Khayril." patuh Afzal dalam nada menerima arahan.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Telefon pintar jenama iPhone nya dikeluarkan. Pesanan Whatsapp dibukanya lalu terbit senyuman di birai bibirnya.

'Sayang, jom kita dinner malam ni.'-Kuza.
...






Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now