BAB 44

24K 815 11
                                    

Rambutku yang masih basah aku keringkan dengan tuala. Sekali sekala, cermin aku belek untuk memastikan muka aku licin dan bersih. Well, perempuan mana yang suka tengok ada seketul jerawat tak diundang pada wajahkan? Nampak aje aku macam jenis tak jaga kebersihan tapi tak ramai yang tahu betapanya complicated nya aku dalam penjagaan wajah.

Sejak aku sekolah menengah lagi, aku sering dipuji kerana wajah aku yang bersih bak baby baru lepas diberanakkan. Ahaha.. jealous? Well, mestilah jealous kan?! Ada perempuan muka lagi cantik and namanya itu adalah Astilla Aysara jadi mungkin sebab itulah aku diminati ramai pelajar lelaki masa aku kat sekolah dulu. Hari-hari dapat surat cinta tapi semua kena reject. Haha..

Firzan itu, pfft.. cuma nasib baik aje.

Tak semena-mena, fikiranku teringatkan pada lelaki itu. Kata-katanya semasa kami bertemu di bawah pokok mangga itu serta-merta menerpa fikiranku. Huh, macam mana aku boleh terlupa?!

"Aku nak kau suruh dia ceraikan kau kalau kau taknak aku bagitahu benda ni pada ibu kau."

Satu keluhan berat aku lepaskan. Cerai?? Semenjak pulang dari Sydney itu, aku dan Ryle tak pernah lagi bersemuka. Kadang aku pelik juga dengan status aku sekarang. Perkahwinan apa kalau macam ini. Seorang ke Timur, seorang lagi ke Barat. Apa yang aku tahu, suami isteri perlulah tinggal di bawah satu bumbung yang sama tapi kami.. ibarat orang asing yang hanya pegang title asing itu aje.

Kalau macam nilah,hubungan kami..lebih baik dia ceraikan aku. Yurp, buat apa simpan perempuan macam aku ni? Apa faedahnya kalau dia pegang aku?! Kadang,aku sendiri tak faham. Kalau taknak aku, dia boleh lepaskan tapi kenapa dia tak pernah kata nak berpisah dengan aku?

Lagipun, tak lama lagi dia bakal berkahwin dengan Kuza, model yang dia cintai itu. Dan, aku?

"Wah, akak cantik kita termenung apa itu depan cermin? Terfikirkan abang Ilham dia lah itu." usik Mina yang tiba-tiba sahaja datang menyapa dari belakang.

Aku yang sedari tadi asyik termenung sakan di hadapan cermin hampir sahaja nak melatah. Nasib baik aku bukannya jenis yang cepat melatah merapu. Terus aku urut dada sebelum pandanganku dialih kan memandang ke arah Mina.

Dia sudah menyungging sengih tak bersalah. Huh, nasib lah dapat kawan macam ni. Buat salah bukan nya nak minta maaf?! Cis!!

"Kau ni Islam ke tak hah?! Kalau masuk itu ketuk lepas itu bagi salam, tak boleh ke?!" gerutu ku geram. Rambutku yang masih basah, aku cuba keringkan guna tuala.

"Alah, takkanlah benda kecil itu pun nak marah. Haih, ini malas ni nak layan orang tengah kemaruk cinta ni. Sikit-sikit nak marah, dah macam orang mengandung aje aku tengok!" perli Mina sambil buat jengkel.

Aku mendengus geram. Terus aku pusingkan badan ku menghadap Mina yang sudah melabuhkan punggung di birai katilnya.

"Apa kaitan mengandung dengan tak bagi salam pula ni?!" tebikku.

Mina sekadar mencebik. "Kan selalu nya kalau orang yang nak mengandung ni hormon tak menentu. Suka marah-marah tak tentu fasal. Mak kau tak pernah cerita ke?!"Mina sudah panjangkan topik mengandung.

Aku buat muka tak minat. Ceh, kalau topik itu langsung tak ada kaitan dengan aku lebih baik aku buat tak peduli. Buat semak kepala otak aje. Banyak lagi benda aku nak fikir sekarang ni.

Kembali aku alihkan pandangan ku menghadap cermin. Rambut yang sedikit kering, aku terus sisir. Mina pula masih duduk di birai katil bujang ku.

Wajahnya seakan-akan mahu mengatakan sesuatu dengan ku tetapi ada benda yang buatkan dia jadi ragu. Aku yang masih tak sedar gelagat Mina itu kembali menyisir rambutnya.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now