BAB 25

22.6K 861 28
                                    

Kepalaku yang masih terasa sakit aku urut perlahan. Sedar-sedar sahaja aku sudah terbaring di atas tikar mengkuang dan di sisi aku langsung tiada sesiapa. Dalam keadaan yang masih lemah, mataku melilau mencari seseorang di situ. Aku sudah ketap bibir.

Kejadian malam semalam masih segar dalam ingatan ku. Kesemua nya masih terpampang jelas dalam fikiran aku. Rasanya, air mataku sudah kering dan aku rasakan mataku sangat sakit. Sembab.

"Cik Aysara.." seruan lembut itu berjaya menyentak kan aku. Terus aku menoleh ke belakang.

Aku lihat kelibat seorang gadis berbaju kurung dan bertudung labuh mendekatiku. Dahiku sudah berkerut bila melihat wajah gadis yang tersangatlah asing untukku. Ya, tempat inipun.. sangat asing buat aku.

"Saya Aini. Cik ingatkan semalam. Apa yang jadi? Sekarang, cik masih ada di balai." ujarnya cuba menghilangkan kerunsingan yang melanda aku ketika ini.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Sempat mataku meliar memandang sekeliling. Baru aku teringat fasal kejadian aku dibawa ke sini bersama-sama.. Erk?!! Mataku buntang.

"Cik, ini saya bawakan baju bersih untuk cik. Kalau cik ini bertudung, saya ada tudung dalam bilik persalinan itu. Cik Aysara minta saja." beritahu gadis itu sambil menyerahkan baju kurung berwarna ungu kepada aku.

Dalam keadaan yang masih tak mengerti, aku sambut juga berian gadis itu. Setelah itu, baju kurung ungu itu aku letakkan di atas riba ku. Aku masih memandang wajahnya mahu meminta jawapan.

"Semalam.. apa yang terjadi?" soalku dalam suara yang sangat perlahan namun cukup untuk menyapa halwa telingaku.

Aini sekadar menarik senyum pendek. Wajahnya seakan-akan berubah riak. Sama ada mahu menceritakan perkara yang sebenar ataupun terus menyimpannya. Riak yang berbelah bahagi.

"Cik Aysara yakin ke nak dengar?" soal Aini sudah mulai berkira.

Aku menganggukkan kepala. Kalau boleh memang aku malas nak ambil tahu tetapi sekarang, ia melibatkan hal hidup aku. Mahu tak mahu, aku kena tahu juga apa yang terjadi semalam atas diri aku dan juga R-Ryle itu??

Satu keluhan kecil Aini lepaskan. "Cik Aysara dah sah jadi isteri encik Ryle. Semalam, kami terpaksa nikahkan cik Aysara dengan dia untuk menutup malu cik Aysara yang sudah.. erm.. terlanjur dengan dia." kata-kata gadis itu sungguh buatkan aku tergamam.

T-Tak!! Tak mungkin?!!!

"Apa yang cik Aini cakapkan ni? Jadi, cik Aini nak cakap saya dengan lelaki itu dah kahwin?!" soalku seakan tak percaya.

Perlahan sahaja, Aini mengangguk kan kepala. Wajahnya seakan serba salah kerana sudah beritahu perkara yang sebenar.

"Merepek! Ini sangat merepek. Kenapa kitorang kena kahwin?! D-dia itu bukannya sesiapa saya. Kenapa?!!" aku sudah mulai menggertak. Terasa panas hati aku apabila mendengar bicara Aini itu.

Aini memandang ke arahku. "Encik Ryle sendiri yang mengaku cik Aysara dan dia ada buat sesuatu. Nak tak nak, kami terpaksa kahwin kan kamu berdua. Lagipun, ini semua demi kebaikan cik Aysara juga." ujar gadis itu seakan mahu memujuk aku.

Aku tergamam. Sangat aku tak percaya pada fitnah yang lelaki itu lontarkan. Bila masa pula kami pernah buat sesuatu. Okey! Memang silap aku kerana tarik dia ikut aku. Waktu itu, aku terlampau takut sangat untuk seorang diri berhadapan dengan Firzan tapi.. huh!! Kami langsung tak buat apa-apa ketika itu. Hanya bersembunyi, mengelak daripada lelaki sengal bernama Firzan itu.

Aku hanya mampu diam. Kejadian akad nikah semalam tiba-tiba sahaja menerjah kepalaku. Aku sedar dengan apa yang terjadi tetapi entah kenapa aku rasa malas untuk menegah. Huh, Malas?!

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now