BAB 67

31.1K 1K 22
                                    

Ketukan pada pintu rumahnya yang berkali itu makin melajukan langkah nya merapati pintu. Segera tombol pintu rumahnya dicapai lalu dipulas laju. Buka sahaja pintu, kelibat Afzal dengan sengihannya menyapa.

Ryle mengeluh perlahan. Dia fikirkan Aysara yang kononnya dapat 'hidayah' mahu pulang ke rumah semula. Muka yang tadi berharap berubah kesal.

Dengan malas, langkahnya diatur kembali ke ruang tamu. Yurp, tak semangat dia nak menyambut kehadiran Afzal. Pandai datang, pandai masuk. Simple!

Afzal terus memasuki rumah Ryle apabila melihatkan sahabatnya itu layan acuh tak acuh sahaja dengan kehadirannya. Tutup sahaja, Afzal terus menuruti langkah Ryle sehingga ke ruang tamu.

Bila dia lihat jasad Ryle sudah duduk di atas sofa, Afzal turut sama melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan Ryle. Sempat juga dia kerling filem Transfomer  yang sedang bertayang sebelum pandangannya difokuskan sepenuh nya kepada Ryle.

"Bro, apsal kau tak angkat telefon aku? Kau tahu tak.. sekarang ni ramai cari kau?!" bertubi-tubi persoalan Afzal hamburkan. Wajah resahnya bertayang.

Ryle buang pandangan kosong. Matanya menatap filem yang sedang bersiar namun fikirannya ke laut. Ryle seperti orang hilang semangat hidup sahaja.

Jasadnya juga tidak terurus. Ryle yang dulunya suka jaga penampilan diri kini berubah menjadi seorang Ryle yang selekeh. Jambang halusnya mulai tumbuh, rambutnya kusut, matanya bengkak dan misai nya juga nampak tebal. Kalau letak tepi jalan, mungkin orang akan fikir Ryle adalah pengemis jalanan.

"Aku malas nak angkat." mendatar sahaja Ryle menjawab.

Afzal mengeluh perlahan. Sempat matanya meliar memandang sekeliling. Dia mahu berjumpa dengan gadis yang kini videonya viral bersama Ryle. Gadis bernama Aysara itu..

"Kau duduk dengan perempuan itu ke? Ermm.. maksud aku, bini kau?" soal Afzal apabila merasakan tiada kelibat perempuan dalam rumah Ryle.

Ryle diam untuk seketika. Pandangannya ditundukkan ke bawah. Akhirnya satu keluhan lemah dia lepaskan.

"Dia dah keluar dari rumah ni." dingin lagi nadanya.

"Apsal dia keluar pula? Kau gaduh dengan dia ke?!" makin dalam pula pertanyaan Afzal kali ini. Bak kata pepatah jalanan, kalau dah tahu luaran, kenalah tahu isinya juga kan?!

Ryle pandang wajah Afzal. Tatapan nya nampak hilang semangat. Sedih sahaja tatapannya itu.

"Dia dengar aku cakap dengan Kuza fasal video itu malam itu. Aku rasa dia salah faham fasal apa yang aku."ujar Ryle serba salah.

Afzal sekadar menganggukkan kepala. "Aku dengar cerita yang Kuza tengah ada shoot kat Singapura kan? Dia pun boleh tahu fasal itu juga ke?" soal Afzal hairan.

"Kawan dia yang bagitahu dia fasal benda itu. Aku pun tengah ada masalah dengan Kuza sekarang ni." keluh Ryle sambil menyauk rambutnya yang sudah menutupi dahi.

Afzal menganggukkan kepala kecil. Untuk seketika dia diam sebelum akhirnya wajah Ryle dipandangnya dengan rasa serba serbi.

"Bro.. aku nak tanya kau something ni tapi aku harap kau tak terasa lah dengan soalan aku." teragak-agak Afzal mahu mengajukan soalan.

Ryle sudah berkerut dahi. Entah sejak bila pula si Afzal ni pandai beradab.

"Apa dia?"

"Kau kan dah ada isteri sekarang ni. Then, kau masih nak teruskan niat kau nak melamar Kuza jadi isteri kau pula ke?" soalan Afzal kali ini berjaya buatkan Ryle tergamam.

Ryle tunduk memandang lantai. Entah kenapa, soalan yang diajukan oleh Afzal itu berjaya buatkan dia berfikir dua kali. Kahwin dengan Kuza? Huh.. Sanggup ke dia duakan Sara?

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now