BAB 47

24.3K 897 23
                                    

Air mata yang sedari berjurai turun aku spu perlahan. Apalagi dugaan yang Tuhan nak berikan aku pada kali ini. Kenapa hadirkan insan kecil dalam hidup aku sekarang ni?!! Huh, aku pejam mata rapat! Siapa nak bertanggungjawab untuk anak tak berdosa ni?!

"Tahniah puan Sara, puan disahkan mengandung. Baru dua minggu. Masih baru lagi." kata-kata keramat doktor wanita itu berjaya buatkan aku terpaku dan terdiam seribu bahasa.

Mina yang berada di sebelah aku juga turut terpana. Untuk seketika, kedua-dua kami sama-sama terkejut. Aku lagi gamak terkejutnya sampai aku tak mampu untuk bersuara. Yurp, terkejut aku itu sampai sepanjang hari itu aku diam tak bertegur sapa dengan Mina.

"Anak siapa yang kau mengandung kan ni, Sara?!!! Siapa lelaki yang biadab sangat buat kau macam ni?!!! Kau bagitahu aku sekarang, biar aku kerja kan lelaki itu cukup-cukup!!!" bukan main geram lagi Mina.

Sedari pulang dari klinik tadi, darahnya sudah menyirap. Kalau boleh memang dia nak maki hamun lelaki tak guna yang sudah 'merosakkan hidup' aku itu. Mina yakin yang aku adalah mangsa. Dan, yurp.. aku mengaku aku adalah mangsa.

Aku hanya mampu membisu. Air mata yang berjurai turun buatkan aku tak mampu untuk bagi jawapan pada soalan Mina itu.

"Kau jangan lemah macam ni, Sara!!! Tolonglah, kau bagitahu aku cepat.. siapa yang buat kau macam ni?!! Biar kita report dia kat polis. Tak boleh biar lelaki jahanam ni hidup bebas!!" Mina sudah mendesak.

Tempat kosong di sebelah ku diduduki nya sebelum akhirnya lenganku digenggamnya erat. Berharap agar aku juga memberikan kerjasama padanya.

Lama aku berdiam.Mina disebelah ku pula sudah mulai mendesak. Akhirnya, nafasku aku tarik dalam lalu wajah Mina aku pandang.

"Ini bukannya anak seperti apa yang kau fikirkan,Mina. Dia masih suci." balasku masih berbirai air mata.

Mina sedikit tergamam. Riak marahnya berubah keliru. "Maksud kau? Dia bukan anak haram?!" Mina masih terpalit teka teki.

Sebuah anggukan aku jadikan sebagai jawapan. Terus kedua-dua belah tangan Mina aku genggam erat. Aku berharap Mina dapat dengar luahan perasaan aku.

"Aku terpaksa kahwin, Mina. Aku terpaksa.. Malam itu, Firzan hampir nak rogol aku. Aku sempat larikan diri dan sedar-sedar aje, pagi itu.. cincin ni dah terselit dekat jari aku." jelasku tersangkut-sangkut.

Kali ini Mina terpandangkan jari manisku yang terselit cincin rotan itu. Dipandangnya dengan rasa seribu satu perasaan. Silih berganti wajah aku dipandang nya.

"Jadi, anak itu anak Firzan?" Mina buat tebakan.

Kali ini, bibirku aku ketap kejap. Sebuah gelengan aku berikan pada Mina. Serba-serbi aku mahu luahkan siapa sebenarnya bapa kandung kepada janin yang menumpang teduh dalam rahim aku ketika ini.

"Habis itu, anak siapa?" soal Mina sudah berkerut dahi.

Aku tarik nafas dalam. Mahu mencari kekuatan untuk meneruskan bicaraku. Akhirnya, wajah Mina aku pandang sebak.

"Ini anak Ryle."

Bukan main terkejut Mina bila dapat tahu semua itu. Awalnya, dia seakan tak percaya namun setelah aku terangkan segalanya, Mina akhirnya percaya pada bicaraku. Dia tidak melenting malah Mina terus peluk aku sambil berkali-kali meminta aku agar bersabar pada dugaan yang menimpa aku ketika ini.

"Kau masih menangis lagi?" sapa Mina memasuki bilik tidurku.

Apabila menyedari kelibat Mina yang menghampiri, segera aku kesat air mataku. Sebingkis senyuman tipis aku berikan pada Mina. Mataku masih melirik ke arahnya yang kini sedang duduk berhadapan dengan aku.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now