BAB 33

23.1K 895 13
                                    

Selesai sahaja perbincangan yang melibatkan aku, Ryle dan juga Syukri, aku terus melajukan langkahku pulang ke rumah. Sebal pula hati aku ni kalau berlama-lama sangat dengan si Ryle itu. Mulut dia depan kamera dengan belakang kamera memang jauh beza.

Depan kamera, bukan main jiwang lagi ayat yang dilontarkannya, belakang kamera, mulut longkang yang dihidangkan. Jadi, jelas sangatlah yang depan kamera itu memang palsu semata-mata. Selalu nya lelaki yang tabur ayat kencing manis ni belakang mulut dia hamis. Huh!

Aku melajukan langkah ku menuju ke arah lif. Tanpa aku sedar, ada orang yang menghampiri langkahku dari belakang. Berhenti sahaja aku di hadapan pintu lif, kelibat itu juga turut sama berhenti melangkah dan berdiri elok di belakang aku.

Baru sahaja aku berura-ura mahu menekan butang turun, tak semena- mena tangan sasanya terus mencelah mahu menekan butang tersebut. Terkejut beruk aku dibuat nya. Serta-merta aku menoleh ke belakang.

Dia lagi!!!

"Chill lah, apsal rupa kau macam tak pernah jumpa manusia sebelum ini?" selamba dia menghamburkan bicara nya itu. Hambar. Krik-krik!

Aku terus menjauhkan jarak aku daripadanya. Tak berkenan aku nak duduk depan dia. Mata lelaki ini mana boleh percaya sangat. Mulut kata benci, mata tu pula rambang tengok sana-sini.

"Selama saya hidup ni, saya belum pernah jumpa lagi spesies berlagak famous macam encik Ryle ni. Itu yang terkejut nampak spesies baru itu." spontan aku lawan bicaranya.

Huh, jangan memain dengan Aysara. Muka baik, mulut bangkai.

Ryle menarik sengih. "Boleh tahan celupar juga mulut kau ni. Kalau aku spesies baru, kau itu pula apa?" soal nya dalam nada mendatar.

Aku mendengus geram. Wajahnya aku pandang marah. "Huh, tak kelakar lah encik Ryle. Awak kena ingat eiyh, sekarang ni saya masih marah kat awak sebab awak libat kan saya dalam masalah awak." ujar ku dalam nada sedikit menggertak.

Kali ini Ryle menyungging sengih perli. Kocek seluar nya dimasukkan tangan. Sempat matanya meliar ke arah CCTV yang bertayang di koridor lif itu. Ikutkan hatinya, memang dia nak pekena kan gadis itu cukup-cukup. Namun, memandangkan gerak gerinya sekarang ini sedang dirakam jadi dia tidak mahu buat masalah.

Kalah dia cetuskan masalah, mungkin masalah yang lebih besar akan timbul.

"Kau fikir marah kau aje? Kau tak fikir marah aku pula? Kalau kau tak tuduh aku sebagai perogol kau mungkin kita takkan ada dalam masalah ini. Apsal kau tak cakap benda yang betul. Apsal kau tuduh aku?! Kau jawab sekarang?" sekali lagi soalan Ryle itu buatkan aku terpana.

Semenjak kes di cafe itu sampai lah ke hari ini. Aku langsung tak faham apa yang lelaki itu cuba katakan. Bila masa pula aku tuduh dia yang rogol aku? Huh, bukan aku cakap Firzan yang cuba rogol aku?!

"Apa yang awak merepek ni, encik Ryle? Tolong jangan nak mengada-ngada kan cerita boleh tak?" aku sudah bela diri.

Pada masa yang sama, lif di hadapan kami berdua terus terbuka. Spontan, aku dan Ryle sama- sama memasuki lif. Memandangkan ini adalah syarikat perfileman jadi di mana-mana ada cctv jadi gerak geri kami sedikit terbatas.

Kalau tidak, sudah lama aku bertampar- tamparan dengan si Ryle ini. Menuduh aku melulu. Dia fikir marah dia aje, dia tak fikir pula marah aku ni. Huh!!

"Boleh tahan juga kau ni berlakon kan? Waktu itu, beria kau tuduh aku ni cuba rogol kau tapi sekarang kau buat macam kau bodoh untuk semua perkara. Kau belajar lakonan ni dekat mana eiyh? Bagitahu aku?" perli Ryle dalam nada yang sangat sinis.

Aku ketap bibir menahan amarah. Memandangkan dia berdiri di belakang aku jadi aku tak boleh nak lemparkan jelingan tajam padanya. Ikutkan hati aku, dah lama aku cekik mamat ni.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now