EPILOG

56.9K 1.6K 135
                                    

Setahun kemudian..

Tanah perkuburan Islam itu aku jejaki dengan langkah perlahan. Ryle turut menemani aku malah dia membuntuti langkahku dari belakang. Ryle bantu aku untuk berjalan menuju ke arah tanah kubur yang aku mahu tuju.

Akhirnya senyum nipisku terukir tatkala terpandangkan kubur di mana jasad Mina ditempatkan. Makin aku dekati, aku lihat ada jasad seorang lelaki sedang duduk bersila menghadap kubur Mina yang masih merah. Tak semena-mena, senyumanku berubah kelat.

Pejam celik pejam celik, sudah setahun Mina tinggalkan kami semua. Mina disahkan meninggal di tempat kejadian. Luka parahnya di dada dan juga punggung membuatkan dia tak mampu diselamatkan. Bila aku dapat tahu perkara itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya aku ketika itu.

Aku tak sangka Mina sanggup berkorban nyawa demi selamatkan aku. Bila teringatkan peristiwa itu, aku rasa sebak. Kalaulah Mina tak tolong aku waktu itu mungkin Mina masih hidup dan sekarang bahagia bersama Ilham sekarang. Kadang, aku diterpa rasa kesal. Aku rasa seperti aku perosak kepada kebahagiaan orang lain.

Namun, Ryle selalu ada disisi aku. Dia tak pernah berputus asa untuk pujuk aku agar tidak mempersalahkan takdir. Ryle pujuk aku. Dia dorong aku untuk tidak memikirkan semua itu lagi. Ada satu kata-katanya sampai sekarang aku jadikan sebagai pemberi semangat untuk aku terus tabah.

"Mina mungkin akan gembira kalau tengok Sara bahagia. Ada sebab dia ambil keputusan untuk selamatkan Sara. Dia sayangkan Sara lebih dari nyawanya sendiri. Jangan jadikan usaha Mina itu sia-sia, Sara. Jangan buat dia sedih."

"Jangan macam ni, Sara. Sara tak kesian ke dengan anak kita? Sara rasa dia akan suka ke tengok Sara macam ni?! Please,jangan macam ni."

Setiap apa yang Ryle katakan, aku simpan sebagai pendorong semangat. Yurp, aku tak boleh lemah dan terus-menerus salahkan diri sendiri.

"Assalamualaikum, Ilham."sapa Ryle perlahan.

Ilham yang ketika itu sedang berteleku menghadap kubur Mina terus mengalihkan pandangan nya ke arah kami berdua. Senyum nipisnya menyinggah. Pantas, salam yang dihulurkan Ryle disambutnya.

"Sorry kalau kitorang ganggu kau."ucap Ryle.

Ilham sekadar menggelengkan kepala. "Taklah. Korang tak mengganggu pun. Duduklah." pelawa Ilham.

Tidak membantah, aku duduk berhadapan Ryle manakala Ryle pula melabuhkan punggung bersebelahan Ilham.

Setelah membaca yasin dan menyiram air bunga, aku duduk seketika berhadapan kubur Mina. Senyuman nipisku terukir. Tanganku lembut membelai tanah yang menimbus jasad Mina di bawah. Entah kenapa, rasa rinduku makin sarat bila mengenangkan setiap kenangan aku bersama dia. Ya Allah, kenapa Engkau ambil dia daripada aku?

"She was so great. I'm proud of her."lafaz Ilham perlahan.

Ryle yang mendengarkan bicara Ilham itu mengalihkan pandangannya ke arah wajah lelaki itu. Terlihat jelas betapa bangganya Ilham mencintai Mina walaupun waktunya sangat singkat.

"Kau bertuah, Ilham. Dia memang perempuan yang berani dan setia. Aku yakin tempat dia adalah di sisi orang-orang yang beriman."luah Ryle sambil belakang Ilham diurutnya perlahan.

Ilham hanya menganggukkan kepala. Satu keluhan lemah dia lepaskan. Mina, I love you.

Aku ketap bibir. Air mata yang sudah bertakung di birai mata aku cuba tahan.

Aku pun sayangkan kau,Mina. Terima kasih untuk segalanya. Aku harap kau bahagia kat sana. Kau akan selalu ada dalam hati aku. Always in my heart.

...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now