BAB 19

20.6K 951 10
                                    

Sudah dua hari berlalu semenjak aku pulang ke Kuala Lumpur semula. Pagi itu balik, petang itu aku terus masuk shift yang telah encik Nordin tetapkan. Penat itu memanglah penat tapi adat orang bekerja memang macam ni kan? Lagi- lagi bekerja di bawah telunjuk orang atasan.

Satu keluhan penat aku lepaskan tatkala aku membersihkan lantai cafe. Sakit tulang belakang semenjak dua menjak ini asyik menyerang aku aje namun mahu tak mahu, aku oerlu teruskan juga.

"Kau okay tak, Sara? Dari tadi urut badan aje?" tegur Mina apabila menyedari kelakuan ku ketika itu.

Aku tayang senyum nipis menanda kan aku okay walaupun sebenarnya aku memang sedang tak okay sekarang ini. Wajah kerisauan Mina aku pandang. Sahabat mana yang tak risau kalau tengok kawannya sakit kan?

"Aku okay aje. Kau jangan risau.." beritahuku dengan nada konon nya memang sedang sihat.

Mina masih tayang muka risau. Sempat tangan aku dipimpinnya namun aku sekadar menepis lembut pertolongannya itu.

"Kalau kau tak sihat, rehat ajelah. Biar aku yang tolong buatkan semua benda ni. Nanti aku beritahu Encik Nordin kalau dia tanya kau kat mana." Mina masih tak lenggang memaksa aku untuk berehat.

Niat murninya itu terpaksa aku tolak. Seganlah kiranya. Sudahlah aku cuti tiga hari lepas itu, bila sudah mula kerja.. pandai pula badan aku ni sakit. Nanti apa pula Encik Nordin cakap pula nanti kan?

"Aku okaylah. Sudahlah. Kau buat kerja kau. Aku nak kemas meja sana." tegasku sudah mengatur langkah perlahan menuju ke meja yang aku mahu tuju.

Mina sudah mengeluh kecil. Dia lihat saja aku melangkah. Pada awalnya, aku fikir aku kuat namun tak semena- mena aku hampir sahaja rebah ke lantai. Nasib baik Mina sempat sambut aku daripada jatuh.

Pelanggan yang datang juga turut sama memerhati ke arah kami berdua. Riuh jugalah keadaan ketika itu. Vivian dan Julia terus datang menghampiri kami berdua.

"Kan aku dah cakap. Kalau tak okay, kau boleh aje rehat sekejap. Encik Nordin mesti faham punya. " beritahu Mina sudah dalam keresahan.

Aku tidak menjawab kata-kata Mina kerana kepala aku terasa seperti berpusing-pusing. Kepala aku terasa berat dan bila tanganku menyentuh dahi, aku dapat rasakan haba hangat melingkar pada kepalaku. Confirm, aku sekarang ni diisytiharkan demam.

"Aku.. okay." aku masih bertegas namun nadaku sudah lemah.

Kata saja okay tapi tubuhku yang aku mahu paksa bangun, tak dapat untuk bangun. Akhirnya, aku hanya mampu berharap agar Mina dapat pimpin aku untuk bangun.

"Kenapa ni?"aku dengar suara garau Encik Nordin menyapa.

Pandanganku sudah mulai kabur. Namun, telingaku masih berjaya menangkap apa yang sedang dibicarakan oleh mereka. Aku dapat lihat sosok Encik Nordin.

"Sara sakit bos. Boleh tak bagi dia rehat sekejap bos?" kali ini aku dengar suara Vivian pula.

"Hantar dia ke hospital."

Setelah itu, aku langsung tidak dengar apa-apa lagi dari mulut orang-orang sekelilingku. Terus mataku tertutup rapat dan aku langsung tak sedarkan diri.
...
Cahaya terang benderang yang menerobos masuk melalui jendela sedikit sebanyak mengaburi lena ku. Perlahan-lahan mataku aku buka. Suasana sekeliling aku tilik dengan perasaan kosong.

Namun, tak berapa lama lepas itu, aku terus sahaja terjaga daripada lena ku. Suasana bilik rawatan itu tersangatlah asing buatku. Sunyi dan sepi. Malah kelibat rakan-rakan ku yang lain juga tiada.

"Mi-Mina?" seruku sambil mataku melilau mencari kelibat kawan aku yang seorang itu.

Tetapi hampa. Tiada seorang pun dalam bilik itu. Aku cuba untuk sedapkan hati. Perlahan-lahan, aku baringkan semula tubuhku di atas katil sambil sekeliling bilik wad itu aku pandang. Ini adalah first time dalam sejarah hidup aku, aku ditempatkan dalam bilik rawatan.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now