BAB 23

21.4K 854 22
                                    

"Kau betul ke taknak aku hantar kau ni? Dah malam sangat ni." tawar Vivian sudah menaiki motorsikal nya.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Lagipun, helmet yang Vivian bawa cuma satu. Dalam group whatsapp 'Pekerja Encik Nordin, Khairul ada beritahu yang jalan utama keluar masuk nak menuju ke kafe ini ada roadblock so nak tak nak aku kena tolak juga tawaran si Vivian.

Aku ni pun duit tak cukup, malaslah cari fasal. Hmm.. kang tak fasal-fasal kena saman. Habis duit gaji aku semata-mata nak bayar duit saman. Pfft..

"Tak apalah. Kau baliklah. Aku rasa aku balik jalan kaki aje kot. Bas selalu masih ada lagi waktu macam ini." ujarku cuba menyedapkan hati Vivian.

Vivian sudah menganggukkan kepala. "Confirm ini, kau tak nak naik?" soal Vivian untuk kali terakhir dan jawapan aku masih sama. Tidak!

Akhirnya, Vivian menunggang motorsikalnya. Makin lama kelibat Vivian sudahpun hilang daripada pandangan mata. Kini aku sendiri. Langkahku aku percepatkan menuju ke arah stesen bas berdekatan. Tak dapat aku nafikan, rasa seram ku mulai menebal.

Pada jam begini memang tidaklah kalau aku nak tengok kedai terbuka. Kebanyakan kedai sudah tutup. Jalan pula sudah mulai lenggang dengan kereta. Bilangan manusia sepanjang aku melangkah pula boleh dikira oleh jari sahaja. Hm.. betapa sunyinya malam itu.

Tanpa aku sedar, ada kereta yang membuntuti ku daripada belakang. Sehinggalah akhirnya, kereta itu berhenti bersebelahan ku. Aku sudah teguk liur. Terus aku percepat kan langkahku semampu yang boleh namun kelelahan ku menjadi punca laju ku tidaklah secepat mana.

"Sara!" seru suara garau itu setelah dia berjaya memeluk tubuhku.

Belum sempat aku menoleh ke belakang, sapu tangan yang berbau sedikit masam itu ditekapnya ke wajahku. Nafasku terasa sesak. Dadaku yang makin berkobar makin memburukkan lagi keadaan. Beberapa kali aku meronta sebelum akhirnya aku rebah kerana mulai lemah.

Dalam kabur, aku rasakan lelaki itu membawa aku masuk ke dalam keretanya. Mahu sahaja aku melawan namun tubuhku yang mulai terasa lemah membataskan segala nya. Akhirnya, aku pitam tidak sedarkan diri.

Tanpa aku sedar, setitik air mataku membasahi pipi.
...
Kepalaku yang sedikit sakit buatkan aku cuba kuatkan diri untuk sedar. Pada awalnya aku mamai namun tak semena-mena aku terus tersedar daripada lena sementara aku. Aku rasakan ada seseorang yang sedang memapah tubuh aku ketika ini.

Pandangan kaburku aku halakan ke arah wajah lelaki yang masih tidak sedar bahawa aku sedang melihat nya. Aky cuba fokuskan deria mata ku sehinggalah mataku buntang. Fir-Firzan!

"Fir-Firzan?!" seruku dalam nada terkejut.

Lelaki itu juga turut tergamam. Terus dia melajukan langkahnya membawa aku ke suatu tempat yang aku sendiri tak tahu. Wajah cuaknya buatkan perasaan aku sudah mulai resah.

Aku terus meronta minta dilepaskan sehinggalah akhirnya tubuh aku jatuh ke atas pasir. Dalam kesakitan, aku cuba berdiri untuk melepaskan diri namun Firzan lebih pantas menyambar kakiku sekaligus menahan aku dari meneruskan niatku untuk memboloskan diri.

"Lepaslah, gila!!! Lepaslah!!!" jerkah ku sudah memukul-mukul tangan nya yang sudah kuat mencengkam kakiku.

Tanpa belas, Firzan terus menyeret tubuh aku merapatinya. Senyum sinisnya terukir lalu spontan mulutku ditekupnya kuat. Tanpa sedar, kenangan sewaktu aku di sekolah dulu kembali berputar dalam kepala ku. Seperti inilah apa yang Firzan buat pada aku dulu. Namun, rasanya kali ini lebih sadis.

"Kau takkan dapat lari daripada aku, Sara. Kau akan jadi milik aku." hamburnya diselangi tawa jahatnya yang cukup buatkan seluruh bulu roma ku meremang.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now