BAB 48

24.7K 918 11
                                    

Hari ini, Mina kerja overtime jadi dia sudah lama berangkat kerja pagi tadi. Makanya, mahu tak mahu terpaksalah aku dengan rasa malas nya bergerak kerja sendiri dengan menaiki bas. Urghh!! Ini yang aku malas sangat kalau nak pergi kerja ni. Dalam bas itu, sudahlah sesak. Hmm.. sabar sajalah.

Selesai sahaja mengunci pintu rumah, aku terus mengatur langkah menuju ke arah perhentian bas yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan kami. Mina pun satu juga.. pilih apartmen yang jauh sangat dari kemudahan awam. Pfft..

Sambil aku atur langkah menuju ke perhentian bas yang masih tidak menyapa depan mata, rajin tanganku membelai perutku yang masih kempis. Tak semena-mena bibirku mengukir senyum nipis.

Semalam aku dapat cuti daripada Encik Ilham. Itupun setelah aku dan Mina cari akal macam mana nak buat aku dapat cuti. Disebabkan Mina sudah selalu sangat buat tipu sunat itu jadi alang-alang bagi aje dia yang teruskan.

Entah macam mana, dengan senang nya Encik Ilham bagi aku cuti jadi dapatlah aku rehatkan diri satu hari suntuk itu.

Erm.. tak adalah rehatkan diri sangat.  Sebenarnya, aku gunakan masa yang ada untuk muhasabah diri. Semalamlah,hari di mana aku dekat kan diriku betul-betul dengan Allah. Yurp, semalam aku rasa sangat tenang dan kerana itulah, aku dapat tersenyum hari ini.

Banyak juga ceramah-ceramah agama dalam youtube aku tonton. Kebanyakannya ceramah tentang rezeki anak. Dan.. itu sangat menyentuh hati aku. Yurp, anak itu rezeki.. bukannya bala.

'Selalu kita tengok orang buang anak sana-sini.. jumpa dalam tong sampah, jumpa tepi longkang.. ibarat anak itu sampah dunia yang tak laku di mata kita. Kenapa sanggup seorang manusia lakukan keturunannya macam itu? Di mana rasa ihsannya dan kenapa dia sanggup bunuh seorang manusia semata-mata mahu menutup malu?! Anak itu adalah rezeki yang Tuhan titipkan pada kita untuk jaga dia.. berikan didikan agama. Dia bukannya beban tetapi titipan untuk kita daripada kita..."

Kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang dalam kepalaku. Aku pun diserbu rasa bersalah bila fikirkan apa yang aku mahu buat lepas dapat tahu aku mengandung.

Aku pernah terfikir untuk gugurkan kandungan kerana aku yakin yang Ryle takkan nak bertanggungjawab untuk anak ini. Mana mungkin artis terkenal seperti dia mahu mengaku jalinkan hubungan intim dengan perempuan seperti aku? Hmm.. perempuan yang hanya ada diploma dan membesar di kampung.. Mahu ke dia?

Kerana itu, aku cuba ikhtiarkan diri. Kalau Ryle memang taknak, aku tetap akan besarkan anak itu dengan tangan aku sendiri. Biarlah orang cemuh aku pun, aku tak kisah.. yang pasti anak ini aku akan jaga sebaik mungkin kerana dia adalah titipan yang Tuhan kirimkan untuk aku. Yurp, titipan Tuhan.

Satu keluhan lemah aku lepaskan sebelum bibirku menguntum senyum nipis. Jangan fikir lagi. Teruskan hidup kau..Aku cuba kuat kan semangat ku.

Sebelum aku melintas ke seberang jalan, entah mana silap aku.. aku tak amalkan toleh kiri kanan. Tiba-tiba pula aku jadi blurr tengahhari itu. Terus sahaja kakiku melangkah ke seberang jalan. Lagipun, jalan itu tak selalu sesak dengan kereta jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Tanpa aku sedar, terdapat sebuah kereta yang pada masa yang sama turut dipandu ke arahku. Tergamam aku dibuatnya.

Langkahku bagaikan dipaku di atas jalan apabila jarak kereta itu aku rasa kan semakin menghampiri ku laju. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan ketika itu. Takut, risau, cuak..!!

"Ya Allah, lindungilah anakku dan aku." ucapku cemas. Tak semena-mena, mataku terpejam rapat.

Aku.. aku taknak mati lagi!!! Tanpa sedar, air mataku mengalir.

Ponnnnnn!!!

Terkejut gamaknya aku apabila bunyi hon itu menyapa gegendang telinga ku. Perlahan-lahan mataku aku buka setelah itu diriku aku belek dengan resah. Tak ada darah yang merata, tak ada kesan luka kat mana-mana dan yang penting anak aku pun tak apa-apa.

Aku menarik nafas lega walaupun kaki bawah sudah terketar-ketar menahan takut. Sempat mataku melirik ke arah kereta Audi merah yang kini jaraknya hanya seinci daripada ku. Cermin hitam itu menyukarkan aku untuk tahu siapa kah gerangan pemandunya.

Bunyi hon yang tadinya menyapa kini bagai menghilang berganti masa. Perlahan-lahan pintu kereta dibuka dari dalam dan aku lihat kelibat seseorang menjengah.

Terpana aku dibuatnya apabila melihat kelibat itu menyapa bola mataku. Dia yang memakai kaca mata hitam hanya tersengih sinis memandang ke arahku. Atas bawah aku dibeleknya dengan penuh angkuh.

"Berapa banyak kali lagi aku kena jumpa kau? Ke.. kau memang sengaja nak follow ke mana aku pergi, huh?!" ujarnya seperti memerli aku.

Mata aku yang sedikit basah dengan air mata itu masih tak lepas daripada memandang wajahnya. Yurp, wajah lelaki yang kini darahnya mengalir dalam darah anak yang ada dalam rahim aku ketika ini.

Ryle...

Bila merasakan aku seperti memilih untuk diam, Ryle terus mengatur langkah perlahan menuju ke arahku. Cermin mata yang menutupi mata nya ditanggalkan dan kini mata kami bertemu.

"Alang-alang aku dah jumpa kau ni, lebih baik aku cakap aje benda ni pada kau. Bukan senang dapat peluang depan mata kan?!"nada nya masih sama. Seperti memerli dan juga sinis.

Aku masih diam. Entah kenapa, perasaan aku jadi berkocak apabila Ryle makin mendekat. Perutku yang masih kempis aku pegang.

'Kamu rasa ke apa yang ibu rasa sekarang ni bila jumpa ayah kamu?' getusku hanya mampu dalam hati. Yurp, perasaan yang tak keruan..

"Erm.. seronok keluar dengan jantan lain? Lepas kau dah dapat aku, sekarang kau nak target orang lain pula untuk kahwin dengan kau..huh, licik betul.." spontan ayatnya itu buatkan lidah ku terasa kelu.

Air muka ku berubah. Ryle yang kini berdiri di hadapan ku aku pandang.

"A-apa yang awak cakapkan ni?" soal ku sedikit tersentak bila dituduh begitu.

Ryle tarik sengih. Sinis.

"Pandai juga kau berlakon. Hmm.. perempuan licik kan. Suka guna muka innocent supaya orang nampak kau mangsa.. walaupun sebenarnya kau punca. Huh.. entah-entah lelaki yang hampir nak rogol kau itu pun, kau bayar supaya dapat perangkap aku kan?!" tebaknya dengan penuh yakin.

Makin tergamam aku bila dengar bicaranya. Aku tak sangka dia akan berfikiran sekolot itu. Huh, nak perangkap dia?! Untuk apa.. nak dapatkan harta dia, nak dapatkan glamour dia?

Tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk berkahwin di usia yang masih muda. Lagi-lagi kahwin dengan lelaki yang langsung aku tak kenal dan aku tak cinta.. dan, sekarang.. Ryle tuduh aku perangkap dia?

"Sanggup awak cakap saya macam itu?"dalamku marah tapi kenapa aku rasa nak menangis? Nada bicaraku jelas terselit sebak.

"Kenapa? Tak boleh? Please lah, Aysara. Taktik kau itu aku cuma jumpa dalam drama aje.. hmm, tak sangka that you can be the evil for my story."

Entah kenapa, aku berdiam. Langsung tak melawan. Air mataku terasa meleleh membasahi pipi aku sambil mataku masih tak lepas daripada memandang wajah Ryle. Lawanlah, Aysara.. kenapa kau nangis?!

Bila nampak aku tak membalas, Ryle tarik senyum kemenangan. Wajah aku yang sudah basah dengan air mata dia pandang dengan rasa puas!

"Nampaknya apa yang aku cakapkan semuanya betul belaka kan?" Ryle buat andaian.

Sekali lagi, mulut aku terkunci. Hanya air mata sahaja yang mengiringi sebagai jawapan. Makin lebar senyuman Ryle dibuatnya.

Terus langkahnya diatur untuk masuk ke dalam kereta semula. Kaca mata hitamnya disarungkan semula dan dengan penuh angkuh nya, dia berjalan.

"Huzryle Khayril.."lancar namanya aku seru. Pandanganku sudah mulai aku jatuhkan ke bawah.

Langkah Ryle mati bila nama penuhnya meniti keluar dari mulutku. Terus dia menoleh ke arahku. Kening nya sudah terangkat.

"What?"

Aku dongakkan semula pandangan ku memandang ke arah Ryle. Wajah nya yang nampak spontan itu aku pandang dengan senyuman nipis. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya aku rasakan sekarang ni..

Perutku yang masih kempis aku pegang. Dan, itu makin menambah kerutan di wajah Ryle.

"Saya pregnant anak awak.." terketar-ketar aku mahu menyebut ayat keramat itu.

Kali ini, riak wajah Ryle berubah kelat. Kaku tubuhnya bila dengar berita tak disangka-sangkanya itu.. pregnant?!
....

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now