BAB 7

22.8K 927 4
                                    

Perjalanan yang memakan masa 3 jam itu akhirnya berakhir apabila aku tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Lenguh-lenguh badan yang aku rasakan cuba aku regangkan. Phuh.. tidur dalam bilik pun tak ada lah selenguh ni. Belum pernah pun, aku naik bas selama ni.

Beg pakaian yang aku bawa, terus aku angkat lalu aku bawa keluar. Entah kenapa, pertama kali aku jejak kan kaki ke sini.. aku terasa seperti berada di dunia lain. Erm.. universiti yang aku belajar pun tak adalah sejauh ni. Nampaknya apa yang ibu katakan itu betul belaka.

Telefon pintarku yang berada dalam kocek seluarku bergetar sekaligus mematikan tindakan ku. Terus aku keluarkan telefon pintarku dan tertera nama Mina pada skrin telefon pintarku.

"Kau dah sampai ke?" soal Mina setelah salam yang dihulurnya, aku balas.

Aku menarik senyum pendek. "Aku dah sampai dekat TBS ni, erm.. lepas itu aku nak kena pergi mana ni?" soal ku mahu tahu arah hala tuju yang seterusnya.

"Okay, lepas ni kau naik KTM pergi KL Sentral then naik LRT pergi Pasar Seni. Nanti, aku akan jemput kau kat sana." jawab Mina memberi penjelasan yang sangat detail.

Terangguk-angguk aku mahu menginggat tempat yang Mina cakap kan. Banyak betul tempat nak kena pergi ni. Berhenti KL Sentral dan lepas itu, Pasar Seni?! Okay done!! I'm remember now!!

"Okay. Kalau dah sampai nanti, aku call kau." putusku.

Mina mengiakan kata-kataku. Jaga diri kau baik-baik. Jangan sampai sesat pula. Tempat ni bukan kecil tau, Sara.. KL ni lain sikit daripada kampung yang kita duduk itu." sempat Mina berikan peringatan kepada aku.

Aku menarik sengih. Haihlah, Mina.. Dia ingat aku budak tak reti apa- apa ke? Well, walaupun aku tak tahu LRT dan KTM itu apa tapi.. pfft, simple. Tanya orang kalau tak tahu sangat. Confirm takkan jadi mangsa hilang punya..

"Ya, aku taulah. Kau jangan risau. Macamlah tak kenal aku. Kaki rewang masa sekolah dulu." aku sudah menutur bongkak

Kali ini, kata-kataku disambut tawa oleh Mina. "Hmm, yelah itu kaki rewang. Kau rewang pun ending masuk kelas juga kan?" celah Mina sudah potong mood.

"Isy, kau ni. Sebagai pengawas perpustakaan kenalah jaga imej. Kau apa tahu.." aku sudah bela diri.

"Ha, yelah itu. Jaga imej. Hmm, tak sabar betul nak jumpa kau. Pecut weiyh. Jangan lambat sangat." ujar Mina terselit nada terujanya di situ.

Aku menarik senyum. "Fine. Aku akan pecut. Hmm, okaylah weiyh. Aku nak tanya KTM kat mana ni.." aku sudah mulai menutur kata pamitan.

"Baguslah kalau macam itu. Ya weiyh, aku pun dah nak kena sambung kerja ni. Bye. Assalamualaikum." ucap Mina sudah menyudah katanya.

"Waalaikummussalam." balasku sebelum akhirnya aku matikan talian.  Terus, telefon pintarku aku masuk kan ke dalam kocek seluar jeans aku.

Baru sahaja aku mahu melangkah ke depan, tak semena-mena tubuh aku dilanggar seseorang dari arah hadapan. Tubuhku yang sedikit sakit itu akhirnya jatuh terduduk. Punggungku menyapa lantai stesen tersebut. And.. yurp! Siap package kena siram dengan Cappucino Latte  pada seluruh tubuhku.

Tergamam aku dibuatnya. Habis comot tudung pastel dan juga blouse putih yang aku pakai tengah hari ni. Tanganku yang terkena juga sudah rasa lekitannya. Rasa marah, geram, sedih dan malu bertubi-tubi menghentam perasaan aku ketika ini! Huh!!!

"Sorry.." nada suaranya yang seperti acuh tak acuh itu makin membakar lagi rasa marah yang tersemat dalam jiwa aku ketika ini.

Aku yang masih terduduk mendongak tajam memandang gerangan si empunya badan. Ya, dia tak diapa-apakan oleh pelanggaran tadi. Tubuh sasanya masih gah berdiri, tidak comot dan tidak dimalu kan. Sial apakah kali ini?

Wajah lelaki itu terselit nada perli. Senyuman sinisnya juga terukir. Aku ketap bibir. Huh, tiba-tiba aku rasa berkira dengan sorry yang dia hamburkan sebentar tadi. Ikhlas ke sorry lelaki itu?

"Sampai bila cik nak terduduk kat situ?" spontan dia tanyakan soalan yang aku rasakan tersangatlah biadab untuk seseorang yang telah melakukan kesalahan pada orang lain.

Ikutkan memang aku nak duduk di situ untuk buat mogok tapi bila fikir balik, ada ke orang yang nak layan bodoh aku kat situ. Yalah, bagi orang lain.. aku dan dia sama-sama bersalah dalam hal pelanggaran tadi.

Kerana tidak mahu terlihat dungu, aku perlahan-lahan bangun dari jatuh ku. Lelaki yang masih berdiri di hadapanku itu aku pandang dengan rasa tak puas hati. Kalau ikutkan hati aku yang dirasuk rasa marah ni, dah lama lelaki itu kena tampar kaw-kaw dengan aku. Hmm.. phuh!! Sabar, Sara..

"Lain kali jalan pandang depan, jangan lah main phone. Kan tak fasal-fasal dapat cappucino latte free?"sindirannya itu berjaya buat mataku membulat kerana terkejut.

Tak sangka hari ini aku berkenalan dengan seseorang yang tersangat lah annoying. Yurp, rasanya lebih annoying daripada Firzan.

Kaca mata hitam yang dipakainya sedikit sebanyak mengaburi pandanganku. Jadi, aku tak lihat jelas wajahnya bagaimana. Arghh!!! Lantaklah muka cantik, perangai bangkai pun tak guna juga!

"Jadi, encik nak letakkan semua kesalahan ini pada saya?" soalku sudah mulai berentak marah.

Orang sekeliling yang sudah saling pandang ke arah kami berdua aku biarkan. Nak dibandingkan rasa malu dengan rasa marah.. yurp, aku lebih kisah rasa marah daripada malu.

Lelaki itu buat muka selamba. " Well, kau guna phone waktu berjalan and CCTV boleh buktikan itu kalau kau nakkan bukti daripada pihak aku." bongkak dia mengemukakan bicara nya.

Aku ketap bibir. Dalam hati, aku turut akui itu adalah silap aku tapi.. yurp, aku tak boleh kalah pada seorang lelaki berlagak macam ni.

"Then, encik bawa cappucino latte." balasku cuba menegakkan benang yang basah.

Lelaki itu angkat kening. "So?"

Aku sudah kacip gigi. Arghh!! Apa yang kau merepek ni, Sara? Apa kaitan cappucino itu dengan kes pelanggaran tadi? Lol, nampaknya kau memang kalah dalam perdebatan.

"Hmm, benda itu salah sebab minuman encik itu dah kotorkan pakaian saya!" walaupun sudah was-was tapi aku cuba tekankan poin kalah aku itu.

Dia yang sedikit berkerut melihat aku terus menarik sengih perli. Terasa bercakap dengan orang kurang cerdik pula dia rasakan ketika ini. Si what? Kalau kotor pun... that things will not gonna be happen if Sara tak lalai ketika berjalan.

"Then, you dah buat dua kesalahan. Satu, kau langgar aku.. dua, kau tumpahkan air aku. Then, I get the poin untuk saman you." spontan bicaranya buat aku tergamam.

Terasa lemah kepala lututku bila lelaki itu sebut fasal saman. Telan liur aku dibuatnya. Namun, mataku masih tak beralih daripada menatap lelaki berkaca mata itu. Rasa menyampah bila senyuman kemenangannya terbit di birai bibir nya.

Urgh!!! Now, I will lose.

"Hurm, fine. Kali ini, saya maafkan encik tapi lepas ni.. no okay?!" sempat aku beri peringatan pada dia sebelum akhirnya aku berlalu pergi menuju ke bilik air berdekatan.

Huh!!! Tak fasal-fasal aku memalu kan diri sendiri depan semua orang. Tak apalah, lain kali.. kalau aku jumpa mamat itu lagi. Habis dia aku kerjakan.

Bibirnya menguntum senyum senget. Manusia jenis sengal macam itu pun wujud juga kat dunia ni rupanya? Pfft.. bibirnya menyinis.

Telefon pintarnya yang bergetar diangkat lalu ditekapkan ke telinga kanannya. Sempat juga matanya mengerling ke arah sisa minuman nya yang masih mengotorkan lantai. Sedihnya.. tak fasal-fasal, dia tak dapat menikmati cappucino latte kegemarannya itu.

"Ha, Hello? Mana kau? Lama aku tunggu.." luahnya bila nama Afzal tertera pad skrin telefonnya.

"Alah kejaplah. Kau ni pun. Kata member, tunggu sekejap pun tak boleh ke?" Afzal sudah merengek di hujung talian.

Bibir Ryle mengukir senyum menyampah. "Bila susah, baru nak mengaku member? Huh?!!" Ryle sudah menyindir.

"Alah. Time susahlah mengaku member. Time senang itu bukan member, bro.." spontan Afzal buat ayat back up.

And, yurp.. Ryle tersenyum mendengar kata-kata Afzal itu. Hilang terus rasa sebalnya tentang kejadian pelanggarannya dengan gadis tadi.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now