BAB 15

23.1K 818 18
                                    

Barang-barang dapur yang ibu suruh aku beli, aku capai lalu aku masuk kan ke dalam bakul yang aku bawa. Ikan sardin, check.. perencah tomyam, check.. serai, check. Aku sudah buat pemeriksaan barang. Akhirnya, aku menarik nafas lega. Pandai pun beli barang.

Selesai sahaja membuat bayaran, aku terus mengatur langkah menuju pulang ke rumah. Pekan tidaklah berapa jauh dari rumah aku jadi, aku lebih selesa untuk jalan kaki. Lagipun, kalau nak bawa motor pun tak boleh. Aysha dah angkut pergi sekolah dia.

Suasana kampung yang sedikit damai pada pagi itu buatkan aku rasa selama ni aku lebih banyak terperuk dalam rumah sampai tak sedar keindahan kampung sendiri. Bila dewasa ini, baru nak acah feeling.

Disebabkan jalan yang aku pilih ini agak jauh jadi aku nikmati apa yang ada. Sekolah menengah aku dulu pun, ada di jalan itu. Jadi, alang-alang itu boleh mengimbau kenangan lama kan?

Sekolah Menengah Sungai Selamat itu aku belek. Memandangkan hari ini adalah hari persekolahan jadi, aku boleh nampak kelibat beberapa orang pelajar di dalam sekolah itu. Berkain biru, berbaju putih.. siapa sangka aku juga pernah menyarung kan pakaian itu sebelum ini?

Dahulu, aku adalah murid biasa di sekolah ini. Namun, bila naik saja tingkatan 4.. aku terus dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Maka pakaian berwarna jingga, berkain jingga tersarung pada tubuh ku.

"Kak Sara, kak Sara.." seruan seseorang dari arah belakang itu berjaya buatkan langkah ku mati

Aku yang baru sahaja mahu keluar dari perpustakaan terus menoleh ke belakang. Aku lihat kelibat seorang pelajar berbaju kurung biasa sedang berlari anak mendapatkan aku. Terus aku menoleh memandangnya.

"Kenapa ni, Anita?" soalku sudah berkerut dahi. Dia adalah salah seorang junior yang rapat dengan aku semasa aku bersekolah di sini.

Anita menarik senyum. Tak semena-mena, dia mengeluarkan sesuatu dari kocek vaju kurungnya. Coklat Dairy Milk Almond bersaiz besar dihulurkan nya pada aku. Aku tidak menyambut. Masih blur pada suasana.

"Kenapa bagi coklat ni pada kak Sara?" soalku diserbu rasa hairan.

Anita mengukir senyum penuh makna. "Ada abang senior yang bagi coklat pada kak Sara. Dia kata nak akak makan coklat ni." ujar Anita masih menghulurkan coklat itu kepada aku.

Mahu tak mahu terpaksa aku menerima huluran daripada Anita itu. Dalam keadaan yang masih bingung, aku belek coklat tersebut. Hairan juga aku bila dapat coklat ini. Walaupun bukan pertama kalinya tapi hm.. still hairan juga.

"Saya minta diri dulu, ya kak." pinta Anita dan terus berlalu tanpa sempat aku ucapkan terima kasih.

Kelibat Anita terus hilang daripada pandangan. Aku masih terkial-kial berdiri di situ sambil mataku masih tak teralih dari membelek coklat itu. Nampak menyelerakan. Gila kalau kau tak tergoda dengan coklat? Huhu.. aku pun tercabar juga bila tengok coklat ini.

"Kenapa tenung coklat aje? Kalau nak, makan ajelah. Memang khas untuk kau pun." teguran seseorang itu berjaya buatkan aku tersentak.

Suara garau milik seseorang itu berjaya mematikan lamunan ku. Terus aku alihkan pandangan ku ke arahnya dan aku lihat kelibat pelajar lelaki berpakaian biru dan bertai hitam datang mendekatiku. Senyuman nipis nya terukir bersama.

"Awak ke yang bagi coklat ini, Firzan?" soalku sudah berkerut dahi.

Dia menarik senyum lagi lebar. Akhir nya, Firzan berhenti di hadapan aku. Wajah aku dipandangnya tanpa segan silu. Walaupun agak awkward namun, aku beranikan juga diri untuk bertatapan mata dengan dia.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now