Bab 28

21.6K 851 10
                                    

Tidurku malam itu serba tak lena. Pusing kiri tak senang, pusing kiri pun sama. Akhirnya, aku beralah. Terus aku bangun daripada baring ku. Kenapa dengan kau ni Aysara?!! Kenapa wajah encik Ilham itu aje yang asyik terbayang dalam kepala kau ni?!!

"Ini anak saya, Ilham. Memandangkan tiga minggu lagi, saya tak ada di cafe jadi dia bakal mengambil alih tugas saya sepanjang keberadaan saya di luar negeri. Tolong beri kerjasama yang baik kepada dia, ya." ujar Encik Nordin memperkenalkan lelaki itu kepada semua staf di dapur.

Lelaki itu memberikan tundukan lalu senyum manisnya menghiasi. Melihat kan senyumannya, entah kenapa.. aku rasa cair semacam. Serious, tergugat iman aku bila nampak dia senyum!

"Sila beri tunjuk ajar pada saya. Saya masih baru dalam hal pengurusan ni." tutur lelaki itu merendah diri.

Satu persatu wajah kami dipandang nya sehinggalah akhirnya mata aku dan matanya bertemu. Terpaku aku di situ. Senyumannya makin lebar apabila melihat aku.

"Saya harap cik Sara pun sudi bantu saya waktu itu." ujarnya memandang ke arah aku.

Sudi, encik Ilham! Saya sudi asalkan saya dapat berdamping dengan encik Ilham. Sekejap pun tak apa, asalkan saya dapat tengok encik Ilham depan mata!! Aku sudah mulai buat imaginasi melangit.

Bagi aku, encik Ilham itu memang seorang lelaki yang sempurna. Bukan setakat fizikalnya sahaja yang menawan malah mutu sikapnya yang merendah diri dan baik tutur bicaranya itu juga buatkan gadis yang memandangnya juga turut terpseona. Salah seorang gadis itu semestinya aku!

Sedang aku leka termenung sambil tersengih-sengih sendiri, aku langsung tidak menyedari kehadiran Mina ke dalam bilikku. Lampu bilikku dibukanya.

Mina sudah pandang hairan apabila melihat aku yang sedari tadi tak berhenti tersengih. Punggungnya sudah dilabuhkan di birai katil bujang   namun riak aku yang masih termenung sakan itu seperti tidak sedar bahawa ada dia di situ.

"Woi!!!" spontan suara serak-serak basah Mina mematikan keamanan dalam bilik aku.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Nafasku yang tadinya teratur terus turun naik, jantungku pula sudah hebat berdegup laju. Semuanya gara-gara kesengalan Mina yang suka mengejutkan aku tak kena masa dan tak kena waktu.

Melihatkan reaksi aku itu, spontan tawa Mina berhamburan. Suka betul dia apabila melihat aku terkejut begitu. Tak guna betul!!! Dia ketawa kan aku siap peluk perut lagi itu. Aku di sebelahnya sudah mengacip gigi menahan geram. Siapa aje yang suka kalau diri sendiri kena gelak dengan member?

"Kau ni apahal, hah?!! Masuk-masuk tak bagi salam lepas itu suka hati kau aje kejutkan aku macam itu?! Sukalah kau, tengok aku mati mengejut kat sini?!" gertakku dalam nada marah.

Mina masih galak mentertawakan  aku. Bunyinya juga seakan-akan tiada tanda mahu redha. Gamak betul dia bila berjaya kenakan aku. Dasar, member tak berhati perut..!!

"Heiyh, aku cakap salam okay. Kau itu aje yang dreamnight over sangat. Nampak itu? Langsung tak perasan yang aku bagi salam." balas Mina apabila tawanya serba sedikit semakin redha.

Aku tidak membalas. Mungkinlah kot.. Hmm, salah kau juga Sara. Kalau kau alert dengan salam yang Mina bagi tadi, confirm kau tak kena bahan dengan dia kaw-kaw macam ni. Phuh..

"Hmm.. apsal kau datang semak dalam bilik aku ni?" terus aku beralih ke topik lain apabila merasakan diri ini malas mahu bahaskan benda yang merapu.

Perempuan ni lain macam sikit. Benda remeh pun boleh jadi topik serius kalau dibahaskan dengan lebih dalam dan terperinci. Contoh yang paling dekat sekarang ini adalah topik bagi salam.

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now