BAB 17

20.6K 850 14
                                    

Baju kurung jingga yang tersarung pada tubuhku aku belek. Tudung berwarna hitam yang membelit kepalaku aku betulkan untuk serba sedikit. Ringkas dan sungguh tak kena dengan warna. Aku menarik senyum puas.

Kalau betullah ibu nak kenalkan aku dengan anak kawannya lagi, aku kena buat malas nak layan. Sebagai seorang perempuan, kita perlu jual mahal kepada seorang lelaki. Kalau lelaki itu berkenan di hati, aku akan terima kalau tidak.. get out from my home please..

Keluar sahaja daripada bilik, aku lihat ibu yang sedang menyediakan makanan di meja makan. Dahiku sudah berkerut. Aih, rajin pula ibu nak memasak ni. Selalunya pagi-pagi ibu masak nasi goreng aje, tiba-tiba hari ni lengkap dengan lauk pauk. Aku sudah mulai diterpa rasa hairan.

Special sangat ke tetamu yang nak datang ni? Bilangan lauk yang dihidangkan pun boleh tahan banyak juga.

Terus aku mengatur langkah merapati ibu yang sudah bergegas ke dapur. Sempat aku menjeling ke arah meja makan. Pelbagai jenis aneka makanan yang dihidangkan. Tak lupa juga puding coklat ibu yang sentiasa menjadi kegemaran aku. Sah, memang ada benda tak kena sekarang ni.

"Siapa tetamu kita sebenarnya, ibu?" soalku merapati ibu yang sedang sibuk menyendukkan mihun ke dalam pinggan hidangan.

Ibu menoleh ke arah aku. Dalam lelah, senyum nipisnya dilemparkan pada aku.

"Nanti Sara akan tahu sendiri. Hmm, Sara tolong ibu sendukkan mihun ni. Ibu nak bersihkan depan sekejap." pinta ibu.

Mahu tak mahu, terpaksa juga aku mengambil alih tugas ibu. Mihun itu aku senduk masuk ke dalam pinggan sambil fikiran ku melayang memikir kan siapakah gerangan tetamu yang ibu maksudkan.

Kenapa ibu perlu berahsia pula sekarang?

"Assalamualaikum."

Dari dalam dapur, salam yang dihulur itu menyapa halwa telinga ku. Sempat aku mengintip apa yang terjadi di luar walaupun agak nampak tak nampak. Aku lihat kelibat ibu berlari menuju ke muka pintu dan lepas itu aku tak nampak apa yang jadi selepas itu.

"Masuklah." suara ibu pula aku dengar.

Serentak itu, aku dengar derapan kaki memasuki rumah kami. Bukan seorang, bukan dua orang.. aku sudah pasang telinga. Lebih daripada lima orang agaknya?

Aku yang mulai diserbu perasaan ingin tahu terus membawa mihun tersebut ke meja makan. Tergamam aku tatkala melihat bilangan orang yang mencecah 15 orang memenuhi lantai ruang tamu rumah kami. Terpinga-pinga aku dibuatnya.

"Sara letak mihun itu lepas itu datang sini." arah ibu yang turut serta dengan mereka yang datang.

Dalam keadaan yang masih kebingungan, aku terus menuruti arahan ibu. Sempat aku lihat wajah mereka yang hadir. Pelik juga aku bila wajah ketua kampung dan isteri nya juga turut hadir. Nak bincang hal kampung dengan ibu ke apa, diorang semua ni?

Tempat duduk kosong di sebelah ibu aku duduki. Sejak aku dari ruang makan sampailah ke sini, aku lihat mata mereka yang datang tak henti-henti membelek aku. Dari atas sampai kat bawah, lepas itu mengangguk-angguk. Kurang selesa aku dibuatnya.

"Kamu kenal saya tak, Sara?" soal Puan Yana a.k.a isteri kepada ketua kampung. Senyumannya terukir manis.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Memang taklah aku tak kenal. Dia isteri kepada ketua kampung kot merangkap ibu kepada si Firzan sengal itu.

"Sebelum saya mulakan perbincangan ni, saya nak bertanya dulu. Sara ni sudah disunting orang ke sebelum ni?" soal ketua kampung pula sudah memandang ke arahku.

Makin berkerut dahi aku dibuatnya. Soalan apakah yang dia tanya ni? Disunti orang? Kalau belum pun, apa kaitannya? Aku sudah mulai diserbu rasa tidak sedap hati.

Sempat aku menoleh ke arah ibu. Senyumannya sedari tadi asyik meleret sahaja di bibir. Ya, memang ada benda tak kena sedang terjadi sekarang ni.

"Belum." sepatah aku balas.

Lalu mereka semua sudah menganggukkan kepala, saling berbisik sakan. Ibu pula makin lebar senyumannya. Terus ibu menggenggam erat tanganku. Aku yang masih tidak memahami situasi, hanya balas genggaman tangan ibu itu.

"Baguslah kalau macam itu. Niat kami datang sini sebenarnya nak melamar Sara jadi isteri kepada anak teruna kami, Si Firzan itu. Kamu mesti kenal dengan dia kan? Kamu berdua pernah bercinta kan dahulu?" ucap ketua kampung melebar senyum memandang aku.

Kali ini, aku sudah terkejut beruk. Buntang terus mata aku tatkala mendengar niat murni mereka itu. What the..?? Nak melamar aku jadi isteri si sengal itu?! Kalau mati hidup semula pun, aku tak hinginlah nak hidup satu bumbung dengan lelaki itu!

"Sara sudi tak nak jadi isteri Firzan?" soal Puan Yana pula bila aku tidak memberi sebarang respons.

Aku diam saja. Wajah satu persatu mereka aku pandang sehinggalah akhirnya pandangan aku jatuh pada wajah ibu. Terlihat jelas reaksi ibu yang mahu aku terima pinangan itu. Huh!!

"Saya tak sudi." spontan jawapan ku mengundang reaksi terkejut semua orang.

"Ke-kenapa tak sudi pula?" soal Puan Yana sedikit tersentak.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Puan boleh tanya sendiri pada anak puan. Saya takut kesalahan yang dia pernah buat dulu, dia akan ulang semula kemudian hari. Terima kasih." ujarku sebelum pergi meninggalkan mereka semua sudah mulai terpinga-pinga.

Senyum puas ku terukir. Huh, kau fikir aku akan terima kau semudah itu ke, Firzan?
...
"Apa?!" Firzan sudah terpaku.

Tak sangka berita buruk itu yang dia akan terima. Dia fikir, dia akan dapat jadi tunang Sara mulai hari ini namun nampaknya apa yang dia bayangkan tak semudah itu untuk terjadi. Nampaknya bunga kampung itu sudah berani main tarik tali dengan nya.

"Tak puas betul hati mama dengan Si Sara itu. Berlagak betul. Huh, buat malu muka mama aje melamar dia jadi isteri kamu, Ijan." gerutu Puan Yana yang masih tak puas hati dengan apa yang terjadi pagi tadi.

Ayahnya yang sedari tadi diam langsung tak ikut serta mencela sikap si Sara yang agak biadab itu. Firzan pula sudah panas hati. Tersangatlah memalukan bila pinangannya ditolak oleh seorang perempuan.

Selama dia hidup di kampung ini, belum pernah dia direject oleh mana- mana perempuan. Sudah berpuluh perempuan yang dia bercinta dan ending, Firzan yang buat keputusan untuk putus tetapi hari ini.. gadis bernama Aysara itu berjaya menconteng arang pada wajah tampannya. S*al!!!

"Dia kata kamu ada buat salah dengan dia. Haih, kalau dah tolak itu, tak payahlah nak buat alasan merapu. Nak tuduh orang." leter Puan Yana yang masih bengang dengan apa yang terjadi.

Tersentak Firzan dibuatnya. Tak sangka Aysara akan buka topik itu. Dia sudah ketap bibir.

"Apa salah yang kamu dah buat pada dia sebenarnya, Ijan?" soal ayah Firzan tiba-tiba.

Firzan terus termangu bila mendapat soalan itu daripada ayahnya. Rasa takutnya mulai menerpa namun dia cuba untuk kawal. Wajahnya cuba dibuat selamba.

"M-mana ada Ijan buat apa-apa kat dia. Perempuan itu saja fitnah Ijan supaya orang nampak dia itu mangsa." Firzan cuba bela diri.

"Entah abang ni. Ijan takkan buat masalah lah. Yang masalahnya itu datang daripada Si Sara itu. Huh!! Tak puas betul hati saya sekarang ni!" gerutu Puan Yana sebal.

Firzan menganggukkan kepala laju. Sempat dia mengerling ayahnya. Yurp, ayahnya itu jenis pemimpin yang agak tegas dalam menjalankan tanggungjawab. Jadi, Firzan agak gentar bila abahnya tanya soalan itu secara tiba-tiba.

Habis hidupnya kalau ayahnya itu tahu apa yang jadi sebenarnya.
...

Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed)Where stories live. Discover now