°part21

497 66 0
                                    

Won kyung pov.
Kelas bermula seperti biasa . Semua hanya tumpukan perhatian pada apa yang di ajar.

Sedang sibuk aku menyalin nota tiba tiba kepala ku terasa sakit.

Tak , bukan pening.

Tapi ada sesuatu menghentak kepala ku . Perlahan lahan tangan ku naik ke atas kepala ku sebaik sahaja aku terasa ada cecair keluar.

perlahan lahan aku bawa tangan aku semula ke hadapan sesudah aku dapat rasa kan itu apa.

Telur . Bukan telur biasa . Telur busuk . Aku malas nak cari siapa yang buat semua ni . Kalau aku pusing , mesti diaorang buat muka menganjing diaorang tu.

Aku bangun dari kerusi setelah merasai semakin banyak lendir melekat di badan ku . Tch , cikgu pun satu . Tahu lah dah tua , tak payah lah buat bodoh sangat . Anak murid kena buli depan mata pun masih tak tahu.

Aku meminta izin dari cikgu . Muka cikgu agak terkejut sebab badan aku ada banyak telur busuk . Tanpa banyak cakap cikgu hanya bagi aku pergi ke tandas.

Aku berjalan ke koridor dengan kepala ditundukkan . Mata mata yang melihat aku dalam keadaan ini nampak gembira . Mereka bergembira di atas penderitaan aku.

Tiba tiba lengan ku di paut . Itu membuat kan aku terkejut dan tertepis tangan nya.

"N-noona"ujar satu suara.

"Donghyuck ?"tanya aku . Aku berjalan sedikit ke belakang kerana aku dapat merasa kan dia kurang selesa dengan bau aku sekarang ni.

"Kenapa ada telur busuk atas kepala Noona ? . Siapa usik Noona donghyuck ni ?! . Nak kena betul lah !"ujar Donghyuck lalu menarik tangan ku menuju ke tandas.

Dia tak tahu ke  gosip terhangat sekarang ni ? . Dia tak marah ke dengan aku ? . Kan perkara ni berkenaan dengan kawan dia ? . Takkan dia tak ambil hati ? . Ke lepas ni dia nak pukul aku sebab bocorkan rahsia kawan dia . But pliss aku tak bocor kan eh.

"Donghyuck tahu noona mesti tertanya tanya . Tak pe , noona pergi bersih kan diri dulu ok ? . Donghyuck tunggu depan ni"pesan Donghyuck sebelum menolak perlahan badan ku kedalam tandas

Aku memusing ke belakang memandang dia dengan pandangan tak percaya . Dia percayakan aku ke ? . Dia percayakan aku tak bocorkan rahsia tu ke ? . Bukan apa . Zaman sekarang kepercayaan ialah perkara yang nak susah nak dicari . Ada pun semua itu pasti palsu.

"Donghuck percaya kan Noona . Donghuck tahu Noona tak buat"kata dia . Entah macam mana air mata ku jatuh.

Sebelum ni memang pernah aku di aniaya . lagi besar dari ini . Semasa itu , aku tiada sesiapa . Tiga tahun lepas , aku tidak kenal lagi dengan Donghyuck dan Sohye . Aku cuma ada Wonwoo. Kalau Wonwoo takde sudah semestinya aku keseorangan.

Tapi , semasa hari aku di dianiaya 3 tahun lepas . Wonwoo tidak ada di sekolah . Dia terlibat dalam suatu kem kepimpinan . Dan ya , aku hadap semua ni seorang diri . Di sebab kan fitnah itu juga lah pelajar sekolah ini mula menjauhi aku.

Tapi semasa itu tidak ada sesiapa lagi yang tahu aku suka Mark . Jadi aku tak lah malu teramat . Tetapi tahun ini.

Ini berkenaan dengan Mark.

"Yah , uljimaa . Donghuck tak suka tengok Noona nangis"ujar Donghuck sambil mengelap air mata ku.

"Hahaha , Nonna emo sikit . Kejap eh , noona pergi tukar baju"ujar ku lalu jalan kembali untuk masuk ke dalam bilik air

■ ■ ■

Seusai aku menukar baju dan memastikan tiada  bau yang melekat dengan aku . Aku keluar dari tandas itu apabila menyedari yang ada mata mata memandang ku dengan tidak berpuas hati.

Sayang sangat mereka dengan 'Mark oppa' mereka tu.

"Dah jom"ajak ku . Donghyuck terus berjalan di sebelah ku.

"Kenap-"

"Donghuck tahu Noona tak salah . Noona kena aniaya kan ? . Donghyuck tahu"ujar Donghyuck sambil mengoncang tangan ku

"Jom ikut Noona"kata ku lalu menarik tangan nya.


Vote ❣

[Just Pretend ] + MarkWhere stories live. Discover now