°part39

481 62 9
                                    

No one pov
Selepas kejadian hari itu . Maka , dengan sah lah bahawa Won kyung sekarang milik Mark . Mereka cuma bercakap macam biasa apabila bertemu . Cuma kadang kadang ada lah bagi pick up line basi masing masing.

Tak lupa gurau manja dari Mark yang akhirnya Won kyung merajuk dengan Mark tak pandai bergurau.

"Anyeong Won kyung shiiii"sapa Mark . Wajah pertama yang di lihat sudah semestinya wajah Won kyung.

Setelah mengambil tempat di sebelah katil wad Won kyung . Won kyung mula menyoalkan soalan.

"Awak bawa buku latihan ?"

Mark mengganguk sebagai jawapan kerana matanya masih lagi ligat mencari mana buku latihan dengan bantuan tangannya.

"Tadaaaaa"kata Mark teruja sambil mengangkat buku latihan itu.

Hari ini mereka hendak mengulang kaji perlajaran, mengenangkan Won kyung sudah lama tidak kesekolah dan peperiksaan lagi beberapa minggu.

Jadi Mark menawarkan diri menjadi tutor kepada kekasih hatinya . Sudah semestinya Won kyung.

"Jadi mari kita mulakan dengan bab satu . Seongsonim cakap bab satu banyak keluar sebab seongsonim selalu tekan bab satu kan ? . Ni ada beberapa nota saya salin . Awak baca lah , alang alang tu salin lah mana yang penting bagi awak"terang Mark bersungguh sambil mengeluarkan buku nota untuk Won kyung salin . Oh hampir terlupa , peralatan ini juga Mark yang sediakan . Won kyung hanya tunggu di katil wad itu sahaja.

Sebelum mata pen itu sampai ke buku nota Won kyung membuka cerita.

"Doktor kata saya dah sihat ! . Esok saya boleh keluar hospital . Yeayyy"Won kyung mula mengoncang tangannya tanda gembira.

"Wahh , jinja ? . Tak sabarnya saya nak pergi sekolah dengan awak"

"Cuma doktor cakap kena habiskan dulu saline solution ni"kata Won kyung bernada sebal.

"Tak pe lah . Sakit sikit je tu"nasihat Mark sambil menggosok kepala Won kyung lembut.

"Yelah . Dah , saya nak buat kerja"ujar Won kyung.

■ ■ ■

Tanpa mereka sedar . Sudah dekat 4 jam mereka berlajar . Maklumat yang diberi oleh Mark sangat bermanafaat.

"Saya haus"kata Mark.

"Jom pergi bawah"ajak Won kyung . Sejak dia boleh berjalan ini . Ambhoii , semua tempat dekat hospital ni dia nak lawat.

Won kyung menyarung selipar lantas bergerak di sebelah Mark sedang menunggunnya di hadapan pintu.

Mereka berjalan seiringan ke lobby hospital untuk membeli belah.

Seusai membeli air . Mereka duduk di taman yang disediakan di hospital.

Mark menyedut air nya dengan rakus sekali . Haus sangat.

"Awak ni , minum perlahan lahan lah"pesan Won kyung sambil menepuk bahu Mark lembut.

"Hausss"jawab Mark sambil mencebik minta kesian.

"Ye tau . Minum lah perlahan lahan . Tak lari air tu sayang oi"

"Sayang ?"soal Mark.

"Yelah sayang . Tak kan benci ?"tanya Won kyung kembali.

"Okokok . Sayang jugak"kata Mark bersama sengihan . Kembang lah tu kena panggil sayang.

"Tak pe ke awak balik lambat ni ?"soal Won kyung pabila matanya tertacap pada jam tangan milik Mark . Jarum jam itu menunjukkan sekarang pukul 5 petang.

[Just Pretend ] + MarkWhere stories live. Discover now