°part41

509 67 9
                                    

Still Mark pov

"Ke-kenapa ?"soal ku risau . Nafas cuba diatur semula.

Dari sekolah tadi , jantung aku tak henti henti mengepam darah dengan laju . Degupan jantung juga dapat aku rasakan.

Dia tersenyum kelat sebelum menjawab.

"Kau tengok lah sendiri"pinta nya sebelum kembali duduk . Mata dipejam rapat untuk mengumpul segala kekuatan.

"Kau masuk lah dulu . Aku teman Wonwoo hyung kat luar ni"ujar Jihoon seraya duduk disebelah Wonwoo . Aku mengangguk.

Daun pintu di tolak perlahan sebelum wajah pucat lesi itu memenuhi ruang kornea mata.

"Wo-won kyung?"panggil ku.

Wajah nya cukup pucat . ECG monitor yang berbunyi nyaring langsung tidak menggangu aku untuk terus mendekati tubuh kaku itu.

Aku , aku tak kuat.

Melihat dia begini . Nyawa ku bagai di carit dengan belati . Kenapa sampai macam ni ? . Semalam dia baik baik sahaja.

"Hei ,kenapa macam ni ? . Malam tadi ok je ? . Kenapa tiba tiba ?"soal aku sendirian . Ruang mataku mula di penuhi dengan air mata

Ahh aku tak suka menangis depan orang yang aku sayang.

"Wae ? . Kenapa diam ?"soal ku lagi . Air mata yang mula mengalir dikesat kasar.

Makin dikesat , makin deras ia mengalir.

"Wae?"terus terburai tangisan ku . Oh patut lah aku rasa lain semalam . Jadi ini lah yang akan berlaku ? . Lembap ! . Kenapa aku tak terfikir semalam ?.

"Mianhae"ucapku dalam nada tangis ku . Tersendu aku jadinya.

Setelah beberapa minit aku menangis.

"Ma-mark"panggil satu suara . Kepala yang di sembamkan di tangan Won kyung ternaik dek suara itu.

"Won kyung ?"

Terangguk angguk lemah kepala itu . Terus , air mata di kesat kasar . Wajah diletakkan senyuman untuk menyenangkan hati Won kyung.

"Awak menangis ya ?"soal Won kyung dalam suara serak serak basah.

"An-aniiii"jawab ku . Bibir dicebikkan tanda protes . Gedik sikit.

"Awak memang dilahirkan tak pandai menipu Mark"katanya lagi.

"Awak pun"jawab ku . Genggaman yang sedari tadi dieratkan lagi . Lama juga kami berdiam diri . Won kyung hanya menilik muka ku tak lepas dari tadi.

"Mark-ah . Nanti saya dah tiada . Tolong ingat saya nae ? . Jangan lupakan saya . Budak perempuan yang selamatkan awak semasa kita kecil"pinta nya.

"Apa awak merepek ni ? . Tiada sesiapa akan pergi . Kenapa cakap macam tu ?"soal ku . Wajahnya di usap perlahan . Tersenyum bibir pucat dan merekah itu.

"Jaga makan awak nanti . Jangan makan perkara yang tak sihat . Belajar pandai pandai . Capai lah cita cita awak . Terus kan hidup dengan ceria, demi saya"dia berhenti sekejap menarik nafas . Dapat aku lihat matanya berkaca.

[Just Pretend ] + MarkWhere stories live. Discover now