°part42

823 98 12
                                    

Gue ade sertaikan lagu pulang by insomniacks piano version.

Btw , lagu tu sangat sesuai dengan keadaan Mark sekarang . Serious ! , ngam nak mampus kalau korang hayati bait bait liriknya . Uwuwu !.

Siapa yang data or internet dia lambat . Korang bukak jelah lagu apa apa yang bagi korang sedih.

Baca dan dalami . letakkan 100% perasaan korang masa tgh baca tu . Baru feel sedih dengan lagunya lagi . Uhui ! , boleh nangis ! 😂

Tu je . Enjoy reading !.

Author pov lahhh , sape lagii.

1 tahun kemudian.

Pusara itu di usap lembut oleh Mark . Keadaan yang sejuk tidak menghalang dia untuk melawat si buah hati . Biarpun dia hanya memakai baju uniform School Of Performing Art yang berwarna kuning itu.

"Won kyung-shii . Awak sihat tak dekat sana ?"soal Mark . Matanya hanya di fokuskan ke batu itu sahaja . Nama yang tercatat di atas batu itu di tatap dengan seribu satu perasaan.

Dia hanya mampu tersenyum paksa . Semua yang berlaku atas silap nya . Sehari sebelum ujian kelayakan setahun yang lalu , dia berjumpa dengan Donghyuck dan Sohye . Untuk mengetahui tentang rahsia keluarga nya yang diberi tahu dekat Won kyung sahaja . Masih berlegar legar di fikiran nya tentang voicenote yang dimainkan Sohye.

Baru dia tahu yang membocorkan rahsia itu bukan Won kyung . Tetapi Hye Ri . Perempuan psiko itu . Dia mencuri curi dengar di kedai daging yang Won kyung dan Mark makan pada malam itu

Baru dia tahu selama ini dia diekori.

Saat itu, yang difikirkan hanya Won kyung . Terbayang bayang wajah Won kyung di benak fikiran nya.

Lebih mengejutkan bila doktor memanggil Mrs Jeon dan Mark dalam masa yang terdekat ini untuk menunjukkan rakaman cctv.

Rakaman itu memaparkan susuk tubuh sedang nyenyak tidur di atas katil wad . Ya , itu Won kyung . Tiba tiba ada seseorang masuk ke dalam wad itu . Lama dia berdiri di samping Won kyung . Biarpun kepala nya tertutup . Mark dapat mengesan siapa gerangan wanita itu . Hye Ri.

Jarum suntikan di keluarkan lalu di suntik kedalam saline solution yang sedang disalurkan ke dalam badan Won kyung . Itulah ubat terakhir yang Won kyung perlu habiskan sebelum keluar dari hospital.

Setelah siap membuat kerjanya , sempat dia bercakap seeorang diri dan tersengih sendiri sebelum dengan cepat dia melarikan diri.

Doktor mendapati barang yang disuntik itu ialah bahan yang merbahaya dan sangat terlarang . Disebabkan itu Won kyung pergi meninggalkan mereka semua.

Jika tidak , mereka sudah bahagia bersama.

Dan dari cara pemakaian Hye Ri . Sama seperti perempuan yang Mark nampak di trafic light tempoh hari. Perempuan yang berhoodie hitam yang Mark perhatikan sehinga dihon kereta belakang.

Dia tersangat yakin.

Dan dengan bukti yang cukup. Hye Ri di tahan pihak polis atas cubaan membunuh . Tetapi dia dimasukkan ke hospital sakit mental . Kerana dia mempunyai ciri ciri sakit mental.

Bayangkan betapa bersalahnya Mark sekarang ini . Dia sanggup berpura pura dan mematuhi apa yang disuruh oleh Wonwoo

Dia berbuat sedemikian kerana dia kesian akan Wonwoo . Tapi tak disangka dengan cara itu , dia boleh mengingati segala gala nya . Tetapi semua sudah terlambat.

Won kyung sudah pergi . Jika dia diberi peluang untuk mengucapkan maaf . Memang tidak berhenti henti mulutnya memohon kata maaf.

Betapa jijik nya Mark pada diri sendiri . Macam mana dia boleh bertindak macam tu ?.

[Just Pretend ] + MarkDonde viven las historias. Descúbrelo ahora