°part38

519 64 1
                                    

Entah lah , aku pun tak tahu nak letak siapa punye pov . Bace jelah.

Sudah genap 2 minggu Won kyung terlantar di atas katil hospital itu tetapi dia masih lagi tidak menyedarkan diri . Mata nya masih tertutup rapat . Tapi syukur prestasi kesihatannya semakin hari semakin bagus . Lega juga hati Mark . Ehem, termasuk Wonwoo.

Sudah seminggu juga lah mereka semua bergilir gilir menjaga Won kyung . Dulu hanya Wonwoo dan Mrs Jeon . Tapi kini sudah tambah lagi seorang penjaga Won kyung . Siapa lagi kalau bukan si hero cerita ni kan ?.

Lee Mark.

Pintu di kuak perlahan . Muncul lah kepala milik Mark . Kecil saja dan semestinya kacak dan comel rupa nya.

Dengan senyuman dia menapak masuk ke dalam wad di mana Won kyung di tempatkan . Tak , senyuman tu langsung tak menunjukkan dia sedang gembira.

Dia cuma dah penat ingin bersedih . Muak.

"Anyeonghaseyo Won kyung-shii"ucap Mark . Bekalan makanan di letakkan di atas meja . Bekalan itu di bekalkan oleh omma nya . Walau pun makanan di cafeteria hospital sedap belaka . Bagi Mark lebih baik bawa bekal . Jimat satu hal , sedap pula tu.

Mrs Lee juga tahu tentang hal Won kyung . Punca nya juga dia tahu . Kalau tidak , memang tidak lah dia nak izinkan anak bujangnya itu pergi melawat Won kyung setiap hari . Dengan peperiksaan sudah dekat.

"Uwahhhh . Dah semakin meningkatt ! . Tak sabar bila awak dah buka mata tu"kata Mark . Kertas yang memaparkan prestasi kesihatan Won kyung di letakkan di atas meja kembali.

"Bila lah tu kan ?"ujar Mark dengan nada sayu . Tangan pucat milik Won kyung di capai lantas di gengam . Berharap jika tangan mereka bersatu Won kyung akan mengengam balik.

(○sebelum ada tanda tanya yang semakin menebal di kepala readers . Lemme terangkan . Koma kali ni Won kyung tak dapat dengar apa yang mereka semua cakap kan . Dia betul betul jatuh di dalam alam koma . Hihoo , merepek )

"Oh ! . Sebelum saya terlupa . Omma saya nak datang petang ni . Mesti awak gembira kan ? . Yelah , awak bakal berjumpa dengan orang yang telah mengandungkan Lee Minhyung ? . Orang yang awak cinta dari kecil ?"ujar Mark sendirian . Hujung ayat nya itu dengar tak dengar saja.

Kadang dia terfikir . Masihkah Won kyung sukakan dia dengan apa yang berlaku ? . Dia bagaikan menyiksa Won kyung dengan keadaan sekarang . Rahsia tu...

"Mian..."sayu sahaja nada nya . Bagaikan sudah tiada harapan.

■ ■ ■

Tengahari

Mangkuk tingkat di buka satu satu.

Bekas pertama berisi nasi . Kedua berisi sup rumpai laut . Ketiga berisi kimchi dan terkahir berisi buah . Makanan kena seimbang . Baru sihat.

"Harini saya makan sup rumpai laut ! . Sup rumpai laut kan kegemaran awak"kata Mark sambil melihat muka Won kyung yang pucat itu.

"Dulu saya sebenarnya tak lah minat mana dengan sup rumpai laut di sebenarnya . Tapi haritu omma awak ada cakap awak suka sup rumpai laut . Saya try lah . Rupa rupanya memang sedap ! . Kenapa entah dulu saya memang tak boleh telan rumpai laut tu . Dah besar baru tahu sedap"kata Mark . Dia menyuap sup itu ke mulut nya . Dia tersenyum apabila rasa sup rumpai laut itu sedap.

"Saya selalu lambat"ujar Mark sambil tersenyum tawar.

Tak ingin rasa sedih menguasai diri . Mark teruskan suapan sehingga licin segala isi mangkuk itu.

Saat dia bangun untuk mencuci mangkuk matanya tertacap pada jari Won kyung . Entah mengapa dia dapat rasakan seperti jari itu bergerak sedikit tadi . Tapi semasa dia pandang , tidak pula.

[Just Pretend ] + MarkWhere stories live. Discover now