seventeen°

1.8K 235 20
                                    

a/n : sebelum tu, maaf sebab dah berzaman tak update huhu. Sejak kebelakangan ni, author takde masa yang sesuai nak update sehinggalah cuti ni. InshaAllah ff ni tamat dalam bulan ni hehe.

" Aku suka kau. Silap, aku sayang kau." kata-kata Jaemin asyik bermain dalam fikiran aku.

" AHH PENING PENING! asal hidup aku complicated sangat?"

Batu di atas tanah aku ambil lalu campak ke dalam sungai Han.

" Buat apa kat sini?" sapa pemilik suara yang amat aku kenal, Mark. Dia duduk di sebelah aku.

" Takde. Saja nak amek udara segar." Mark hanya mengangguk.

" Cepatkan masa berlalu. Lepas ni kita dah tak boleh jumpa selalu kecuali kat sekolah."

Aku hanya mendiamkan diri. Dalam masa yang sama, aku berkata dalam hati. " Lagi aku suka. Takdela aku hadap nct dream lagi tiap-tiap hari lepas ni!"

" Awak tahu kan. Minggu ni minggu terakhir kita semua tinggal sama-sama."

Gulp. Asal lain macam je ayat Mark nih?

" Err nae."

✦-

" Dengan lafaz apa-apa jelah, kamu boleh mula menjawab sekarang." ucap Sehun sebelum melabuhkan punggung di kerusi guru yang empuk bak awan di langit.. ok stop.

Semua pelajar mula menjawab Rap kertas 3 dengan tenang. Hanya segelintir daripada mereka yang mungkin tidak tenang. Who knows?

Aku mengerutkan kening setelah membaca soalan yang pertama.

" Berikan 3 tokoh seni dalam bidang rap." (lol ada ke soalan macam tu haha)

Gulp. "Tchh menyesal aku tak belajar betul-betul." ucapku dengan perlahan.

Soalan pertama pun dah tak boleh jawab. Apatah lagi soalan ke 50?

Aku menggaru kepala yang tidak berapa nak gatal. "Apa ek jawapannya?" fikirku.

Aku memandang sekeliling. Semua nampak fokus je jawab soalan. Aku je ke yang gelabah bagai nak rak bila nampak soalan pertama.

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembus. Senyuman terukir di bibir apabila melihat Sehun saem keluar daripada kelas untuk menjawab panggilan telefon.

Namun senyuman aku terus pudar apabila Sehun saem masuk ke dalam kelas semula tidak sampai 30 saat.

✦-

" Minhee! Ok ke soalan periksa tadi?" soal Jisung.

" Err boleh la." balasku acuh tak acuh.

" Weh! hari ni ada menu baru kat kantin. Kaja!! " ucap Renjun dengan excited sambil menarik lengan Chenle.

" Okayy let's go!" sambung Mark.

Semua kini menuju ke kantin kecuali aku. Jisung memandang aku. Kaja."

" Saya tunggu Soeun. Awak pergilah dulu." ucapku.

Jisung hanya mengangguk sebelum meninggalkan aku.

" Minhee annyeong! " sapa seseorang daripada belakang.

" Oh Soeun. Kaja! " aku menarik tangannya.

Dalam perjalanan ke kantin, kami bertembung dengan Jihoon sunbae dan itu membuatkan langkah Soeun terhenti.

Aku menelan liur. Aku memandang mereka berdua bersilih ganti.

Tiba-tiba Soeun terus menarik tangan aku.

" Soeun-ah. Neo gwenchanha? " soalku.

Dia hanya tersenyum sambil mengangguk. " Ppalli! nanti makanan habis! "

" Bahahhahah arraseo."

✦-

Pagi itu, aku bangun awal. Hari yang paling aku nanti-nantikan. Yes finally boleh balik rumah!!

Malam semalam, aku dah siap packing segala barang-barang aku. Excited punya pasal.

Ttingg ttong!!

Mata aku bersinar sebaik sahaja mendengar bunyi bell.

Eomma dan beberapa lagi wanita yang kelihata sebaya dengan eomma aku masuk ke dalam rumah. Aku syak tu eomma nct dream.

" MINHEE! MINHO-AH! " teriak eomma aku.

Sedar tak sedar 20 minit telah pun berlalu.

" Terima kasih Na. Sudi tumpangkan anak-anak aku kat kondo kau. " ucap eomma aku kepada eomma Jaemin.

" Ah takde benda la! Kalau free nanti rajin-rajin la singgah rumah aku kat Cheongdam-dong. Dekat je ngan rumah Jeno."

Tchh memang takla.

" Ahh nae. Okayla, kami balik dulu. " balas eomma lalu kami keluar daripada rumah Jaemin.

✦-

Aku masuk ke dalam rumah aku sambil menarik luggage.

" Amacam eomma? Mesti best kan pergi Jeju? 3 BULAN pulak tuh." soal Minho.

" Jangan ceritalah! lagi best kalau boleh pergi ngan kamu berdua dengan appa sekali." balas eomma sebelum ketawa.

" Minhee sini sekejap. Eomma nak tanya sikit." Langkah aku terhenti. Aku berpatah balik ke ruang tamu.

" Ada apa eomma? nak dengar jugak. " ucap Minho.

" Ah andwe. Dah pergi masuk bilik kamu dulu Minho."

" Ish yela."

" Waeyo eomma?" soalku.

" Amacam? Berjaya tak misi kamu?"

Aku pegun seketika. Misi? Misi apa?

" Kenapa diam? Jawablah."

" Hah? err.." tiba-tiba aku baru teringat akan sesuatu. Jangan-jangan misi pikat nct dream tu?!

Ah betullah!! Itulah sebab eomma pergi bercuti lama-lama, biarkan kita orang tinggal sebumbung macam yang Renjun ngan Jaemin bagitahu.

✦-

Seminggu kemudian.

Sebaik sahaja menyimpan buku di dalam locker, aku mengambil banana milk yang aku simpan di dalam locker.

" Minhee, tolong aku pulangkan novel ni kat Jaemin." pinta Haena.

" Hah? Asal aku??" hampir tersedak aku dibuatnya. Aku punyalah bersusah payah nak elak daripada jumpa Jaemin minggu ni.

" Alah tolonglah. Aku kena tolong Baekhyun saem ni. Jeball.."

Aku menelan liur.

" Biar aku je." ucap Yujin yang tiba-tiba muncul. Dia merampas kasar novel yang berada pada tangan Haena.

Sempat dia melemparkan senyuman sinis kepada aku sebelum berlalu pergi.

Aku hanya membuat eyes roll sebelum menyedut banana milk di tangan.

" Yah! Aku baru ingat something! Weh ikut aku cepat! " Haena menarik tangan aku.

" Haih mwo?? Cakap jela kat sini."

" Ish degil betul kau ni."

" Cepatlah. Apa dia?"

" Kau kena hati-hati dengan Yu---. Eh Jaemin!"

Mata aku membulat apabila mendengar nama Jaemin.

Dengan pantas aku berlari daripada situ.

Aku berhenti selepas beberapa minit. Aku terlanggar tin minuman tanpa aku sedar dan melanggar seseorang.

Yang pasti, aku terlanggar lelaki. Tapi perfume ni macam aku kenal.

Aku membuka mata dengan perlahan.

" J-Jaemin??"

To be continued = ̄ω ̄=

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now