열여덜 ❀

1.1K 159 54
                                    

soeun terkedu mendengar kata-kata jeno. semuanya terasa bagai mimpi baginya. beberapa saat kemudian, dia mengangguk.

jeno tersenyum sebelum mengambil kotak itu daripada tangan soeun lalu mengeluarkan rantai tangan tersebut dan pakaikan pada pergelangan tangan soeun.

"awak suka tak?" tanya jeno, sedikit risau. satu senyuman terukir pada bibir soeun. "saya suka sangat sangat."

"uyoooo pewitt." tetiba dreamies masuk ke dalam kelas sambil menepuk tangan masing-masing. tch- kacau daun betul bebudak tuh.

terbeliak jeno dan soeun dibuatnya.

"yyah, korang bukan dah pergi kantin ke?" tanya jeno, terkejut. chenle menggeleng lalu ketawa terbahak-bahak, mengeluarkan suara dolphinnya.

"sorry la tapi sebenarnya kita orang skodeng korang berdua tadi hehe." ucap chenle menyebabkan jeno dan soeun mula memerah, malu punya pasal.

"ok jom la pergi kantin gais hahahaha." ucap mark lalu keluar daripada kelas diikuti dengan yang lain.

jeno membiarkan soeun keluar terlebih dahulu. ladies first gitu.

°˖✧◝◜✧˖°

seminggu kemudiannya, minhee, haena dan soeun tekad untuk menyertai smtown global audition. selama seminggu yang tersisa itu, mereka practise dengan bersungguh untuk audition tersebut. nct dream juga tidak lupa untuk memberi tips dan kata-kata semangat kepada mereka bertiga.

akhirnya hari yang dinanti-nantikan dan ditakuti itu tiba dan ramai peserta membanjiri bangunan sm.

"weh aku nervous gila do." haena memegang tangan minhee dan soeun, gementar kerana tidak lama sahaja lagi, bakal tiba giliran mereka bertiga untuk masuk ke dalam bilik audition.

minhee menarik nafas dan menghelanya. "ingat tips yang dreamies bagi weh, jangan panik." ujar minhee.

meanwhile, nct dream yang turut berada dalam bangunan sm sengaja datang melawat ke kawasan audition.

sesetengah peserta terkejut dan terjerit kecil melihat kelibat mereka di dalam bilik menunggu termasuklah minhee, haena dan soeun.

"goodluck gais, dun worry la. korang mesti lepas punya." ucap renjun sambil memberi wink kepada mereka bertiga. amboii sempat lagi.

jaemin menggengam tangan minhee sambil mengukirkan satu senyuman yang manis. "aku tahu kau boleh buat, goodluck princess." bisik jaemin membuatkan telinga minhee memerah kerana malu dan segan.

peserta lain yang turut menunggu giliran masing-masing hanya memerhati adegan mereka berdua dengan penuh jealous.

jeno turut berbisik sesuatu kepada soeun membuatkan soeun tersenyum sambil mengangguk.

haena menggulingkan matanya. "baru aku sedar betapa lonelynya aku haih." getus haena perlahan.

"aku ada." haechan tetiba berdiri di hadapan haena, membuatkan gadis itu menelan air liur.

"kalau kau sudi, aku boleh main bisik-bisik dengan kau, tiap-tiap hari." kata-kata haechan itu cukup untuk membuatkan haena cair dan otaknya mula berfikir bukan-bukan namun haena cuba untuk berlagak tenang.

"apa yang kau cuba nak sampaikan ni?" haena mengerutkan kening sambil menggelengkan kepalanya. tetiba tangannya dipegang oleh haechan, membuatkan gadis itu terkedu seketika.

"goodluck haena, dah siap nanti jumpa aku kat luar sana." bisik haechan sambil menundingkan jarinya ke arah taman yang berada di luar bangunan sm.

"nombor 0127, 0128 dan 0129, sila masuk ke dalam." ucap staff sambil membuka pintu bilik.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now