twenty°

1.8K 210 16
                                    

" Renjun?"

" Kawan kau ke tu?" soal Mingyu. Aku hanya mengangguk.

" Ehh Renjun. Lama siot tak jumpa. Sorang jeke? Jom ah join sekali." Minho mempelawa Renjun. Bahu Renjun ditepuknya perlahan.

" Haah sorang. Tak menganggu korang ke?" soal Renjun serba salah.

" Eh mestilah tak. Duduklah." Mingyu menepuk kerusi disebelahnya yang masih kosong.

" Hyung ni abang Minhee jugak ke?" Renjun menyoal Mingyu disebelahnya. Mingyu mengangguk.

Aku tidak senang duduk apabila Minho asyik memerhati leher aku. " Lawa rantai."

" Hah?" aku memegang rantai pada leher aku.

" Amboii kemain eh sekarang? sape bagi? namchin ke?" soal Mingyu.

" Eh mana ada. Ni hadiah daripada Renjun." " Ohh Renjun.. ingatkan Jaemin ataupun siapa ek.. ha Mark!"

Pakkk

" Ouchh sakit ah." Minho menggosok pehanya yang dipukul oleh aku. " Kau ni takpayah la nak bongkar semua benda." aku menjeling Minho yang tersenyum puas.

✦-

Minhee's pov

" Eh Minhee! biar saya yang buat." Renjun merampas penyapu dari tangan aku. " Eh tapi hari ni saya bertugas--"

" Takpe, awak duduk diam-diam kat tempat awak ye." Renjun menolak bahu aku dengan perlahan agar aku duduk di atas kerusi. Tidak sampai beberapa saat aku duduk, tiba-tiba Jaemin meletakkan banana milk di atas meja aku.

" Untuk apa ni?" aku memandang Jaemin disebelah yang membelek buku music.

" Saja." balas Jaemin sepatah. Aku mencebik seketika. Macam tahu-tahu je aku tengah dahaga sekarang ni.

Tiba-tiba beberapa orang sunbae masuk ke dalam kelas membuatkan semua orang senyap.

" Perhatian semua. Prom tahun ni akan diadakan di Hotel Infinity Seoul. Actually tahun ni punya activity lebih kepada makan malam di tepi swimming pool---

S-swimming pool?

So, jangan risau jika korang takde partner ok? Semua pelajar dijemput datang. Ada cabutan bertuah dan permainan menarik. Ok itu saja bye-bye. Oh ya, tema pakaian tahun ni ialah bebas."

Mereka mengedarkan surat pemberitahuan kepada kami.

" M-Minhee.." Haena memandang aku dengan serba salah.

✦-

Jam di tangan aku pandang. " Ugh lama lagi ke hujan nak berhenti?" aku mendengus. Batu-batu kecil di jalan raya aku tendang.

" Jaemin-ah! awak pergi kan prom tu? eh tak, majlis dinner? " aku memandang Yujin dan Jaemin yang baru sahaja keluar daripada pagar sekolah.

" Em tengoklah." balas Jaemin. Dia perasan akan aku yang sedang memandang mereka. Cepat-cepat aku melarikan pandangan.

" Hm geurae. Bye!"

" Pssst. Sorang nampak? Asal tak balik lagi? Tak takut kena culik?" Jaemin duduk di sebelah aku.

" Kau nak aku kena culik ke?" soalannya aku balas dengan soalan.

Dia senyum. Senyuman dia boleh cairkan ais di kutub utara. Wait what--?!!" So, kau pergi tak khamis ni?"

" Tak."

" Kenapa?"

" Suka hati aku la."

" Kalau macam tu aku pun tak pergi."

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now