넷 ❀

1.2K 161 53
                                    

a/n: gambar di atas ialah mark, haechan, renjun dan bayangkan jela perempuan tu minhee ahahah. mari follow zepeto aku gais; LR28XS

"eomma, minhee nak pindah seoul semula." minho terbeliak setelah mendengar kata-kata aku. eomma pula memandang aku, pelik. "laa kenapa pulak?" tanya eomma. aku menarik nafas lalu menghela dengan tenang. "minhee nak sekolah kat sopa semula."

"tapi, kenapa tiba-tiba je ni?" tanya eomma lagi sambil melipat pakaian yang baru sahaja diangkat oleh aku pagi tadi. "minhee dah tekad. eomma rasa sebab apa minhee nak sekolah kat sopa?" soalan eomma aku balas dengan soalan. "kamu masih nak jadi idol ke minhee?" dan aku mengangguk laju. minho pula memberi aku pandangan 'kau biar betul?'

aku tak kira. aku akan lupakan jaemin dan mulakan hidup baru sebagai seorang trainee maybe? kesitu pulak aku pikir. pindah pun belum tapi dah berangan nak jadi trainee. ( ͡° ͜ʖ ͡°)

"tapi, kita baru je pindah sini kot. takkan nak pindah seoul balik??" tanya minho sambil menggaru kepalanya. "baru apa? dah hampir 8 bulan dan biar minhee seorang yang pindah seoul." aku tahu idea aku ni gila dan eomma takkan benarkan. "bwoo? memang tak la eomma akan izinkan." kata eomma.

"huh kau ada bakat ke nak jadi idol bagai?" kata-kata minho yang seolah-olah memperlekehkan aku telah mencalarkan maruah aku sebagai budak sopa selama setahun.

cehh tak memasal.

"well, aku pandai nyanyi dengan menari. apa masalahnya?" minho mencebik dan aku hanya menggulingkan mata. "dulu kau pernah audition kat jyp an? tapi tak diterima pun HAHAHA." aku terdiam. ya, aku dulu pernah audition kat jyp tahun lepas tapi aku takde la pulak dapat surat ke apa dari jyp.

"sebenarnya eomma ada dapat surat daripada jyp dulu, sebelum eomma pergi bercuti kat jeju dengan eomma nct dream." aku mengerutkan kening. "laa? mana surat tu sekarang??" tanya aku, sedikit resah. yalah, mana tau kot kot aku diterima. "eomma saja selitkan surat tu dalam notebook kamu, saja nak bagi surprise."

"notebook? aku ada notebook ke dulu?" aku blur kejap. satu minit kemudian aku teringat pasal notebook yang aku pernah bawak pergi apartment jaemin. "oh, minhee dah ingat! tapi masa hari first tinggal kat apartment jaemin, notebook tu hilang..." aku memuncungkan bibir.

"laa hilang pulak. hmm takpela, benda dah jadi nak buat macam mana." kata eomma. "so... kita boleh pindah seoul semula tak?" tanya aku, separuh merayu.

"kalau dah itu cita-cita kamu, eomma ikut aja."

°˖✧◝ ◜✧˖°

"jadi, esok kau pindah seoul la ni?" tanya chaewon sebelum menghirup hot chocolate. aku mengangguk perlahan. "alaaaa. nanti tinggal aku dengan dinosaur tu aje." chaewon menjeling dino di sebelah. aku hanya tersenyum tipis.

"kau dah fikir ke nak audition kat syarikat mana?" tanya chaewon. aku menggeleng. "hmm apapun aku akan rindu kau nanti, minhee." chaewon melentokkan kepalanya di atas bahu aku. "aku pun akan rindu korang berdua.."

"dah femes nanti jangan lupa aku pulak. lupa chaewon takpe tapi, jangan lupa aku." sampuk dino sebelum tergelak memandang reaksi chaewon yang ingin menumbuknya. "ish takkan la aku boleh lupakan korang kott."

°˖✧◝ ◜✧˖°

keesokkan harinya, di seoul.

7:47 am

aku memandang rumah yang telah kami tinggalkan selama hampir lapan bulan. ketika aku sedang mengeluarkan beg dan barang-barang lain, aku disapa oleh seseorang yang amat aku kenal. felix, jiran aku.

straight. nct dreamWhere stories live. Discover now