❤️2❤️

12.8K 613 5
                                    

Aku taktahu ini kali keberapa aku menguap. Dan aku tak tahu juga lah yang sedang bagi talk di bahagian hadapan auditorium itu adalah seorang penceramah atau pendodoi. Sumpah, berat betul kelopak mata ni. Hah! Ni lah jadinya kalau kerja pagi, petang dipaksa ke CNE.

"kak, tolong tampar saya kak. Saya mengantuk sangat ni." kataku pada kak mala, seniorku. Aku pandang kak mala bila dia langsung tidak membalas kata kataku. Hah! Nampaknya dia lagi teruk! Ni bukan terlelap ni, ni sleeping beauty. Tidur sampai nganga. Mujur tak berdengkur! Daripada penceramah yang tegur dia, baik aku yang gerak dulu. Kalau tak, famous seminggu aku dengan kak mala.

" kak! Bangun lah! "bisikku pada kak mala sambil menggoncang lengannya. Aku tahan gelak bila tengok reaksi kak mala yang terpisat pisat membuka matanya.

"hah? Dah habis ke?" soalnya.

"belum. Kak, lepas ni kita pergi cafe nak tak? Ke akak nak balik cepat?" cadangku.

"hmm.. Boleh jugak. Anak akak pun husband dah ambik dari sekolah. Kau lapar ke, aina? Tadi kau dah melantak nasi sebungkus, lapar lagi. Harap je kurus tapi selera macam aku." kata kak mala. Aku ketawa perlahan.

"alah.. Saya rasa nak jadi macam akak la" gurau ku. Kak mala memang berbadan gempal sedikit. Tapi, sepanjang aku bekerja dengan dia tak pernah pun dia sebut pasal diet. Kak mala jeling aku.

"gurau je. Saya haus. Air dah habis. Dapat air teh o ais ni, perghhhh! " aku tayang gigi, bajet comel. Macam lah kak mala nak layan. Memang dia tak layan aku pun, dia layan kantuk dia dan terlelap semula. Penat agaknya kerja di zon merah harini. Dengar dengar macam ramai patient MVA (motor vehicle accident).

Aku rasa nak bersorak bila penceramah menyudahkan ceramahnya yang begitu mendodoi. Nampaknya, ramai yang baru bangun dari tidur. Seronok di dodoi agaknya sampai terlena. Cepat cepat aku tarik tangan kak mala supaya keluar ke auditorium. Kami berjalan menuju ke cafe yang berada di tingkat 1.

"kau nak makan apa, aina? Akak rasa nak makan bihun sup lah petang petang ni." kata kak mala.

"hmm.. Boleh jugak. Saya nak mee sup lah kalau macam tu. Akak orderkan boleh? Saya pergi beli air. Akak nak air apa?" soalku.

" teh o ais satu!" kata kak mala.

"siap!" balasku lalu beredar ke gerai yang menjual pelbagai air kemudian membuat pesanan. Teh o ais 2.

Setelah menunggu beberapa minit, siap juga teh o ais ku. Ahh! Tak sabar nak minum. Tekak dah haus ya rabbi. Sebaik sahaja aku pusing, aku terlanggar seseorang. Berteraburan lah air ku di lantai. Disebabkan perasaan haus aku tadi, terus rasa nak marah orang yang berada di belakang ku tadi. Dah tahu orang bawa air, ketepi lah sikit! Yang duduk dekat dekat dengan aku kenapa!?

Aku pandang lelaki berbaju T berwarna biru itu dengan geram. Aku tak mampu nak berkata apa apa. Aku kembali membuat pesanan. Dalam hati menyumpah seranah. Tak ku pedulikan baju dia yang dah lencun bermandikan teh o ais aku tadi. Padan la muka kau! Huh!

"hei, awak. Awak dah tumpahkan air kat baju saya, awak takde apa apa nak cakap ke?" soalnya yang tiba tiba berdiri disebelah ku.

"takde!" balasku tanpa memandangnya.

"atleast belanja la saya satu nescafe ais." katanya seraya tersenyum. Lagi lah aku meluat memandangnya. Aku jeling dia tajam. Sepatutnya dia yang bayar ganti rugi sebab dah tumpahkan air aku, ingat murah ke teh o ais sekarang? Rm1.80 tau cafeteria ni jual! Kalau dua? Rm3.60! Rugi lah aku macam ni. Dia pulak boleh request nescafe ais dengan muka yang tak bersalah!

"beli lah sendiri!" balasku kemudian beredar setelah mendapat airku yang baru.

"hei! Awak hutang nescafe ais dengan saya!" laungnya. Dah tentulah orang sekeliling memandang sambil tertanya tanya. Ah, peduli apa aku? Yang aku tahu, aku nak minum sebab haus sangat.

Hutang lah sangat! Bukan nya aku jumpa lagi dengan dia lepas ni.

"kenapa macam marah je, aina?" soal kak mala sebaik sahaja aku duduk dihadapannya.

"hmm.. Ada la mamat ni langgar saya kak. Habis tumpah air. Terpaksa order lain." kataku sambil menghirup air teh o ais ku. Tak sedar dah sampai separuh aku hirup.

"pulak.. Ada ada je kau ni, aina." kata kak mala. Dia dah mula melantak bihun sup dia dengan kusyuk. Macam aku tak wujud dibuatnya. Kak mala, makan nombor satu. Hmm.. Kata orang, aku pun sama. Mee sup ku! Mari ke dalam perut kuuu!

****

Usai solat isyak, aku rebahkan diri ke atas katil bujangku. Aku pandang kipas yang sedang berputar laju. Nafas aku hela perlahan. Bosan dengan pemandangan yang sama setiap hari. Tapi, aku harus laluinya juga. Mujurlah dah tukar tempat kerja. Kalau tak, lagi bosan lah hidup aku ni.

Bosan pandang kipas, aku duduk. Pandang dinding pula. Bosannya! Kalau dengan zarif dulu, rajin lah dia layan aku berbual melalui telefon. Habis semua aku luahkan ketidak puasan hatiku padanya. Tentang kerja, tentang housemate, tentang semua lah! Walaupun kadang kadang dia tak bagi nasihat pun, dia tetap pendengar yang setia. Tapi.. Tu cerita setahun yang lalu. Sekarang, cakap dengan dinding jela. Nak cakap dengan kak pia, takut menganggu pulak.

Perlu ke aku fikirkan dia lagi sedangkan dia pun dah menghilang tanpa khabar berita. Ke mana agaknya dia ya.. Dah habis belajar agaknya.. Kat mana lah dia posting agaknya.. Hmmm.. Kalau tak, berkahwin dengan MA lah aku. Memang impian aku, kahwin dengan MA. Kahwin nanti boleh fotoshot pakai uniform! Wah romantiknya! Sweet nya!

Hah! Sudah sudahlah berangan aina natasha! Makhluk tu dah pun ghaib entah ke mana. Aku pulak sibuk ingatkan dia. Dia? Entah entah dah bergembira dengan orang baru. Mana tahu kan?

"Kau kena move on aina! Move onnnnn!" bebelku. Cuba memberi semangat pada diri sendiri.

"tapi, kenapa aku asyik teringat dia.." keluhku. aku rebah kembali. Teady bear sederhana besar yang dah hampir lunyai itu aku peluk erat. Ya pemberian zarif. Takde satu pun barang dia yang aku buang. Semua aku masih simpan. Sebab aku masih mengharap dia kembali pada aku. Walaupun kadang kadang aku rasa semua tu sia sia, aku tetap tunggu dia. Mungkin kah dia kembali pada aku?

Heart BeatWhere stories live. Discover now