❤️43❤️

10.1K 541 2
                                    

"mana team nephro, liam? Kenapa tak datang review patient lagi?" aku dengar dr khalid soal pada dr liam ketika aku baru masuk ke dalam bilik 2 untuk mengambil tanda vital pesakit. Kelihatan pesakit sedang tidur. Bantuan oksigen juga diberi melalui mask.

"sorry, boss. Saya dah call banyak kali tapi mereka tak datang lagi" kata dr liam. Dr khalid mengeluh sambil menggeleng.

"macam mana dengan result blood test?" soal dr khalid. Dr liam pun menunjukkan keputusan darah pesakit.

"potassium after corrected still high. Berapa kali dah bagi cocktail?" soal dr khalid.

"2,boss"

"tak boleh macam ni, kena push team nephro review pesakit jugak. If something happened to patient, diorang nak bertanggungjawab ke?" aku dengar suara dr khalid macam dah bengang. "it's okey, i call dr yew" katanya lagi.

"boss, i volunteer to exchange the catheter." kata farish yang baru datang. Bulat mata dr khalid mendengarnya. Dr liam pula terpinga pinga. Aku pun pelik dengarnya. Boleh ke dia buat? Maksud aku, tu kan kerja team nephro. Takpe ke kalau team emergency yang buat?

"jangan ambil risiko, farish. I taknak staff i terlibat dalam kerja team lain. Nanti kalau jadi apa apa pada patient, kita yang kena bertanggungjawab"

"saya akan bertanggungjawab kalau terjadi apa apa. Tapi saya jamin, takkan ada apa apa yang terjadi" kata farish dengan confident.

"very confident, huh? Like usual" kata dr khalid.

"saya tahu buat. Jangan risau. Lepas je siap saya akan hantar patient ke xray. Slot dialysis pun saya dah booked." kata farish. Nak je aku halang, tapi dr khalid pun macam dah setuju. Takkan aku nak halang lagi.

"ok. I trust you. Make sure nothing will happen, farish. And liam, please asist him"

"no need boss. I have my assistant already" kata dr farish sambil pandang aku. Aik? Apasal pulak aku? Menyesal aku masuk curi curi dengar perbualan diorang. Cehh!

Takde pilihan. Aku kena jugak asist farish. Dia tu, kalau bab kerja bila kata A semua kena kata A. Semua kena ikut kepala dia. Aku pun tak faham macam mana dr khalid boleh percaya kat dia 100%. At least ragu ragu la sikit.

Setelah selesai siapkan barang barang prosedur, aku panggil dia yang sedang seronok berbual dengan wafiy, dr liam dan dr alex di kaunter. Dia meminta diri lalu mendapatkan aku.

"betul ke nak buat ni? Biy pandai ke?" soalku. Disebabkan takde sesiapa di situ, boleh la aku panggil dia macam tu. Kalau ada orang, mampus lah kantoi. Huhu..

"pandai lah. Nampak macam biy ni tak pandai ke? " soalnya lalu membasuh tangan secara surgikal disinki.

"bukan macam tu.."

"exchange je, sayang. Bukan insert. Dah jangan membebel." katanya padaku. Tak sempat aku nak habis kan ayat aku. Dia kelihatan sudah bersedia begitu juga dengan pesakit. Setelah memberitahu pada pesakit tentang prosedur yang bakal dilakukan, dia pun memulakan kerjanya.

Aku hanya diam sambil membantunya. Aku dah selalu asist prosedur ini semasa aku di wad dahulu. Kadang kadang dah naik bosan aku tengok. Tapi, harini dapat jugaklah aku tengok lagi. Yang specialnya, bakal husband aku yang buat. Cehhh! Apa kena mengena nya? Haha..

"eh, kejap. Biy dah ambil consent ke belum ye?" soalnya tiba tiba ketika sedang memasukkan guide wire ke dalam kateter lama. Bulat mataku mendengarnya.  Aku pun lupa pasal tu. Takde consent dari pesakit mana boleh buat prosedur! Salah!

"betul betul lah biy?" soalku.

"dah lah.." katanya sambil tersenyum. Haih.. Lega aku dengar. Dia ni.. Sengaja buat aku seram sejuk.

Dia meneruskan lagi prosedur tersebut. Aku lihat dia lakukan dengan penuh hati hati. Setelah selesai menukar kateter baru, dia mengeluarkan semula guidewire tersebut.

"wah? Dr farish exchange IJC meh?" bisik dr alex yang baru masuk. Aku hanya angguk.

"sayang, heparin please" kata farish. Erkkk... Aku berdehem bila dr alex terpinga pinga. Dia memandang aku dan farish silih berganti.

"bos cakap dengan siapa?"soal dr alex.

"eh.. You, alex.. You buat apa kt sini?" soalnya semula.

"errr.. I nak tengok je.. Btw.. Tadi bos panggil siapa? Bos panggil aina sayang ke?" soalnya lagi. Sibuk nak ambil tahu. Aku dah jeling farish.

"ohh.. Eh taklah.. Tu la. You ni tak tahu ke i panggil semua staff i sayang. Heparin ni pun i panggil sayang. Dah pergi buat kerja lain. Jangan ganggu i" kata farish.

"err.. Okey, boss.." dr alex pun keluar. Dia masih lagi pelik dengan kata kata farish sebentar tadi. Agak agak la heparin pun dia panggil sayang. Menipu tak agak agak! Aku jeling dia.

"jangan marah haaa sayang... Kalau marah kena jual" katanya sambil tersengih.

"cepatlah siapkan! Huh!" kataku. Geram. Kalau aku boleh jahit mulut dia tu, aku jahit dengan silk 3.0!

"yelah, yelah. Garang betul." katanya lalu menyambung kerjanya.

Aku curi pandang dr alex yang berada di kaunter. Dia sedang berbual dengan wafiy dan wani. Ah! Jangan lah dia cerita pasal hal tadi pada diorang! Habis la aku..

Setelah usai prosedur, aku kemas barang barang dan menghantar pesakit ke xray. Pulang dr xray, aku terus tunjuk filemnya kepada dr khalid.

"okey. Perfect. Boleh hantar dialys" kata dr khalid padaku. Aku menurut.

Usai kerja ku,aku duduk di kaunter. Aku hela nafas perlahan. Letih nya! Urat leher yang sedikit tegang aku regangkan.

"woi! Kau apahal ha.. Bersayang sayang dengan dr farish? Gatal eh kau?" kata wafiy padaku. Haih! Baru nak rehat. Kacau betul lah!

"kau cakap apa ni?" soalku pura pura tak tahu. Sah lah ni dr alex yang bermulut murai. Agaknya habis satu ED ni dia cerita pasal aku dan farish.

"eleh, kau ingat aku tak tahu yang kau mengurat dr farish kan? Kan? Mengaku jela." kata wafiy lagi. Ya allah dia ni.. Bila masa? Farish yang ngurat aku dulu! Er... Takkan aku nak jawab macam tu..

"merepek lah. Bila masa aku mengurat dia" aku bangun. Mahu melarikan diri dari wafiy tapi malangnya, wani pula baru datang bersama dengan lia.

"kau ni mencurigakan la, aina." kata lia padaku tiba tiba. Wani angguk laju.

"kau jangan nak lari. Duduk sini. Kau kena explain pada kitorang" kata lia lalu menarik aku supaya duduk di kaunter.

"baik kau mengaku yang kau sebenarnya mengurat dr farish kan?" soal wani pula. Amboi. Tiga tiga manusia depan aku ni dah macam CIA dah aku rasa. Dengan wajah yang serius, tangan yang berpeluk tubuh, soalan yang mencabar.. Sebijik macam CIA.

Aku ketawa. Cuba menutup kegusaran hati.

"mana ada la. Korang ni merepek je"

Wani pandang aku tajam.

"habistu, kenapa dr farish panggil kau sayang? Patut lah kau rapat dengan dia. Semua prosedur dia nak kau asist.. Ooo.. Ada udang disebalik mee ye.." kata lia pula.

"err.. Bukan.."

"mengaku jelah aina. Kau ingat aku tak tahu ke korang couple" kata wafiy pula. Bulat mata aku dengar. Macam mana pulak wafiy boleh tahu?

"ehh.. Kejap.."

"tah,kau ni aina. Benda baik nak sorok sorok. Mengaku jelah. Kau ingat kitorang tak tahu ke? Kitorang ni belum buta lagi tau tengok dr farish senyum kat kau pun kitorang dah tau" kata wani pula.

"haah! Tak sangka kan kau aina! Sampai hati sorok kan pada kitorang" kata lia pula.

Aku hela nafas perlahan. Tak perlu dah aku sorok rasaku. Mereka pun boleh bau hubungan aku dan farish. Aku pun malas nak berahsia lagi memandangkan kami pun bakal bernikah tak lama lagi.

"err.... Sorry korang..." kataku perlahan sambil tersengih nampak gigi.

"kau ada banyak benda nak cerita pada kitorang" kata lia.

Heart BeatWhere stories live. Discover now