❤️7❤️

10.8K 597 16
                                    

Yess! Harini aku incas bilik triage! Maksudnya takde la berat sangat kerja aku harini. Cuma lakukan sedikit pemeriksaan pada pesakit yang memerlukan rawatan. Kemudian, hantarkan ke zon sepatutnya. Biasanya zon hijau sahaja sebab pesakit yang datang ke bilik triage biasanya tak teruk pun. Masih di tahap sakit yang boleh menunggu.

Pagi ini pesakit tidak ramai. Aku baru usai cek seorang pesakit yang mengadu demam selama 3hari. Selesai memeriksa tekanan darah dan sebagainya, aku hantar dia ke bilik dr.

Alang alang bilik dr pun dekat dengan bilik rehat, aku apalagi. Sambil menyelam minum air. Boleh rehat rehat minum air kejap. Sebaik sahaja buka pintu, bukan aku sahaja yang menyelam. Ramai lagi. Wafiy, lia, kakyat, dr diana, dr koh.. Amboi.. Ni perjumpaan persatuan bawang sedunia ke apa? Aku buka locker, ambil sedikit snek dan air lalu ku berikan pada mereka. Hasil tangkapan aku semalam.

"wahhh, thank you aina. Macam tau tau je saya lapar." kata dr diana. Biskut coklat itu diambilnya.

"takde patient ke, aina?" soal kakyat. Aku geleng. Kalau ada patient pun si kumar tu ada. Pandai pandai lah dia. Asyik dia je mengelat, aku pun nak jugak!

"semoga kita bertenang sampai petang" kata lia pula. Semua angguk setuju.

"hai.. Untung lorr.. Saya oncall harini" kata dr koh.

"untung la, oncall dengan dr farish pulak tu" kata dr diana pula. Oh, aku pun baru teringat semalam dia cakap dia oncall harini.

"tula, best kan kalau oncall dengan dia? Dia dah la buat kerja bagus, cepat. Hai.. Memang takde benda nak risau lah" kata kakyat lagi.

"eh, cakap pasal dr farish ni, korang nak dengar gosip pasal dia tak?" soal lia. Okey start dah...

"apa dia? Apa dia? Cepatlah aku nak dengar" kata wafiy.

"semalam, kawan aku nampak dia dating dengan awek dia kat suria klcc. Lawa weyyy awek dia. Macam nabila razali!" kata lia. Aku cebik. Hal tu, aku pun tahu. Dengan awek rambut blonde yang dia tak mengaku tu! Awek jual alatan gym katanya? Eh kejap, macam nabila razali? Yang si rambut blonde tu ada la macam kartun jepun. Tang mana rupa nabila razalinya. Entah entah, lepas jumpa aku.. Dia jumpa perempuan lain. Berapa orang la agaknya awek dia kan. Dasar playboy!

"betul ke we? Nabila razali? Heee.. Takkan la, tak lawa mana pun kalau macam nabila razali.. Kalau macam wany hasrita tu okey lah" kata wafiy. Eh eh, dia pula yang lebih lebih.

"ala, tu perumpamaan aku je. Badan dia kecik kecik macam nabila razali gitu." balas si lia.

"jadi, lawa la?" soal wafiy lagi.

"kawan aku cakap lawa jugak. Tapi tula, dia tak tangkap gambar pulak. Kawan aku cakap sekali tengok macam tengah bergaduh, dua kali tengok macam baik je" balas lia lagi.

"melepas la you, diana.." kata dr koh pada dr diana.

"hmmm.. Tak sangka dr farish dah ada girlfriend.. Memang melepas la." kata dr diana dengan muka sedihnya.

"tu la dr, taknak bagitahu kat dr farish awal awal. Kan dah melepas." kata kakyat.

"saya segan la.." kata dr diana sambil bermain main dengan hujung coat doktornya.

"takpe, selagi tak kahwin selagi tu belum comfirm . Nanti kita tanya dr farish, betul ke dia dah ada girlfriend. Aku rasa belum. Sape nak bertaruh dengan aku?" kata wafiy.

"okey kalau macam tu aku bet, dia belum ada girlfriend" kata kakyat.

"saya pun rasa belum" kata dr diana.

"saya rasa dah ada. Dia handsome lor.. Mana mungkin takde." kata dr koh.

"aku bet ada. " kata lia.

Lepastu, semua pandang aku.

"kau, aina?" soal wafiy.

"lah! Aku pun terlibat ke?" soalku. Cadang nak curi curi dengar je. "aku taktau lah bab tu.. Tapi aku rasa macam ada.." kataku. Mungkin dia jumpa girlfriend dia sebelum jumpa aku kot. Disebabkan mereka nampak macam bergaduh, sebab tu dia malas nak pujuk awek dia, dia pergi jalan sorang sorang. Hmm.. Boleh tahan alasan aku.

" okey set. 3 lawan 3 ye. Sape kalah belanja pizza." kata wafiy. Amboii dia ni.. Mentang mentang gaji baru masuk. Laju je suruh orang belanja.

Aku pun kembali ke bilik triage. Malas nak sambung membawang. Dapat dosa free je aku nanti. Alah, aina! Macam kau baik sangat. Haha!

" hoi aina! Kau pergi mana haaaaaaa? Lama aku tunggu." bebel si kumar sebaik sahaja aku sampai.

"pergi toilet kejap. Kenapa?" soalku.

"tadi, dr farish cari kau. Dia tanya siapa yang buat ecg patient hassan tadi. Aku jawab la kau. Sebab aku mana ada buat ecg lagi harini." kata kumar. Dia dan handfone ditangannya memang tak boleh berpisah agaknya. Asyik main game je! Clash of clans gamaknya sebab aku selalu jugak dengar adik aku main game ni. Kalau dah hadap game tu, makan minum pun tak kisah. Dunia terbalik ke, gempa bumi ke, semua tak ambil tahu. Okey ayat aku tu melampau sangat.

"bila masa aku buat ecg? Harini aku tak buat ecg lagi. Ambil vital sign ada la."

"habis tu.. Takkan hantu kot? Yang ada kat sini, kau dengan aku je." kata kumar. Agaknya dia ni tak boleh tengok aku senang la. Asyik nak cari salah aku je dari pagi tadi.

"okey sekarang ni, apa masalah ecg tu?" soalku.

"dia kata ada changes, tapi tak bagitahu dr pun. Sepatutnya kena pergi yellow zon. Tapi kau hantar ke zon hijau. Nasib baik tak ada apa patient tu." kan aku dah kata, dia nak jugak salahkan aku. Aku dah cakap aku tak buat ecg harini. Ada jugak aku gunting rambut terpacak dia tu karang. Geram aku!

Aku hela nafas perlahan.

"dia kat mana?" soalku.

"dia kan kat zon hijau. Kau pergi jumpa dia la senang. Dia memang nak jumpa kau pun." kata kumar lagi.

"okey, aku pergi. Kau jangan lupa panggil patient." kataku padanya. Kalau tak pesan nanti mungkin sampai 100 orang beratur kat depan bilik, satu nombor pun tak panggil sebab staff nya sibuk dengan COC! Hah! Viral la apa lagi!

Aku pun berjalan ke bilik dr di zon hijau. Ada 4 bilik semuanya. Tapi, macam biasa, 2 je berfungsi. Bilik 3 dr rizwan sedang memeriksa pesakit. Dah tentu dia dibilik 4.

Aku ketuk pintu perlahan lalu masuk. Kelihatan dia sedang memeriksa seorang pesakit.

"nanti you ambil darah dekat bilik 11 ye? Keputusan nanti bagitahu saya."katanya pada pesakit cina lelaki yang berumur lingkungan 20 an itu. Pesakit tersebut menurut lalu dia keluar.

" dr nak jumpa saya? " soalku.

" yeke?" soalnya semula." ke awak yang nak jumpa saya? " katanya sambil tersenyum. Dia bersandar di kerusinya.

"MA kumar cakap dr cari saya, tanya pasal ecg" balasku.

"haa.. Ooo.. Pasal tu.." dia angguk perlahan. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"ecg tu bukan saya yang buat" jelasku sebelum dia mula berkata kata.

"ohhh! Saya tahu. Tu staff malam yang buat" katanya.

"dah tu? Kenapa panggil saya?" soalku geram. Dia pula dah ketawa.

Ni lagi sorang! Nak je aku backhand! Apasal dia ketawa pulak?

"saje panggil.. Takkan tak boleh.. Rindu nak berbual dengan awak" katanya lalu menongkat dagu dengan tangan kirinya.

Ya allah! Mamat ni! Memang ayat semanis gula lah! Dia ni nak cuba mengurat aku ke apa? Dasar playboy! Buaya tembaga!

"mengarut!" balasku lalu bangun.

"aina!" panggilnya.

"apalagi?" soalku.

"tolong saya!"

Aku jeling dia dengan jelingan tahap maksima seperti mata mahu juling. Tolong apa pulak kali ni? Erghhhhhh!

Heart BeatWhere stories live. Discover now