❤57❤

8.3K 507 23
                                    

Hari ini aku shif malam bersama rahman. Dan kalau shif malam sudah tentunya aku tak berjumpa dengan farish untuk dua hari ni melainkan kalau dia oncall. Malangnya tidak. Sejak kami bergaduh tempoh hari, dia langsung tidak mahu bercakap denganku. Call atau whatsapp apatah lagi melainkan perkara perkara penting. Itu masing masing berbalas sepatah dua perkataan. Sedikit sebanyak hal ini mengganggu emosi aku. Padahal aku sendiri yang ego. Tidak mahu meminta maaf pada farish. Aduhai.. bukannya aku tidak mahu meminta maaf pada farish.. aku tak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.

Aku cuba bekerja dengan tenang. Namun hampa. Riak wajahku tak boleh disorok lagi. Sedih, kecewa, terasa hati dengan farish. Semuanya ada.

Aku pandang kosong pada skrin pc dihadapanku. Tidak ramai pesakit di zon kuning malam ini. Hanya ada 2 orang pesakit. Itu pun sudah selesai dirawat dan hanya menunggu wad untuk menerima pesakit.

Waktu berlalu. Aku kerling jam. Lagi 10 minit pukul 7.

"Weh aina! Macam mana?" Soal lia tiba tiba. Entah bila dia datang pun aku tak perasan. Sibuk sangat tenung skrin pc depan aku ni. Dia menarik bangku lalu duduk di sebelahku.

"Macam mana apa?" Soalku semula. Pura pura tak tahu. Padahal sudah tentunya dia bertanya tentang hal dr diana dan farish.

"Kau dah tanya dr farish ke belum?" Soal lia. Dari riak wajahnya aku tahu dia pun ingin tahu hal sebenar. m

Aku mengeluh perlahan.

"Aku dah tanya. Tapi salah timing. Dia marah aku lagi ada lah" kataku sayu. Memang salah timing pun. Kenapalah aku pergi tanya masa dia tengah cakap pasal benda lain? Pasal honeymoon pulak tu. Sah sah lah lari mood dia. Kau ni terlajak pandai la aina! Sengaja spoiled kan mood dia.

"Lah... dah tu.. tak dapat la jawapannya. Dah bertambah masalah kau pulak." Kata lia.

Aku hanya diam. Tidak berkata apa apa. Sesungguhnya aku pun tiada mood sekarang. Tapi aku cuba profesionalkan diri. Tidak melibatkan masalah diriku dengan hal hal kerja. Mujur aku masih mampu kawal diri. Kalau tak, aku rasa kaunter zon kuning ni mungkin banjir dengan air mata aku je. Cehh.. over pulak.

"Nampaknya dr farish macam taknak bagitahu kau hal sebenar je.. hmm.. dari kau bergaduh dengan dia sampai kau  monyok 24 jam macam ni baik kau lupakan je lah hal tu.Mesti ada sebab kenapa dia taknak bagitahu kau. Kau fikir positif jelah." Kata lia.

Aku menghela nafas perlahan. Ada betulnya kata lia. Mesti ada sebab mengapa farish merahsiakan hal ini dari aku. Mungkin aku perlu lupakan je apa yang bermain di fikiran aku ni. Lepas tu pergi mintak maaf dengan dia. Bolehkah semudah itu? Nak ke dia terima maaf aku?

"Aku cuba." Kataku seraya bangun. Mahu pulang ke rumah. Shif ku sudah tamat.

"Kau nak pergi mana ni?" Soal lia.

"Lah. Nak balik lah." Kataku.

"Habis tu kau taknak pass over ke?" Lia jeling aku. Aku sengih. Lupa pulak kena pass over. Hehe.

*****

Terkejut aku bila sampai di parking kereta bila lihat ke empat empat tayar kereta ku kempis. Apa benda pulak yang aku langgar sampai semua tayar kempis? Ni tak masuk akal betul! Aduhai.. aku garu kepala yang tak gatal. Boleh ke jalan kalau semua tayar kempis? Takut pulak aku. Haihh.. apa yang malang sangat kau ni aina..

Aku pandang sekeliling. Kot lah ternampak punca mengapa tayar keretaku kempis. Tapi ternampak pula BMW milik farish. Nampaknya dia dah start kerja semula di sini. Dah selesai kot researchnya. Hmmm.. takkan aku nak mintak tolong dia pulak. Dia mesti dah start round. Nampaknya terpaksa call grab. Esok lusa lah aku fikir pasal tayar ni. Aku dah lah mengantuk.

"Eh, aina. Kenapa dengan kereta you? You langgar apa?" Tegur dr liam yang kebetulan lalu. Aku perasan dia memakir keretanya disebelah kereta farish tadi. Tapi aku malas meminta tolong padanya. Tup tup dia yang tegur aku dulu.

"Saya pun taktahu. Langgar kilang paku kot." Balasku. Aku pun buntu. Kalau langgar benda tajam pun takkan la sampai empat empat tayar. Ini dah macam sabotaj aku je. Tak bagi aku balik agaknya.

Dr liam dah pandang aku semacam bila aku loyar buruk dengannya.

"Time time ni pun you boleh loyar buruk dengan i ye. I baru ingat nak tolong you. Terus tak jadi. Dah call farish belum?" Soalnya.

"Belum.."kataku perlahan.

"Kejap i call dia"kata dr liam seraya mengeluarkan handfon dari poket seluarnya. Cepat cepat aku halang dia.

"Kenapa?"soal dr liam.

"Err.. saya taknak kacau dia. Lagipun dia baru masuk kerja kan? Jangan kacau lah. Saya balik naik grab je. Dr pun pergi la masuk cepat" kataku.

Dr liam pandang aku pelik. Pelik lah kot kenapa aku taknak dia call farish. Dia ni bukan boleh harap. Dah nama pun kawan baik farish mesti semuanya nak disampaikan pada farish.

Dr liam hela nafas perlahan.

"Jom lah i hantar you balik. I pun ada something nak cakap pada you" kata dr liam tiba tiba. Laju aku geleng.

Malas aku. Malas sebab nanti aku kena bagitahu farish yang kawan baik dia nak hantar aku balik. Nanti apa pulak dia fikir? Ishhh! Dah lah aku tak bagitahu dia yang tayar keretaku kempis. Tiba tiba orang lain pulak hantar balik. Taknak aku cari pasal dengan dia. Cukup lah sekali aku cari pasal haritu. Cukup la haritu hari pertama dan hari terakhir dia tinggi suara padaku. Tak sanggup aku.

"Something?" Soalku. Apa pulak yang dia nak cakap? Pelik.

"Yup. Sekejap. I text farish bagitahu dia yang i hantar you" kata dr liam sambil menaip sesuatu di skrin handfonnya.

"Eh, kejap! Saya boleh balik sendiri. Lagipun dr bukan kerja ke harini?" Soalku. Dah apa hal pulak mamat cina ni. Pelik semacam je harini. Tiba tiba nak hantar aku balik pulak.

"Okey. I dah cakap pada farish. Dia kata okey and thanks" kata dr liam seraya menunjukkan mesej dari farish.

Aku mengeluh perlahan. Mudahnya dia balas macam tu. Tak fikir perasaan aku langsung.

Tiba tiba handfonku berbunyi tanda ada whatsapp masuk.

Biy mintak tolong liam hantar sayang. Sorry tak dapat hantar balik. Nanti biy tengokkan kereta sayang. Take care. - Farish

Aku mengeluh lagi. Tak tahu apa yang perlu aku katakan lagi untuk menolak bantuan dr liam memadangkan suami aku sendiri pun dah minta tolong dia hantarkan aku pulang.

"Jom" kata dr liam. Aku angguk perlahan lalu membuntutinya ke kereta miliknya.

"Sorry.. susahkan dr pulak."

"It's okey. Since farish dah ganti i pergi kursus hari tu. I kena la balas balik jasa baik husband you." kata dr liam. Aku hanya senyum. Aku sendiri pun tak tahu yang farish pergi kursus tempoh hari bagi pihak dr liam. Biarlah. Tak jadi masalah buat aku pun.

Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta,dr liam mula memandu meninggalkan perkarangan hospital.

Heart BeatWhere stories live. Discover now