❤️20❤️

10.7K 595 7
                                    

Aku bernyanyi perlahan ketika menyediakan troli untuk dressing pesakit yang terkena api di kakinya semasa membakar sampah. Harini mood aku baik. Kalau tak, mesti aku dah maki sebakul pesakit tu. Membakar sampah secara terbuka adalah salah! Mencemarkan alam sekitar. Tapi, biarlah. Kata mood tengah baik. Haha!

Malam tadi aku dah luahkan segalanya pada dr farish. Haih.. Kesian dia. Kejap kena marah dengan aku, kejap dengar aku gelak. Kejap aku menangis. Dia macam biasa, tenang memberi nasihat nya pada aku. Aku betul betul berterima kasih padanya. Dia je yang menjadi pendengar setia aku sekarang ni. Nak call kak pia, takut menganggu pula.

"amboi hang.. Semalam punya la garang kalah singa lapar. Harini, senyum sampai telinga nampak?" tegur wafiy. Aku jeling dia. Kenapa lah dia ni selalu bertugas sama tempat dengan aku? Sibuk je! Tapi aku perasan wafiy dah berubah. Takde dah suara yang dilembutkan. Gayanya juga sudah berubah. Tiada lagi gaya macam api lilin terlenggok sana sini. Dia dah jadi macam lelaki. Sekarang baru aku boleh gelar dia handsome. Walaupun sebelum ni memang handsome, tapi kalau dah lembut dan rambut pun macam kpop aku pun geli nak iakan yang dia tu handsome. Haha!

"semalam tu semalam lah! Hari ni, hari ni lah!" balasku. Apasal aku rasa macam aku dah jadi loyar buruk macam dr farish? Erkkkk!

"kemain kau ye! Weh, kau nampak tak si zarif. Dia hilang lagi lah. Pening kepala aku memikirkannya"

"itu pun nak pening. Lantak lah dia." kataku. Aku malas nak ambil tahu pasal mamat tu. Lantak lah sebagai bekas tunang atau sebagai junior. Dia yang langsung takde tanggungjawab nak bekerja. Boleh pulak hilang time kerja. Dia ingat ni hospital dia ke? Sukahati je!

"sedap mulut kau je nak lantakkan dia. Mana boleh, nanti encik hisyam tanya aku"

"mestilah tanya kau. Sebab kau kan mentor dia. Kau tanya la anas tu. Takkan la nombor dia pun kau tak ada." kataku.

"aku dah suruh anas call. Dia tak jawab pun." kata wafiy. Dia mengeluh. Kesian dia. Sejak kebelakangan ni, dia asyik dipanggil oleh encik hisyam, penyelia mereka. Mesti kes mamat tu hilang. Tak guna punya manusia! Menyusahkan orang je! Mana tah dia pergi agaknya.

" aku pelik lah, apasal kau kena jadi mentor dua dua mamat ni? Selalunya sorang mentee sorang mentor. Kau tamak sangat kenapa?"

"untuk seminggu ni je. Sebab Rahman kan cuti seminggu. Kalau tak, si zarif tu mentee rahman. Haih! Dua dua menyusahkan! Apasal dia nak cuti time ni pulak?" sudah! Rahman yang bercuti pula disalahkan.

"So, kau sabar jelah buat seminggu ni ye" jawabku. Aku pun taktahu nak cakap apa dah dengan wafiy ni.

"eh? Tu pun dia" kata wafiy. Aku kalih pandangan. Kelihatan zarif, dr farish dan dr liam sedang berbual bual mesra sambil berjalan ke arah kami. Macam mana diorang boleh jadi mesra pulak? Musykil aku. Ada apa apa ke yang aku taktahu.

"kau pergi mana hah?" soal wafiy pada zarif sebaik sahaja mereka hampir dengan kami.

"saya jumpa dia tengah dating dekat depan farmasi. Lawa jugak girlfriend dia. Kan, bro? Untunglah! " kata dr farish sambil angkat kening. Sempat dia jeling aku. Macam ada maksud tersirat je.

"mana ada, bos. Biasa biasa je" balas zarif. Malu malu kucing pula bila girlfriend dia dipuji. Tak peduli pun pasal perasaan aku. Eh kejap, kenapa nak fikir perasaan aku pulak? Aku takde rasa apa apa pun.

"haih.. Lawa je tak cukup bro. Ni staffnurse depan kita ni lagi menarik. Kejap macam angel, kejap macam psyco. menyeramkan. Dah lah, i nak sambung kerja." kata dr liam. Amboi... Nak tuju pada aku lah tu. Sedap mulut dia je cakap aku ni psyco. Tapi, aku pun rasa macam tu. Semalam tu aku lebih menyeramkan dari zombie. Haha! Eleh, tahu pun takut. Tu baru marah sekali. Kalau kena marah hari hari mau resign terus!

"okey bro." balas dr farish. Aku hanya melihat dr liam pergi.

"okey lah. Saya pun nak sambung buat kerja" kata zarif lalu beredar. Wafiy terpinga sebentar.

"kepala hotak dia nak buat kerja. Dia dah lah ponteng, tak mintak maaf dengan aku lepas tu boleh dia kata nak sambung kerja? Dia tu siapa? Aku yang lembut dia tak hormat, dah keras pun dia taknak hormat. Siap dia!!" kata wafiy lalu turut meninggalkan kami. Aku hanya menggeleng.

"dia cakap dia dah 3tahun couple dengan pegawai farmasi tu" kata dr farish tiba tiba tanpa ku soal. Nampaknya dia dah jadi spy tak berbayarku.

"oh.."balasku. Baru ku tahu. Tak sangka rupanya dia curang dengan aku. Maksudnya, 2tahun lebih dia curang. Bodohnya aku, langsung tak tahu aku dicurangi. Patutlah dah taknak pandang aku, dah ada pegawai farmasi grade u41. Aku ni gred u29 je. Okey, fine zarif. Bagus permainan kau. Terima kasih zarif!

"oh je?" soalnya.

"dah tu? Biarlah. Saya taknak ambil tahu dah pasal dia."

"my girl dah matang sekarang" katanya.

"siapa my girl?" soal wafiy tiba tiba. Terkejut aku dibuatnya. Aku ingat aku dengan dr farish je disini. Entah bila si wafiy ni datang semula. Janganlah dia dengar perbualan aku dengan dr farish tadi.

"siapa my girl?" soal dr farish semula. Pura pura seperti tiada apa yang berlaku.

"tadi macam dengar dr farish sebut my girl?" wafiy dah pandang dr farish. Kemudian dia pandang aku tajam.

"kau ni berhalusinasi ke?" soalku.

"sukahati kau je cakap aku berhalusinasi. Tapi, yelah. Mungkin. Sebab aku pun tengah stress ni. Mungkin aku kena refer diri aku dengan psikiatrik." katanya lalu beredar. Sedih je suaranya. Aku jeling dr farish. Cakap tak pandang pandang lah dia ni! Dia senyum tayang gigi padaku.

" patient panggil. "katanya lalu beredar. Alasan! Mana ada patient panggil! Aku pun meneruskan kerjaku. Mendressing luka kesan kebakaran pesakit di katil 2.

Heart BeatWhere stories live. Discover now