❤️52❤️

10.3K 501 16
                                    

Habis dah cuti kahwinku. Aku dan farish kembali bekerja seperti biasa. Yang peliknya, lepas berkahwin tak pula terserempak di tempat kerja. Batang hidung pun tak nampak apatah lagi orangnya. Kalau sebelum kahwin tu, tak payah panggil tiba tiba je ada depan mata. Hmmm.. Sibuk lah kot agaknya.. Bersangka baik jelah aina.. Datang kerja untuk buat kerja bukannya nak dating dengan encik suami. Hihi..

"woiii pengantin baru! Mengelamun ehhh kau? Ingat cik abang le tu" tegur wani. Mati dah lamunanku tadi. Aku pandang wani yang tersengih sengih pandang aku.

"bila masa aku mengelamun?" sangkalku. Cuba menafikan yang aku mengelamun rindukan suami. Cehhhh.. Gelinya ayat.

"kau tak payah la nak tipu aku. Macam la aku ni buta" balas wani.

"hmmm.." itu sahaja yang aku balas. Mataku kembali pada skrin komputer didepan ku. Mahu menyiapkan sedikit lagi report. Harini pesakit tak ramai. Terima kasih lah pada semua rakan sekerja ku kerana tidak bermulut murai menegur bahawasanya hari ini tenang. Aku pun taktahu lah, memang kepantangan hospital kot kalau kita kata tenang, terus berduyun duyun pesakit datang macam grand opening supermarket je gayanya. Mungkin sebab wafiy si mulut celupar tu tak kerja harini kot. Selalunya dia je yang suka tegur.

"eh, aina. Kau nak tau something tak?" bisik wani padaku.

"apa dia?" soalku semula lalu mendekatkan diri pada wani. Hai.. Siapa kata dah jadi bini orang tak boleh bergosip? Huhu..

"aku dengar, parents dr diana datang jumpa dr malek semalam.. Katanya nak request cuti beberapa bulan sebab nak berubatkan dr diana." kata wani.

Hah! Menarik!

"ha.. Lepas tu?" soalku. Tak sabar nak dengar cerita seterusnya.

"itu jela." kata wani.

"eyyy kau ni.. Takkan itu je? Gosip apa namanya?" aku pandang kosong pada wani.

"yelah, habis kau nak banyak mana?" soal wani sambil ketawa.

"yela, kot kot la kau tau dia nak berubat kat mana ke, dia berhenti kerja ke.." kataku.

"ehh.. Dia tak resign lah wei, dia still nak kerja walaupun parents dia suruh dia resign dia taknak. So, dia ambil cuti tanpa gaji je. Tapi berapa lama dia cuti, aku tak pasti" kata wani. Aku angguk perlahan. Faham lah aku.

Bagus juga dr diana pergi berubat. Aku tak pasti maksud berubat tu, berubat cara yang macam mana? Ke hospital mental atau berubat cara kampung? Ada je yang percaya bahawasanya penyakit sedemikian boleh diubati dengan cara kampung. Maksud aku, jumpa ustaz. Bukan bomoh, pawang hantu cangkung dan sebagainya. Tapi, itu terpulang lah pada kepercayaan masing masing. Aku sebagai staff kesihatan, tak menghalang pun mana mana pesakit aku untuk berubat mengikut apa cara sekali pun yang penting tak melanggar hukum dan tak menyusahkan kami.

"eh, aku lupa lah.. Aku nak buat ecg kejap!" kata wani seraya bangun meninggalkan aku dan berjalan ke katil 8.

Aku pula sambung kerja di pc. Seketika kemudian aku lihat dr liam dan beberapa orang HO sedang membuntutinya masuk ke dalam zon kuning ini. Kelihatannya dia sedang menerangkan sesuatu pada 4 orang HO muda itu. Aku agak, mereka HO baru. Begitulah setiap 6 bulan disini. HO pasti bertukar tukar. Dan senior akan memberikan sedikit orientasi pada junior baru.

"hah.. Ni kaunter. Yang tu, stafnurse paling menyeramkan. Jangan cari pasal dengan dia" kata dr liam ketika dia memperkenalkan aku pada HO baru tersebut. Adalah 2 orang perempuan dan dua orang lelaki. Tapi.. Takkan 4 orang je? Tak cukup kaki dan tangan nanti nak berlari satu department.

Aku hanya senyum simpul. Sempat aku jeling dr liam. Dia hanya tayang gigi padaku. Cis! Sempat yaaaa kenakan aku! Alang alang dah perkenalkan aku sebagai staffnurse yang paling menyeramkan, kena la jadi menyeramkan kan? Siap diorang nanti.

"stafnurse lawa pun menyeramkan kan ke bos?" sampuk seorang H0 lelaki. Dia ketawa suka bersama seorang rakannya. Nampaknya, dia memperlekehkan kebolehan aku. Takpe. Ada ubi ada batas, ada hari siap kau aku kenakan!

"shhhh! Jangan kacau dia, hafiz. Jom kita ke zon hijau pulak" kata dr liam kemudian berlalu. Mereka hanya membuntutinya. Sempat si dr hafiz itu kenyit mata pada aku. Dia ni dah kenapa? Nak mengurat aku ke? Agak agak nak kena debik dengan farish, boleh je.

Aku meneruskan kerja ku. Ada pesakit yang baru masuk. Aku hanya membantu dr shidah merawat pesakit. Hampir separuh bawah badannya terkena air panas.

"Congrates, aina. Saya ada terima kad kahwin awak dari farish haritu. Tapi tula. Oncall kan.. tak dapat nak pergi.." kata dr shidah sambil tangannya laju mencuci kulit pesakit.

"Takpe, dr... kami pun buat simple je" balasku. Sejujurnya, aku tak pernah berbual dengan dr shidah. Dia MO, junior pada farish dan dia jarang berada di zon kuning. Aku pun tak faham pembahagian tugas mereka bagaimana.

"Haih.. bertuahnya awak aina.. punya la ramai junior junior dia nak kat dia, awak jugak yang dia pilih. Dah lah bijak, rajin pulak tu" kata dr shidah lagi. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Dr shidah pun salah seorang ahli kelab peminat suami aku ke?

Tapi aku hanya diam. Tak tahu apa yang patut ku balas.

"Dr emelda pun pernah try dia tapi dia taknak. Awak kenal kan dr emelda? Yang tinggi, freehair tu?" Soalan dr shidah buat aku tergamam sebentar.

Apa yang cuba dia sampaikan sebenarnya? Aku dah mula bosan. Aku tak mahu tahu hal hal farish dan juga crush crushnya sebelum berkahwin dengan aku. Sikit pun aku tak ingin ambil tahu. Itu hal lepas. Dan sekarang, kami sudah berkahwin. Tak perlu rasanya nak cerita hal sebelum sebelum ini.

"Awak tak kenal eh?" Masih belum habis lagi persoalannya. Aku geleng perlahan.

"Dia lawa tau" kata dr shidah lagi. Okey, kali ni aku betul betul dah fed up. Aku malas menjawab apa apa. Tapi aku cuba kawal riak wajahku. Taknak dilabel staffnurse kurang ajar pula.

Dr shidah masih lagi berkata kata. Tapi aku pekakkan sahaja telinga. Mujurlah prosedur sudah hampir siap. Kalau tak, bernanah telinga aku mendengarnya. Siapa tak menyirap kalau orang lain dok puji laki sendiri dengan perempuan lain!! Huhhh tak menjaga hati dan perasaan aku betul! Spoiled mood pengantin baru aku!

Yang laki aku ni, kat mana pulak?? Tak nampak batang hidung langsung harini! Huhhh!!

Heart BeatWhere stories live. Discover now