❤54❤

8.1K 425 1
                                    

Aku melabuhkan punggung di tempat duduk yang terdapat di ruang lobi ACC. Cadangku mahu pulang dengan grab tapi farish terlebih dahulu telah menghantar pesanan untuk menunggunya di sini. Nak taknak terpaksa juga menapak ke ACC. Sengajalah tu nak suruh aku exercise. Mentang mentang semalam aku timbang dah naik 2 kg! Menyesal aku timbang berat depan dia. Cehh!!

Aku hela nafas perlahan. Entah kenapa kata kata nina bermain di fikiranku. Separuh diriku mempercayai kata nina. Tapi separuh lagi menyangkalnya. Betul, aku tak begitu mengenali farish sebenar benarnya. Yang aku tahu dia memang tiada ibu bapa. Tapi macam mana dia boleh survive hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa bahkan pakcik makcik dia? Aku pula buntu dengan pelbagai persoalan yang pastinya tiada jawapan melainkan kalau aku bertanya sendiri dan dengar jawapan dari mulut farish.

Aku mengeluh perlahan. Risau mula hadir didalam diriku. Adakah farish menipu aku sebenarnya? Jadi, aku sebenarnya diperbodohkan oleh dia sahaja? Aku pun tak berfikir panjang tentang hal ini sebelum menerima dia dahulu. Ahhh sekarang apa aku perlu buat kalau dia betul betul menipu aku? Aku ketuk kepala perlahan. Bodohnya kau ainaaaaaaa!!

"Do you need help?" Suara yang aku cukup kenal. Aku panggung kepala. Farish sedang berdiri di hadapan aku. Dengan senyuman manisnya seperti biasa.

Soalannya aku biar tanpa jawapan. Dia duduk disebelahku.

"Kenapa sayang ? Tak sihat ke?" Soalnya. Suaranya yang riang tadi bertukar menjadi risau.

"Tak.. sayang okey.. penat sikit je" balasku. Seboleh bolehnya aku mahu sembunyikan perasaanku ketika ini.

"Betul ke?" Soalnya ingin kepastian. Aku cuba senyum walaupun nampak tak ikhlas.

"Betul.."

"Okey.. biy ada meeting lagi sebenarnya.." dia kerling jam ditangan. "ni pun lari kejap. Sayang balik naik kereta lah. Nanti biy balik naik grab." Kata farish sambil hulur kunci keretanya padaku. Aku pandang dia tanpa berkata apa apa. Aku tak yakin sebenarnya nak bawak kereta mahal dia tu. Tak pernah cuba bawak pun satu hal. Kalau jahanam kereta dia macam mana?

"Kenapa tengok biy macam tu?"

"Sayang mana tahu drive kereta biy" balasku jujur.

"Lah.. sayang kan tahu drive kereta. Sama jela macam kereta sayang. Start enjin, masuk gear,jalan. Mudah je"

Ceh.... cara dia cakap tu.. aku berkira kira lagi. Farish kemudiannya menarik tanganku lalu meletakkan kunci kereta di genggaman tanganku.

"Drive safely.. biy dah lewat ni.. love you" katanya seraya bangun. Aku pula terpinga pinga.

"Ingat,drive elok elok.. jangan kasi calar eh kereta biy" pesannya. Ah sudah itu la perkara yang paling aku takut.

Belum sempat berkata apa apa lagi farish sudah pun beredar. Sempat dia lambai aku pakej sekali buat bentuk love atas kepala dia. Eeii geram je aku. Dia ingat dekat lobi ni ada aku dengan dia je ke? Punya la ramai penonton kat sini. Aihh.. malu aku.. lupa sekejap masalah yang aku fikir sebentar tadi. Terselit pula rasa was was. Rasa bahawasanya farish bukan penipu seperti yang nina katakan.

Aku hela nafas perlahan. Kemudian menapak ke parking kereta. Haihh.. nasib lah kalau calar kereta dia aku buat buat tak bersalah jelah!

******

"Aina.. tak baik tau.. dia tu dah jadi suami aina.." kata kak pia ditalian sebelah sana.

Aku cebik sambil tekup muka dengan bantal. Badanku kalih ke kanan pula setelah lima minit mengiring sebelah kiri. Nak taknak aku call jugak kak pia. Sengaja nak ajak bersembang. At least kurang sikit beban yang sarat kat kepala aku ni. Kalau call abah nanti mesti abah fikir bukan bukan. Nasib lah kak pia okey je terima panggilan aku. Walaupun dia sebenarnya tengah sibuk. Farish pula beritahu yang dia balik lambat harini. Lepas je meeting tadi dia terus sambing kerja sebab nak cover dr liam yang ada emergency. Entah pukul berapa agaknya dia balik harini. Biasalah kalau dah nama pun doktor kan? Aku kena la faham waktu kerja dia. Yang kadang kala tak balik rumah pun ada walaupun tak oncall! Haih.. nasib kau lah aina.. sunyi la duduk rumah sorang sorang..

"Tapi kak.. aina curious tau.. dalam masa yang sama aina takut" kataku.

"Takut kenapa pulak? Aina.. dah dah lah tu.. tak baik tau bersangka buruk pada suami sendiri. Berdosa. Lebih baik tanya terus kat farish. Kan senang" kata kak pia.

Alahai.. cadangan kak pia tu.. buat aku telan liur sendiri. Aku nak tanya farish? Seram eh!

"Takut.."

"Takut nak tanya farish atau takut dengan apa yang farish bakal cakap nanti?" Soal kak pia. Ish kak pia ni tahu je apa yang bermain kat fikiran aku.

"Hmm.. dua dua." Kataku sambil sengih. Aku dengar kak pia hela nafas perlahan. Agaknya dia pun pening dengan sikap aku kot. Kalau dia pun dah pening apatah lagi si farish. Extra pening agaknya dengan isteri dia ni.

"Farish tu akak tengok baik je orangnya.. akak yakin dia tak tipu aina. Cuma aina kena la tanya elok elok dengan dia. Dah lah jangan fikir bukan bukan.. apa lah pengantin baru ni. Buat rosak mood je tau. Sepatutnya sekarang tengah lovey dovey fasa honeymoon.. bukan fasa curiga dan sangsi." Kata kak pia. Amboi ayat dia..

"Hmm yelah kak.. aina harap farish tak tipu aina.." kataku. Aku malas nak sembang panjang lagi. Rasa macam bersalah pula sebab ganggu kak pia.

"Iye.. cuba cakap baik baik dengan dia okey? Dah, pergi la rehat. Akak pun nak rehat ni" kata kak pia.

"Okey kak. Sorry kacau akak malam malam ni. Thanks tau dengar luahan hati aina. Nanti kirim salam dr ammar" pesanku. Terdengar kak pia ketawa.

"Takde apa lah.. call je bila bila ada masalah.. jangan simpan sorang sorang.. kak pia okey je jadi doktor cinta adik kak pia sorang ni.." jawab kak pia. Aku pula ketawa suka.

"Yelah tu.. okey lah.. sleep tight" kataku.

Talian dimatikan setelah menjawab salam kak pia. Aku tarik bantal yang menutupi muka ku tadi. Kemudian aku duduk. Mengeluh lagi. Entah untuk kali ke berapa.

"Tak boleh ke kau tak payah fikir benda tu,aina" gumam ku sendiri.

Kepala ku ketuk perlahan. Kalau lah dengan cara itu boleh mengusir apa yang bermain di fikiran ku ini.. kan bagus!!!

Tapi.. kenapa kau fikirkan  jugak hal ni ainaa... huhu...

Hah! Bagai mentol lampu yang tiba tiba menyala. Begitulah juga idea yang tiba tiba muncul dalam kepala aku ni.

Kalau aku belek belek meja kerja farish mesti aku jumpa sesuatu kan? Okey.. bagus jugak idea tu aina. Mari mulakan projek!

Bingkas aku bangun lalu ke bilik belajar farish.

Heart BeatWhere stories live. Discover now