❤️46❤️

10.8K 560 7
                                    

Jantung macam nak melompat keluar je aku rasa masa ni. Macam tengah bermaraton, laju dia lain macam. Hai aina, bukannya kau yang kena salam tok kadi untuk akad nikah. Tapi, kau yang gelabah lebih. Kalau kau dah gelabah macam ni, macam mana la agaknya si farish. Tenang macam biasa ke gelabah macam first time jumpa abah haritu? Huhu...

Fuhhh... Aku lakukan teknik deep breathing untuk tenangkan diri aku. Tapi, hampehhh... Sama je dup dap nya jantung aku ni.. Logik la kan? Takkan la orang nak akad nikah, takde perasaan macam ni? Lain la kahwin paksa rela. Yeke? Aku tengok orang kahwin paksa rela tu pun sengih je sampai telinga.

Aduh..macam tak percaya je aku kahwin dengan mama poyo tu. Betul ke ni? Entah entah aku mimpi..

Aku tampar sikit pipi kanan aku. Sakit jugak lah. Maksudnya bukan mimpi lah kan? Maksudnya betullah aku akan kahwin dengan farish? Haih.. Macam tak percaya pulak..

"woi, aina! Kau duduk la diam diam. Ke hulu ke hilir. Rimas aku tengok!" tegur wani.

"entah! Rilex wei, kau bertenang je. Bajet bajet ayu, macam aku ni" kata lia pula sambil duduk bersimpuh dengan ayunya. Matanya dikedip kedipkan. Huh! Yelah tu ayu! Aku dah tak kisah dah ayu ke tak, yang aku tahu aku tengah nervous ni.

"aku tak boleh la." kataku. Aku pandang figure ku di cermin meja solek. Berkata pada diriku sendiri bahawa aku harus bertenang. Aku hela nafas perlahan.

"wei, handsomenya dr farish" kata wani. Eh? Cepat cepat aku pusing pandang wani dan lia yang sedang duduk dibirai katil dalan bilik ku. Mana pulak dia nampak farish? Bukan farish tengah bersiap dengan abanglong dan wafiy ke?

"mana kau tengok, wei?" soal lia.

"ni" wani menunjukkan skrin fonnya pada lia. Aku pula sibuk memanjangkan kepala. Cehh! Sempat dia update ig! Upload gambar dia tengah bersiap ketika abanglong tengah pakaikan sampin padanya. Wahhh! Senyum lebar sampai telinga nampaknya. Aku je yang menggelabah kat sini.

"hmm.. Sampai sekarang aku jelous dengan kau aina. Tak sangka kau berjodoh dengan dr farish yang kacak lagi sweet tu kan?" kata wani.

"tula. Tapi, sekali pandang memang jealous. Dua kali pandang sweet sangat kan diorang ni. Macam panadol dibelah dua! Secocok sangat!" kata lia gembira. Boleh tahan jugak dia punya perumpamaan tu. Panadol pun panadol lah..

"betul.. Kau jangan risau lah aina.  Aku dah redha kau dengan dr farish.. Walaupun hati aku ni sedih.. Pedih" kata wani. Mulalah drama dia. Aku ketawa. Aku tahu, walaupun wani selalu berkata bahawa dia suka pada farish, sebenarnya dia hanya main main sahaja. Tiada perasaan yang serius pun. Kadang kadang tu cakap sebab nak buat aku iri hati je. Cehh! Sengaja kan?

"eleh.. Dah lah kau. Kau tu fokus jela dengan abam MA kau tu" kata lia sambil menolak perlahan bahu wani.

"eh! Kau jangan la cakap kuat kuat! Kau ni nak buat announcement ke?" kata wani. Lia hanya ketawa. Aku pun turut geli hati. Hai.. Akhirnya, wani terima juga rahman. Punya lah bermain tarik tali. Kejap nak kejap taknak. Kesian rahman. Tapi, sekarang katanya Dalam proses mengenal hati budi masing masing. Tapi, nak berahsia macam aku rahsiakan hubungan aku dan farish. Yelah tu, rahsia lah sangat. Aku rasa satu department dah tau. Mereka berdua ni asyim bermain main mata je masa kerja. Mana tak orang lain perasan. Hai.. Wani, wani.. Sukahati kau lah! Asalkan kau bahagia.. Aku hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan.

"fuhh.. Hilang sikit nervous aku ni" kataku.

"kak ngah, tok kadi mai dah. Cepat dok luaq" kata ibu yang tiba tiba muncul di muka pintu. Aku apalagi, menggelabah semula lah jadinya.

Wani dan lia menjadi penemanku ketika keluar dari bilik. Aku lihat farish dah duduk di hadapan tok kadi. Tengok dari belakang pun dah nampak kacak, belum lagi tengok depan depan. Eh? Apa kau merepek ni aina.. Fokus, fokus.. Macam lah kau tak pernah tengok farish tu depan depan.

Dan, masa aku tengah curi curi pandang dia la dia pun turut memandang ke arahku sambil tersenyum. Haih.. Lagi berdebar aku dibuatnya.. Baru aku sedar betapa kacak nya bakal suami aku. Selama ni memang la dia kacak, tapi hari ni kacak dia lain macam. Huhu.. Boleh bikin hatiku yang cair, bertambah cair bak aiskrim dijemur bawah cahaya matahari. Cehh! Merepek lagi..

Lia tepuk bahu aku bila perasan aku tersengih sengih bila bermain mata dengan farish. Wani pula berdehem.

"amboiiii hanggggggggg.. Sabar lah kalau ya pun" kata lia. Erkkk! Kantoi.. Aku dengar abah pun berdehem jugak. Haha! Cepat cepat farish pandang depan.

Alhamdulillah.. Sekali lafaz je,aku sah jadi isteri farish. Rasa gembira, terharu, sedih.. Semuanya datang sekali. Gembira sebab aku akhirnya jadi jugak isteri seseorang.. Aku ingatkan, lepas je aku putus dengan zarif dulu dah takde siapa nak pada aku. Huhu.. Terharu sebab farish sudi jadi suami aku walaupun aku serba kekurangan kalau nak dibandingkan dengan dia. Sedih sebab aku dah jadi milik suami aku, tak boleh nak melekat bawah ketiak ibu dan abah lepas ni.. Huhu...

Ini juga kali pertama aku solat berimamkan farish. Lain rasanya. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa selamat bila dia dah jadi milik aku. Usai solat, upacara batal air wudhuk pula.  Malu malu aku hulur tangan untuk farish sarungkan cincin. Dengan tetamu yang ramai menjadi penonton, lensa kemera yang menyilaukan. Aaarrrghh! Malunya..

Usai menyarungkan cincin, aku salam tangannya penuh hormat. Kemudian, dia pula mendekatkan wajahnya padaku. Lalu bibirnya menyentuh dahiku perlahan. Hangat. Rasa nak mengalir air mataku tapi cepat cepat aku tahan. Aku dan dia saling berbalas senyuman.

Aku dengar rakan rakan ku bersorak suka.  Cehh! Ingat kitorang ni tengah main bola ke apa nak bersorak? Huhu..

Aku rasa, aku dan farish tak henti henti tersenyum. Bahagianya hanya tuhan je yang tahu..

Selesai dah majlis, abah menjemput tetamu yang datang untuk menjamu selera. Manakala, aku dan farish pula masih dengan jurukamera untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Macam macam gaya. Naik segan aku dibuatnya. Tak lupa juga bergambar dengan ahli keluarga dan rakan rakanku. Gembirnya aku harini hingga tak mampu berkata apa apa. Aku hanya mampu tersenyum je.

"okey okey! Free style!" arah si fotografer. Kami apalagi, bermacam macam posing lah kami gayakan. Aku pandang farish, kononnya nak buat gaya curi curi pandang dia. Tapi dia dulu  pandang aku sambil tersenyum.

"hai, sayang..You, officially mine" sempat farish kata padaku lalu tersenyum nakal. Padaku.

Heart BeatWhere stories live. Discover now