❤️51❤️

12.9K 587 18
                                    

"wei aina! Kau lambat lagi ke nak bersiap ni.. Dah pukul 12 setengah kot! Ibu abah kau pun dah bebel kat luar tu orang dok tanya mana pengantin, mana pengantin? Aku ni jenuh la nak jawab pengantin makeup, pengantin make up! " bebel wani yang baru datang.

Aku yang tengah diandam oleh kak suri ketawa mendengarnya seraya menghadiahkan jelingan tajam padanya. Takkan dia tak nampak kak suri tengah pakaikan veil pada aku ni? Hish.. Dah nak siaplah maksudnya.

" sabar, wani. Siap dah ni.. Cantik dah" kata kak suri, mak andam yang make up kan aku. Dari lah pelamin, busana sampailah ke make up, semua aku ambil dari dia. Tu pun farish yang syorkan, aku mana lah tahu sangat bridal kat KL ni. Aku rasa 80% persiapan resepsi kami, farish yang lakukan. Aku? Sibuk kerja. Cuti pun sehari je, itu pun sempat pergi fitting baju dan cari pelamin je. Lagipun, farish kan masih cuti! Hehe!

Atas permintaan farish, resepsi kami diadakan di pullman putrajaya lakeside. Katanya nak la merasa wedding grand ala ala orang kaya. Cehh! Aku ikutkan je. Lagipun jemputan takde lah ramai sangat. Dalam 300 orang sahaja. Kawan kawan kerja kami, kawan kawan belajar dia dulu dan keluarga ku sahaja. Saudara maranya ada dijemput tapi tak pasti mereka datang atau tidak. Takpelah, asalkan dah jemput kan?

"siap dah? Jom!" laju sahaja wani tarik tangan aku.

"eh! Kejap! Mana farish? Dia dah siap ke?" soalku.

"dah, dah lama dia siap. Dia tengah tunggu kau la kat luar dengan abah ibu kau! Kau je lambat" kata wani, sambil membebel sambil membantu aku jalan. Aku tak biasa berkasut tumit tinggi sebenarnya. Nak taknak, pakai lah juga. Kalau tak nanti kontra sangat tinggi aku dan farish.

Dari jauh aku nampak farish sedang berbual dengan abah dan abanglong. Kacak dengan suit berwarna kelabunya dipadankan dengan dress putihku. Lebar senyuman aku. Sampai harini aku tak sangka dia jadi suami aku. Imam solatku, peneman setia hidupku serta ayah pada bakal anak anak aku nanti.

Dia turut senyum bila nampak aku. Cepat cepat dia capai tangan aku. Senyuman tak lekang dari bibir.

"dah sedia ke semuanya? Boleh lah ke pelamin" kata abah.

Aku hanya angguk. Farish sibuk betulkan tali lehernya. Aku bantu dia supaya nampak lebih selesa. Rasa tak selesa atau pun memang tengah gugup masa ni, aku pun tak pasti. Aku pun gugup juga. Tapi, bila aku pandang dia hilang dah perasaan tadi. Mungkin dia juga begitu.

"handsome dah" kataku.

"thanks sayang" katanya.

aku dengar abang DJ buat pengumuman yang pengantin sedang berjalan ke pelamin yang digubah khas untuk kami. Walaupun simple je rekaannya dengan sedikit bunga hidup, tetap cantik dimata kami.

Sebenarnya aku tak pernah dengar atau hadir ke majlis kahwin yang diadakan di tepi tasik. Tak pernah aku impikan pun. Tapi, akhirnya aku sendiri yang alaminya. Bahagianya tak perlu dikata, cukup lah dengan senyuman aku yang dah sampai ke telinga ini dsn tak putus putus dsri tadi.

Aku pegang erat lengan farish sambil berjalan ke bawah khemah pelamin kami melalui karpet merah yang tersedia. Mujurlah harini tidak terlalu panas. Kalau tak, lencun dah ketiak aku ni. Haha!

Tak terkira berapa banyak lensa kemera yang merakam detik manis kami. Aku lihat rakan rakanku lambai dari jauh sambil ucapkan tahniah. Kebanyakannya rakan kerja kami di hospital ampang. Ada juga bekas rakan serumah ku serta rakan satu wad nefro ku dahulu. Rakan rakan yang kebetulan duduk di putrajaya dan mengenaliku pun turut hadir memeriahkan majlisku.

Begitu juga dengan farish. Aku lihat rakan rakannya ada yang menegur sapa. Siap buat isyarat 'kejap lagi kita lepak' pulak. Amboi... Siapa yang bagi greenlight pada dia melepak dengan kawan kawan? Cehhh!

Heart BeatWhere stories live. Discover now