❤️28❤️

9.9K 580 17
                                    

Aku kerling jam ditangan. Pukul 4 dah? Cepatnya! Aku baru usai berjumpa dengan sr moon. Dia nak aku bagi talk lagi tapi kali ni tajuk lain pula. Setelah selesai berbincang, aku minta diri untuk pulang. Badan pun dah letih, katil pun dah memanggil ni.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik sr moon, aku terasa lenganku ditarik. Pantas aku menoleh. Zarif? Aku rentap tangan aku semula.

"nak apa?" soalku. Aku pantang tengok dia sekarang. Rasa menyampah membuak buak! Tapi, aku kawal emosi aku. Ni tempat kerja. Kalau tak, lama dah aku maki dia.

"saya ada benda nak cakap dengan awak" kata zarif. Aku hela nafas perlahan lalu berpeluk tubuh.

"okey. Cakap lah." kataku.

"bukan kat sini."

"kalau bukan kat sini, sorry lah saya taknak cakap dengan awak." kataku.

"okey, okey! Saya cakap dekat sini tapi janji jangan buat kecoh." katanya padaku. Aku gelak sinis. Tahu takut. Takut aku maki dia la tu. Sini dah la laluan utama staff.

"cakap lah cepat! Membazir masa saya je"

"aina. Saya nak mintak tolong awak." kata zarif.

"tolong apa?" soalku.

"tolong pindah department lain"
Bulat mataku memandang zarif. Sukahati dia je suruh aku pindah department lain! Rugi la pos basic yang aku belajar ni. Yang dia ni, apa masalahnya sampai suruh aku pindah?

"saya asyik bergaduh je dengan qayra. Dia curiga dengan saya sebab saya satu tempat kerja dengan awak. Saya tak boleh buat kerja dengan tenang. Dia asyik push saya je" kata zarif tanpa aku pinta.

Aku senyum sinis.

"sorry, tak dapat nak tolong awak dan kekasih kesayangan awak tu. Kalau awak rasa dia curiga, apa kata awak je yang pindah tempat lain? Lagipun, awak kan baru lagi. Saya dah ada pos basic emergency lah. Awak ada apa? Haih.. Saya malas la nak cakap dengan awak. Nanti bodoh awak tu sangkut kat saya. Jadi, awak selesaikan lah masalah awak sendiri ye."

Ye, mamat ni dan minah farmasi tu sama je bodoh tahap otak letak di lutut. Ada ke aku yang tak bersalah ni dilibatkan? Nak bergaduh tu bergaduh jela. Aku ni bukan ada apa apa lagi dengan zarif. Dia yang rasa insecure lebih lebih. Takut aku rampas zarif dia balik la tu. Sorry, tak hinginnn aku. Kau ambik la bekas aku tu.

"aina! Tolong lah saya! Saya dah taktahu macam mana nak cakap dengan dia lagi."

"kalau macam tu, nanti saya cakapkan dengan encik hisyam yang awak nak transfer. Okey?" kataku.

"bukan saya. Awak yang perlu transfer!" suaranya ditinggikan satu oktaf. Aku tarik nafas dalam dalam. Menahan rasa amarah dalam hati. Dia ni memang dah melampau!

"kau siapa nak arah arah aku ha? Kalau kau nak bercinta, silakan. Tapi, jangan libatkan aku. Aku dengan kau kan dah lama putus. Kau ni memang menyusahkan betul lah. Dah la curang dengan aku, tinggalkan aku masa nak dekat tarikh nikah. Sekarang dah ada girlfriend baru pun nak menyusahkan aku lagi. Elok kau ni jadi cicak je masa hidup. Jadi manusia pun tak guna. Selesaikan jela masalah kau sendiri! Tak kuasa aku nak tolong." kataku lalu berlalu meninggalkannya. Aku dengar dia panggil aku berkali kali namun aku tidak menghiraukan. Dia dah mintak aku jangan buat kecoh, aku dah tunaikan. Tapi, sorry lah! Permintaan kau lagi satu tu memang merepek. Nasib baik aku tak terajang dia tadi. Geram aku!

Ketika aku sedang berjalan ke parking kereta, Aku ternampak zarif dan kekasihnya sedang berjalan berdua duaan menuju ke arah parking kereta juga. Aku tak pasti berpegangan tangan sambil ketawa mesra itu dikategorikan sebagai sedang bergaduh. Hah! Nampak sangat zarif menipu, nak aku pindah department sebab girlfriend dia marah konon.. Aku tengok okey je bermesra, bergelak ketawa, berpegangan tangan! Aku bukan cemburu, tapi aku menyampah!

Dan akhirnya, aku simpulkan yang harini merupakan hari malang aku bila keretaku dan kereta qayra terpakir bersebelahan. Langkahku terhenti. Ingin membiarkan mereka berdua beredar terlebih dahulu. Namun, semua tidak berjalan dengan lancar bila qayra terpandangkan aku. Zarif yang parking tidak jauh dari situ terus mendapatkan kami yang sedang berpandangan.

So, inilah wanita pujaan bekas tunangku? Cantik. Patut pun dia tinggal aku. Dia lagi pandai berhias daripada aku yang hanya tahu beruniform sahaja.

Aku hela nafas perlahan. Entah kenapa kaki tiba tiba terasa lemah. Namun aku gagahkan jua berjalan ke arah kereta ku tanpa menganggap mereka wujud disitu.

"so, ni la ex fiancee you zarif? Memang tak cantik pun. Patutlah you tinggalkan dia" kata qayra. Walaupun telinga aku terbakar mendengarnya, aku masih menahan sabar yang tersisa. Aku nekad tak mahu bergaduh disini. Aku buka pintu kereta namun qayra bersuara lagi.

"you tengok, dah lah tak cantik. Buta, pekak pulak tu. Dia tak nampak ke kita kat sini?" kata qayra lagi.

"you.. Dah lah tu.." kata zarif lembut. Aku senyum sinis. Tak pernah aku dengar zarif berkata selembut itu ketika dengan aku dahulu.

"eh? Kenapa pulak? I nak jugak berkenalan dengan ex fiancee you ni, sayang. Boleh kan?" katanya lalu menghampiri aku. "so, you la aina natasha?" soalnya padaku.

Bila tengok wajahnya dari dekat, baru aku sedari cantiknya bukanlah asli. Make up sahaja tebal seinci. Rambutnya yang panjang mengurai hingga ke paras bawah bahu. Tak mengganggu ke rambut panjang macam tu kalau buat kerja? Hishhh! Macam hantu kak limah dah aku tengok!

" saya aina natasha. Kenapa?" soalku.

"takde apa. I cuma nak nasihat you supaya jangan lah menggedik dengan zarif lagi. Dia dah lama tinggalkan you tanpa you sedari lagi. You yang terhegeh hegehkan dia kan. Opsss. I tahu lah. I kan dah lama dengan dia. Masa tu you still tunangan dia kan? Lastly, dia pilih i jugak. Kesian you, kena tinggal dua minggu sebelum tarikh nikah." katanya sambil senyum mengejek. Aku ketap bibir. Cuba menahan sabar yang sudah hampir tahap kemuncaknya.

" saya dengan dia memang dah takde apa. Dan saya pun dah takde perasaan langsung pada dia. So, jangan ganggu saya lagi sebab saya pun tak hingin nak ganggu pasangan yang sedang hangat bercinta ni. Zarif, kau jangan nak perasan sangat yang aku ni terhegeh hegehkan kau. Kau ingat, kau bagus sangat ke sampai nak jadi rebutan? Pergi cermin diri dululah! Belajar pun tak pandai, SPA pun aku yang isikan! Bila dah dapat, lupa daratan. Hah! Bukan mengungkit, saja la nak cerita. Okey lah. Saya balik dulu. Dah lewat ni" kataku sambil kerling jam ditangan. Aku perasan muka qayra berubah menahan marah. Zarif pula sibuk menenangkannya. Kan aku dah kata, jangan cabar aku. Kan dah dapat habuannya!

"hei, perempuan! Kau memang kurang ajar kan!" jerit qayra. Tak sempat aku loloskan diri ke dalam kereta, dia sudah menerpa ke arah aku terlebih dahulu.

"ada apa ni ?!" tegur seseorang dari jauh.

Heart BeatWhere stories live. Discover now