❤️49❤️

9.7K 519 0
                                    

"biy.. Sayang mintak maaf.." kataku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam apartment milik farish. Dari tadi dia diam sahaja ketika memandu. Sepuluh patah aku tanya, sepatah je dia jawab. Kadang kadang tak jawab langsung. Aku mintak maaf pun dia tak layan aku. Ini dah kali kelima aku mintak maaf. Takpela kalau dia tak maafkan, asalkan aku dah usaha mintak maaf.

"sayang rehat lah dulu. Nanti baru kemas barang" katanya sebaik sahaja membuka pintu master room. Menurut farish, master room dihuni olehnya seorang sebelum ini. Yelah, dia bukan ada housemate pun kan. Apartment ni pun peninggalan arwah papa menurut katanya. Mungkin sebab itu dia tak mahu orang lain menyewa. Dia lebih suka duduk sendirian.

Dia letak barang barangku di hadapan almari.

"biy, biy tak maafkan sayang lagi ke? Jujur sayang cakap, sayang dah takde perasaan pada zarif. Sayang pun baru teringat pasal kotak tu." jelasku lagi.

"okey. Up to you sayang. Biy nak rest" katanya lalu merehatkan diri ke atas katil dan memejamkan mata.

"tapi.."

"dah lah sayang. Kalau sayang dah lama lupakan dia kenapa sayang tak buang je barang barang tu dari dulu.. Ke sayang memang sengaja nak sakitkan hati biy.." kata farish. Meleret je suaranya kedengaran.

"kan sayang dah cakap.."

Farish bangun. Membuatkan ayatku terhenti. Aku pandang dia yang dah melangkah lalu keluar dari bilik. Haih! Pening kepala aku dibuatnya!

****

Dia tak bagi aku pergi kerja sendiri. Dia bertegas nak hantar dan ambil aku setiap hari. Tapi masalahnya sekarang, dia masih senyap seribu bahasa. Dah 2 hari macam ni. Aku rasa aku macam bercakap dengan dinding je. Penat je aku explain pada dia pasal kotak tu. Dia taknak percaya kat aku langsung. Macam mana lah aku nak explain kat dia yang aku dah takde hati dengan si zarif tu? Aku hela nafas perlahan.

Farish memberhentikan keretanya tidak jauh di pintu masuk ED. Aku capai handbag.

"biy, sayang dah tak tahu nak cakap apa supaya biy maafkan sayang." kataku sambil tunduk memandang jari jemariku.

"it's okey. Pergi masuk" kata farish. It's okey dia kata? Siapa yang okey? Aku sah sah lah tak okey! Dia ke yang okey? Macam tu rupa okey? Tak faham lah aku.

"okey. Tapi sayang nak mintak izin dari biy. Sayang nak pulangkan sesuatu pada zarif. Tu pun kalau biy izinkan" kataku. Lebih baik aku beritahu awal aku nak jumpa zarif. Kalau fia tahu aku jumpa zarif tanpa beritahu dia, lagi nahas aku. Menempah maut namanya!

Farish tanggal cermin mata hitam rayban nya. Dia pandang aku tajam.

"sayang jangan buat hal. Biy taknak sayang jumpa dengan mamat tu! Biy tak suka la. Berapa kali biy nak cakap?" katanya dengan suara yang dinaikkan satu oktaf.

aku diam. Manahan rasa. Dada pun dah berombak ketika ini. Sabar yang ku tahan 2 hari ini sudah hampir tahap maksimanya.

" nak pulangkan apa? "soal farish tiba tiba.

"kalau biy tak bagi, biy tolong lah bagi kat dia ni" aku letak kotak baldu di atas dashboard farish. "untuk pengetahuan biy, sayang dah buang semua barang dalam kotak tu kecuali ni. Sayang nak pulangkan pada dia sebab sayang lupa nak pulangkan sebelum kahwin haritu. Since biy tak bagi dan sayang malas nak suruh abah wakilkan sayang, apa kata biy yang tolong bagikan? K, sayang masuk dulu" aku keluar dari perut kereta farish dengan perasaan bebal. Lantak lah farish nak ikut cakap aku ke tak. Dah dia tak izinkan aku, takkan aku nak pergi jugak?

Aku dengar farish laung namaku tapi aku buat tak dengar. Aku malas dah nak bergaduh dengan dia. Tambahan pula bergaduh tentang perkara yang tak benar.

Aku lajukan langkah ku menuju ke bilik persalinan staff.

****

"wah, wah, wah! Pengantin baru dah masuk kerja lah.. Berseri seri.." tegur si wafiy ketika aku baru menapak ke zon hijau. Kelihatan wafiy, wani dan lia disitu. Haih.. Bergosip lah tu. Aktiviti pagi pagi sebelum memulakan kerja. Dah macam aktiviti wajib dah aku rasa.

"wah.... Amacam? Syok tak?" soal lia sambil angkat angkat kening.  Aku hanya mencebik sambil angkat bahu. Syok apa.. Sepatutnya baru seminggu kahwin ni, mestilah gembira kan.. Tapi aku.. Belum sampai seminggu dah monyok macam ni. Nasib kau lah aina! Dapat suami kuat jealous macam farish tu..

"kau ni apasal? Monyok je? Takkan tak seronok kot kahwin? Dengan dr farish pulak tu!" kata wani pula. Aku hela nafas perlahan.

"hmmm.. Tak de apa lah.." kataku. Malas bercerita.

"eh, aina. Betul ke dr farish kena gantung kerja dua bulan?" soal lia.

Aku angguk perlahan.

"pasal apa?" soalnya lagi.

"ehh... Kau takkan tak tahu.. Kau ni kata makcik bawang, benda dah tersebar luas pun taktahu" kata wafiy. Walaupun dia dah berubah menjadi lelaki tulen, sikap suka ambil tahu dia tu tak boleh hilang. Masih lagi suka Bergosip.

"tak tahu lah aku tanya!" kata lia. Dijelingnya wafiy.

"aku malas la nak cakap, kau tanya la isteri si tuan badan" kata wafiy. Dah semua pandang aku dengan tanda tanya penuh atas kepala. Aku hela nafas perlahan. Apa yang aku tahu, aku ceritakan pada rakan rakanku. Lebih baik aku cerita dari mereka buat andaian yang bukan bukan tentang farish. Lagipun, bukan aku mengaibkan farish. Farish buat benda betul tapi nasib je tak menyebelahi dia.

"oh.. Habis tu dr khalid takkan tak pertahankan dr farish?" soal wani.

"ada.. Cuma farish cakap dia redha je kena hukum macam tu. Dia malas nak argue. Sekarang pun dia tengah pening dengan research apa benda entah" kataku. Sebelum ini aku ingatkan dia pening sebab kena gantung kerja rupanya bila aku jadi spy tak berbayar, baru aku tahu yang dia tengah pening pasal research dia. Nak implement alat baru dalam ED bersama rakan rakan dia yang aku jumpa di IOI mall putrajaya sebelum kahwin haritu. Dia pun bukan nak bagitahu, dah aku fikir yang bukan bukan. Nasib baik ada isteri macam detektif conan. Huhu..

"ohh... Yeke... Habis tu weh, macam mana dengan kenaikan pangkat dia?" soal lia pula.

"kena tangguh jugak. Sampai bila aku tak sure."

"kesiannya dr farish... Kau taknak ke pujuk dr loqman, aina. Tak pun dr wan ke dr yew tu ke. Kau kan bekas staff nephro. Mesti diorang kenal kau." cadang wani.

Aku diam sebentar. Ada betulnya kata kata wani. Tapi..

"hish! Kalau dr farish sendiri dah redha dengan keputusan dia, takkan lah kau nak aina ni bersusah payah pujuk dr HOD diorang pulak? Kau ingat diorang nak layan ke?" sampuk wafiy. Betul juga. Nak ke diorang layan? Ahhh! Tak cuba tak tahu...

Heart BeatWhere stories live. Discover now