❤️37❤️

9.9K 547 1
                                    

Ya allah! Penatnya! Bukan penat buat kerja pun. Penat layan tetamu je. Dan akhirnya, dapat jugak aku landing atas katil lepas solat isyak. Awal aku solat harini sebab nak tidur punya pasal. Kalau tak, jangan harap lah awal. Mesti sebelum tidur jugak aku solat. Lewat jugak farish dan yang lain lain gerak balik. Pukul 6 macam tu baru diorang gerak. Sempat lah berbual dengan family aku dulu. Entah pukul berapa aku tertidur pun aku tak pasti .

Aku terjaga bila ada seseorang mengetuk pintu bilikku. Pantas aku bangun. Telekung pun masih tersarung lagi di tubuh.

"kak ngah.. Bangun lah. Pukul berapa dah ni? Haih.. Mengalahkan Pengantin pulak!" bebel ibu sambil mengetuk pintu bilikku. Aku lihat jam di skrin handfonku. Hah! 10 setengah dah! Ya allah! Ke laut juga subuhku. Betul cakap ibu. Memang mengalahkan Pengantin bangun lewat macam ni.

Aku capai tuala lalu keluar dari bilik dan berlari ke bilik air. Mati aku kalau abah tahu aku bangun lewat. Huhu..

"hah! Ingatkan pengsan tadi, dari subuh ibu gerak tak bangun bangun" ibu sambung membebel. Aku buat pekak sahaja.

Usai mandi dan mengenakan pakaian, aku dapatkan ibu yang sedang memasak didapur. Kak wina juga ada membantu ibu.

"aik? Ibu baru nak buat sarapan ke?" soalku. Nahh! Jelingan maut dari ibu.

"sarapan apa, ibu nak siapkan makan tengahari ni. Yang kak ngah ni pakai macam ni kenapa? Pakai elok sikit. Kan ada tetamu tu. Tudung mana tudung?" kata ibu.

"siapa datang, ibu?" soalku.

"kawan abah. Cepat tukar baju sopan sikit, pakai tudung. Lepas tu, tolong ibu!" kata ibu. Aku hanya menurut.

Menu ibu harini, nasi putih, ayam masak lemak cili padi, tomyam ayam, daging masak kicap dan sayur campur. Wahh! Terliur aku yang menghidangkannya di atas meja makan. Dah lah tak sarapan pagi tadi. Duhai perut, kau sabar ye. Siapa suruh bangun lambat.

"dah siap hidang, pergi panggil diorang kat luar ajak makan." kata ibu. Aku hanya menurut. Kelihatan abah, abanglong, nazrul dan... Lah.. Tetamu abah tu, farish ke? Kenapa aku tak tahu pun yang dia nak datang? Aku pandang dia pelik. Dia stay mana malam tadi? Takkan ulang alik dari KL kot?

"kenapa angah tengok farish macam tu?" soal abanglong sambil tersenyum nakal.

"err.. Takde apa. Ibu ajak makan. Jom masuk." pelawaku.

"hah farish. Jom kita makan dulu sebelum kamu berangkat balik KL" kata abah. Farish angguk.

Sebaik sahaja abah, abanglong dan nazrul menghilangkan diri ke dalam rumah sempat aku halang farish yang pura pura macam tak kenal aku.

"kenapa awak ada dekat sini?"soalku.

"saje. Nak jumpa family awak. Takkan tak boleh? Oh yela.. Awakkan sibuk usha mamat tentera tu. Mana ingat saya dah " katanya lalu meninggalkanku Terpinga pinga di situ. Nampaknya, kes semalam tu tak habis lagi. Padan muka kau aina. Usha lagi mamat tu. Kantoi pulak tu. Kan dia dah merajuk. Huhu.. Habis lah aku..

Aku turut ke meja makan, menghidangkan makanan untuk mereka.

" makan lah farish. Ini je makcik sempat masak." kata ibu.

"takpe, makcik. Ni pun dah banyak ni" katanya.

"nak harap anak dara sorang ni masak, haih.. Berbuih dulu la mulut makcik" kata ibu. Sengaja la tu nak cakap yang aku ni tak berapa pandai masak macam dia. Aku tengok abanglong dan nazrul dah gelakkan aku. Begitu juga farish. Oo.. Takpe, gelakkan aku. Tunggu la kejap lagi. Aku balas dendam. Huhu.. Yang ibu pun kenapa cakap macam tu. Malu lah aku. Puji puji lah sikit aku ni depan farish. Hmm.. Nak puji apa. Agaknya ibu pun taktahu nak puji apa tentang aku. Takde yang perfect pun pada diriku ini.

"ha dah.. Jemput makan farish. Makcik kamu ni memang macam ni. Suka sangat membebel." kata abah pula.

"sama lah macam aina pakcik" kata farish. Perghh! Nasib baik aku belum makan. Kalau tak mau tersembur nasik aku. Beraninya dia cakap macam tu! Eeee... Geramnya aku. Lagi sadis bila aku hanya boleh tahan geram dalam hati je. Hukhukk. Nasib kau lah aina..

Usai makan, aku kemas meja makan. Mereka sambung lepak diluar ambil angin. Kak wina pula sedang membasuh pinggan. Ibu pula dah masuk bilik berehat.

Setelah selesai kerjaku, aku mendapatkan farish yang sedang berbual dengan abanglong. Abah pun dah ghaib. Begitu juga adikku nazrul.

"hmm.. Korang berbual lah. Aku nak cari bini aku kejap" kata abanglong bila nampak aku datang. Farish hanya mengangguk. Abanglong pun menghilangkan diri ke dalam rumah.

"awak, saya teringin lah nak pergi tengok sungai. Abah awak cakap belakang rumah awak ada sungai" kata farish.

"boleh jugak. Jom" kataku. Panas panas ni, memang hobi aku celup kaki dalam sungai belakang rumah. Boleh sejukkan badan sikit.

"firstly saya nak mintak maaf sebab tak jawab call dan tak baca mesej awak. Saya tidur dari pukul 9 semalam, pukul 10 baru saya bangun" kataku terus terang. Baru tadi aku sempat tengok mesej dia. Memang dia ada bagitahu dia nak datang harini sebelum balik ke KL. Aku je yang tak baca.

"teruknya" komennya.

"saya penat, okey"

"eleh. Awak ke abang awak yang kahwin? Ke penat usha mamat tu?" ungkitnya lagi. Dia ni, memang lah. Kuat betul cemburu. Kalau macam ni lah, memang aku takkan usha mana mana lelaki lain sebab penat layan cemburu dia saje lepas tu.

"mana ada saya usha dia. Wani yang usha dia okey. Dia siap kirim salam pada wani lagi" kataku jujur. Memang semalam dia ada sampaikan salam pada wani melalui abanglong. Wani pun apa lagi, suka lah dia. Dia pun sama je gatal. Mana tah dia nak letak boyfriend dia tu.

"dua dua sama je." katanya lalu duduk di tepi sungai. Begitu juga aku. Aku celup kaki ku ke dalam sungai.

"awak, saya dah bincang dengan abah." katanya.

"bincang apa?" soalku.

"pasal majlis kita lah. Abah suruh buat lepas raya." katanya lagi. Bulat mataku mendengarnya. Majlis kita tu maksudnya majlis kahwin kan? Takkan majlis tunang pulak? Abah kata lepas aku putus tunang haritu, takde dah bertunang ni. Kalau betul suka, kahwin je terus.

"majlis kahwin?"soalku ingin mendapatkan kepastian. Dia angguk perlahan. Lepas raya, maksudnya.. Lagi 2 bulan lah! Wah! Cepat nya! Abah memang nak pulun dapat menantu 2 orang sekali ke tahun ni?

" tapi, abah cakap kat sini tak payah buat resepsi. Buat majlis nikah je. Saya cadang nak buat resepsi kat KL lah kalau macam tu" katanya lagi. Aku garu dagu yang tak gatal. Nampaknya, dia dah bincang semuanya dengan abah. Dia memang tak bincang dengan aku. Yelah aku jugak yang suruh dia jumpa abah direct kalau nak kat aku. Sekarang... Kau terima jelah apa dia kata, aina!

"kenapa kat KL nak buat resepsi?" soalku. Yelah. Setahu aku, dia tiada siapa di KL. Kecuali kawan kawan dia.

"yelah. Ajak lah kawan kawan kita. Nak ajak satu hospital pun boleh" katanya. Aku angguk perlahan.

"okey tak?" soalnya padaku.

"eleh. Dah bincang habis habis dengan abah, baru nak tanya tuan punya badan. Dah kalau abah okey, takkan saya nak kata tak okey?" balasku. Dia senyum.

"saya mintak maaf sebab saya takde family. Jadi, awak tak merasa lah family in law." katanya padaku.

"eh? Kenapa cakap macam tu, saya tak kisah pun lah. Yang penting, awak okey dengan family saya. Sebab diorang bakal jadi family awak tau" kataku. Dia angguk perlahan. Walaupun dia gembira sebab keluarga ku dah setuju terima dia, tapi dia sedih sebab tiada ahli keluarga dia yang lihat dia berkahwin nanti. Aku hadiahkan senyuman pada dia. Berharap agar itu dapat berikan sedikit kekuatan Padanya.

Heart BeatWhere stories live. Discover now