❤️9❤️

11K 659 27
                                    

Bunyi siren menandakan ada kes yang bakal masuk ke zon merah. Aku yang baru nak letak punggung terpaksa berlari ke arah pintu masuk. Apehal tah harini. Selesai satu kes, satu lagi datang. Pandai pulak dia datang satu satu.

"kes apa?" aku dengar dr diana tanya pada staff yang sedang menolak troli pesakit. Aku lihat pesakit sedang tercungap cungap. Mask bantuan pernafasan telah pun diberikan kepada pesakit namun tidak nampak sebarang perubahan.

"heart attack" balas staff tersebut.

Sebaik sahaja tiba di bilik 2, segera aku baca vital signnya. Cardiac monitor juga aku pasang.

"kes apa?" soal dr farish yang baru masuk. Segera dia memeriksa anak mata pesakit dengan pen lampunya.

"heart attack" balas dr diana. Aku tengok, dr farish jeling dr diana.

"staffnurse,prepare intubation!"

"dr, saya rasa ada changes pada ecg dia" kataku.

Dr farish pandang monitor tersebut.

"cardiac arrest!"

Cardiac arrest, bermaksud jantung pesakit terhenti! Cepat cepat aku panjat katil. Aku mulakan Compression pada dada pesakit.

"awak tercegat apa lagi, diana! Prepare intubation!" katanya. Terkial kial dr diana menyediakan peralatan untuk intubasi yang berada di dalam troli kecemasan.

Aku masih lagi melakukan compression. Cukup 30, aku berhenti. Giliran dr farish pam ambu bag pada mulut pesakit. Kemudian aku sambung lagi.

"change!" katanya padaku. Nak taknak aku turun dari katil. Dia pula yang sambung compress manakala aku tolong pam beg ambu.

"awak buat apa tu diana?!"

"sorry, bos.. Saya.." tergagap gagap dia berkata.

"awak prepare intubation! Tinggalkan ambu beg!" arah dr farish padaku. Aku menurut. Alatan intubasi aku sediakan. Dr diana masih lagi terpinga pinga. Aku sempat jeling dr farish yang melakukan compress sambil diselangi dengan mengepam ambu beg.

"dr! Ventricullar fibrillation!" kataku apabila garisan di cardiac monitor berubah lagi.

"charge 200 joules!" arah dr farish. Cepat cepat dia turun dari katil. Aku menurut. Mesin defibrillator aku cas hingga 200.

"stand clear!" kata dr farish. Aku menjauh dari katil. Selesai sekali shock namun tiada perubahan pada cardiac monitor.

"charge 300!" arah dr farish lagi. Aku menurut. Sekali lagi, kemudian garisan kembali normal. Aku menghela nafas lega.

"prepare intubate" kata dr farish padaku. Aku hanya menurut. Alatan aku sediakan untuk dia.

*****

Aku pijak penekan untuk keluarkan buih sabun ditepi singki. Aku tengok muka di cermin. Masha allah! Ni aina natasha ke? Aku rasa serabut sangat harini sebab terlalu sibuk. Sampaikan tudung pun senget benget. Lantak lah, aku tak peduli. Janji patient aku tadi survive.

Aku basuh tangan sebersih bersihnya sebelum mengelap dengan tisu.

"awak ni lembab ke apa? Nak patient mati dulu ke baru nak treat!" kata dr farish pada dr diana dihadapan kaunter. Mujur tiada orang di situ. Dr diana hanya tunduk memandang lantai.

"maafkan saya, bos.."

"awak ni doktor ke apa? Simply2 jawab heart attack macam tu pada saya? Awak ingat awak cakap dengan pakcik kedai kopi ke? Rugi la awak belajar 5tahun kalau tak boleh nak access patient!" katanya lagi.

Heart BeatWhere stories live. Discover now