❤️48❤️

10.1K 520 7
                                    

Aku pandang sekeliling bilik kecil yang aku dah sewa selama 4tahun sepanjang aku bekerja di hospital ampang. Macam macam kenangan aku dan bilik ni. Rasanya sedihku, gembira ku, tawaku, tangisku, semua bilik ini yang saksikan dahulu. Haih.. Sayang rasanya nak tinggalkan bilik ni. Tapi, nak taknak kena jugak pindah tinggal di apartment farish. Takkan lah duduk dekat pun rumah asing asing kan? Membazir pulak  nanti. Lagi satu, bukan farish je yang bising, ibu abah aku pun dah bising suruh pindah cepat. Takut jadi apa apa pada aku. Takut sangat kalau dr diana datang serang aku semula. Mustahil lah. Dia kan dalam rawatan di hospital bahagia ulu kinta buat masa sekarang ni.

Aku kemas baju baju ku masuk ke dalam bagasi. Barangku tak banyak pun. Pakaian sahaja yang banyak. Perabot semua milik tuan rumah. Aku cuma bawak diri dah pakaian aku sahaja. Tu pun aku dah bawak separuh balik kampung sebab aku tahu, kalau kemas banyak banyak sekaligus aku jugak yang penat dan aku sebenarnya malas. Haha... Bijakkan beta?

Rasanya semua aku dah kemas. Ada lah 1 bagasi dan 2 kotak sederhana besar. Eh, baru aku perasan ada kotak di bawah katilku. Aku keluarkan lalu buka. Ingin melihat isinya. Aku pun lupa bila aku simpan kotak ni. Kotak apa ya?

Aku hela nafas perlahan bila aku lihat barang barang yang ada didalam kotak itu. Semua barang barang yang zarif bagi padaku dahulu. Cincin pun ada. Aku tak pulangkan lagi rupanya. Kenapa dia tak mintak balik ye? Pelik aku. Tapi kalau diikutkan, bukan kena pulangkan semula ke? Hmm.. Takpe lah. Kalau jumpa dia nanti, aku pulangkan. Sebut pasal dia, aku rasa dah lama aku tak nampak dia sejak aku keluar wad haritu. Mana lah dia agaknya kan? Apa lah jadi lepas dia putus dengan qayra tu..

Lamunan ku terhenti bila handfon ku berdering. Nama farish tertera di skrin. Aku angkat lalu tekan ikon hijau.

"assalamualaikum sayang ku intan payung." katanya dihujung talian. Automatik bibirku tersenyum. Senyum sampai telinga aku agak.

"waalaikumsalam cinta hatiku.. Awat?" soalku. Sejak dua menjak ni aku suka cakap loghat kedah dengan dia. Biarlah, dia kan dah jadi menantu orang kedah. Kalau dulu malas la aku nak cakap kedah dengan dia. Nanti dia tak faham aku pulak kena explain 10 kali. Sia sia je. Tapi, sekarang nak taknak kena explain jugak kan kalau dia tak faham. So, cakap jelah! Campur campur lah dengan bahasa kl dia tu.

"amboi, gangsternya. Biy dah kat bawah ni. Dah siap kemas belum?" soalnya.

"aik? Dah kat bawah? Janji pukui berapa... La ni baru pukui 10pagi. Baru siap kemas.. Belum mandi lagi" kataku. Yelah bangun subuh tadi, aku terus mengemas lepas solat. Dia janji nak datang petang. Sekalinya pukul 10 pagi dah sampai. Cehhh!

"iyeke? Alah.. Biy tak sabar la nak bawak sayang duduk dengan biy. Cepat lah dah siap ke belum?"

"eh.. Eh.. Kejap lah sayang mandi. Siap dah ni. Tinggal nak angkut turun bawah je. Tunggu na.. 15minit" kataku lalu capai tuala. Tak sempat farish membalas kata kataku, aku matikan talian terlebih dahulu. Nanti kalau sambung berbual, sampai esok pun aku tak mandi.

Usai mandi, aku bersiap ala kadar. Aku bagitahu hana yang berada didalam biliknya bahawa farish akan datang mengambil barangku. Aku telah maklum kan pada hana dan rakan serumahku yang lain bahawa aku akan berpindah selepas kahwin. Pengganti pun sudah ada. Jadi, aku tak berapa risau lah pasal deposit. Lagipun penggantiku adalah seorang staffnurse di hospital ampang juga. Cuma dia bekerja di ACC. Aku pernah berjumpa dengannya beberapa kali juga tapi tak berapa rapat. Hana dan rakanku yang lain pun okey je dengannya.

Aku call farish semula untuk memberitahunya supaya naik ke rumah ku mengambil barang. Bukan aku tak boleh nak bawak turun, tapi dia yang tak benarkan. Daripada aku bertekak dengan dia pasal tu, aku ikut jelah arahan dia.

"sayang! Kotak ni nak bawak tak?" soal farish padaku ketika dia sedang mengangkut barang barangku. Aku yang sedang menyapu, mengalih pandangan padanya.

"apa dia? Tak dengar" kataku.

"ni, kotak kecil bawah katil  ni nak bawak ke?" soalnya. Alamak! Lupa pulak aku pasal kotak tu.

"errr.. Bawak lah.." jawabku.

"ada apa.." tanpa meminta izinku, dia buka kotak tersebut. Dia terdiam sebentar bila lihat isinya. Gambar aku dan zarif memang banyak di dalam kotak tersebut. Dah tentu lah dia lihat gambar gambar tu. Kemudian, dia tutup semula.

"tak payah la bawak." katanya seraya bangun.

"eh.. Tapi, sayang nak bawak.." kataku.

"nak buat apa bawak? Sayang.. Sayang jangan cakap yang sayang masih ingat pada zarif tu?"soalnya. Aku dapat rasa keadaan menjadi tegang. Dia pandang aku tajam sambil bercekak pinggang.

" tak.. Sayang baru ingat yang sayang tak buang lagi barang barang tu.. Sorry biy. "kataku jujur. Memang aku lupa langsung pasal kotak tu. Dulu aku janji pada diri aku yang aku akan usaha lupakan zarif dengan cara buang semua barang yang dia beri. Tapi, aku tak sanggup sebab aku masih simpan perasaan pada dia. Jadi, aku simpan lah dulu sementara aku belum ada kekuatan untuk membuangnya. Akhirnya, aku sendiri lupa walaupun aku dah lama lupakan dia. Haih.. Kenapa lah farish nampak kotak tu.. Aku hela nafas perlahan.

"kalau macam tu, buang jelah. Susah apa. Biy tunggu kat kereta." kata farish lalu keluar dengan barang barang ku. Aku hela nafas perlahan. Merajuk lah tu! Habis lah kau aina. Suami kau ni merajuk memang macam perempuan. Eh, mengalahkan perempuan lagi aku rasa. Pening lah aku nak pujuk.

Lepas aku bersalam salaman dengan hana dan housemate ku yang lain sambil buat drama sedih, aku pun turun menuju ke kereta farish yang terpakir tidak jauh dari blok ku. Sempat aku singgah tong sampah untuk buang kotak yang penuh barang barang pemberian zarif tadi. Semua aku buang tanpa berfikir dua kali. Kecuali cincin tunang dan cincin merisik. Aku nak pulang pada zarif kalau aku jumpa dia nanti.

Aku masuk ke dalam perut kereta farish. Aku perasan mukanya masih lagi masam seperti tadi. Tanpa berkata apa apa, dia terus memandu meninggalkan kawasan flat tersebut. Selamat tinggal wahai flat! Nanti free kita jumpa lagi ye.. Huhu..

Heart BeatWhere stories live. Discover now